13 December 2014

Perth Day 5 *29oct2014

Pagi-pagi bangun dalam pukul berapa pun dah tak ingat hantar Omey pegi airport. Lepas tu balik aku dan Xeera tido, Jie pegi jogging balik. Aku dah tak larat dah hahaha. 

Hari ni plan nak pegi Fremantle balik nak buat lawatan sambil belajar kat penjara. Tapi pagi tu sebelum bergerak ke Fremantle Jie dan Xeera pegi balik ke Harbour Town beli kasut NB tu hahaha. Okey jom teruskan perjalanan kita.


Fremantle Prison

Penjara ni sebelah Hospital Fremantle je pun. Boleh tahan besar gak la dan cantik sebab mula dibina pada 1851 start rumah warden dan seterusnya sampai la tahun bila tah haha (lupa).

Eh bayo ye nak masuk sini. Pakej yang kami amik $17.00 untuk sejam. Ada pakej malam 1.5 jam $26.00 dan lain-lain la pakej dia.


Bahagian hadapan penjara.

Kawasan ni dulu diaorang bertani tapi lelama diaorang stop sebab dah kata penjenayah kan, diaorang start tanam ganja. Kreatip sangat.


Dapur penjara dan ikut sejarahnya penjenayah yang diberi kerja memasak ni adalah pembunuh sebab diaorang kata pembunuh ni ada passion. Betul ke?

Ruang makan yang pada asalnya takde bumbung pun. Bayangkan la cuaca kat sana kalau musim sejuk dan panas. Panas dia bukan macam panas kat Malaysia.


Laluan sel penjara. Eh macam citer The Green Line pun hado gak.

Dalam penjara disediakan gereja dan siap ada bekas banduan bercinta sesama diaorang buat upacara perkahwinan kat sini.

Sel asal penjara. Boleh tido ke camtu? Kita takpe le kot sebab kita kecik je. Diaorang tu dah le besar gedabak.

Err aku ingat-ingat lupa la benda ni tunjuk pasal kulat rasanya. Tu la dalam kelas tak fokus.

Bila penjenayah makin ramai diaorang gunakan katil jenis ni pulak.

Nampak tandas dia? Errr.. ada selera ko tengah baring-baring kawan tu tengah membuang pulak. Pastu semerbak jeee.. Dapat lak musim panas. Perghh..


Ni adalah sel istimewa sebab penjenayah ni dibenarkan melukis untuk mengurangkan stress dia.

Tempat buang najis pada asalnya pakai bucket ni je. Lagi seram woi.

Kat sini dibahagikan kepada divisyen mengikut kelas jenayah.

Ada ruang untuk aktiviti riadah gak.


Gelanggang.



Ni tempat untuk buat hukuman sebat.

Ni namanya dah abis lawatan, jom amik gambar.

Rajin nak baca sejarah dan nak tahu tour start pukul berapa serta harga yang perlu dibayar? Rujuk http://www.fremantleprison.com.au/Pages/default.aspx


Kwinana Beach

Kekonon lepas lawatan sambil belajar tadi nak ke Rockingham tapi boleh pulak sampai kat sini. Macam mana boleh sampai pun aku tak tahu sebab kitaorang lalu kat kawasan kilang.

Kawasan ni takde orang pun. Masa kitaorang sampai tu ada la sebijik motorhome parking kat sini.


Kecik je pantai dia pun tapi angin memang kuat la.

Eh macam kena je baju tu dalam gambar ni kan? Wahahaha.


Woolswoth, Freemantle

Lepas bercengkerama kat pantai kami balik ke Fremantle dan singgah supermarket. Motip nak beli makanan dan sesaje buat sibuk dan buang masa.


Ghope Econsave pun ada gak.

Eh tengok pandai abam Jamie buat bisnes.

Jie yang asyik la dengan hp dia. Kalau aku sorokkan hp dia mau meroyan agaknya.

Pergh kome tengok kat sini murah daripada convenient store yang aku pegi hari tu. Aku siap beli bawak balik rumah la tapi bila dah kat rumah ko makan menda ni dah tak sedap weyh sebab cuaca dah lain. Boleh?

Haaa kemain siap ada pavlova ekspres ko Jemah. Takyah susah-susah ko nak asingkan putih telur laa.. bla bla bla. Tinggal sapu whipped cream bubuh buah siap!


Hay Street Backpackers

Yeay! Akhirnya hari pun malam dan kami tido kat sini. Sebenarnya kami patut balik petang semalam tapi AA ikut suka dia tukar flight kami esok pagi. Kami dah booking apartment siap-siap la so bila jadi macam ni kami amik je la memana janji boleh mandi dan tido. Nak book kat sini memang murah weyh dan wifi dia memang laju! I like sebab i takde pakai sim card obesi. Boleh book kat http://www.haystbackpackers.com/ atau walk in je api tengok la kalau ada kosong.

Harga dia memang lebih murah la. Bilik bagi aku bersih tapi toilet dia biasa-biasa je la.

Parking kat depan ni free memalam.


Belah kiri tu kaunter pendaftaran. Kami datang malam semalam dan buat pembayaran dengan sorang budak Korea (student) tapi takleh keluar resit pembayaran. Bila kami datang balik esoknya dia boleh lupa langsung. Dia ada masalah agaknya. Nasib baik dia ada bagi note yang kata kami dah bayar siap-siap kalau tak mau bergaduh kat situ kot.

Lift memang takde

Tempat tengok tv.

Tempat makan.

Tempat bersosial.

Tepi pool boleh lepak-lepak.

Ada pool gak la weyh. Diaorang kat sini wajib ada pool untuk menyejukkan badan masa musim panas agaknya.

Ruang cuci baju tapi kena bayo.

Ni la bilik kami. Masa check in diaorang akan bagi cadar, selimut dan sarung bantal baru dan kena pasang sendiri. Masa check out cabut semua tu dan letak dalam bakul kat luar kaunter pendaftaran. 

Atas tu Xeera bawah tu ada le minah saleh mana kitaorang tak tahu dan tak nampak. Kami agak je la dia datang nak pergi tengok concert kat Perth Arena tu. Minah tu berbadan besar, aku saspek dia mabuk. Dia punya berdengkur sampai aku terjaga la. Kuat dan ada irama. Aku ni jenis tido mampos tapi kalau aku terjaga tu maknanya memang kuat gila la minah ni berdengkur. Aku siap tido tekup telinga dengan bantal la.


Newroz Kebab

Malam tu sebelum tido kami beria le jalan kaki jejauh cari tempat makan tak jumpa. Rupa-rupanya sebelah motel tu ada tempat makan. Ciss bedebah. 

Kebab pun kebab lah janji boleh ngap. Tapi kebab yang hari tu aku rasa lagi umph.

Ada supermarket gak kat sebelah ni. Yang ni tutup lambat.

Kebab ala-ala burger.

Oh ye korang boleh la rujuk kat http://www.halalsquare.com.au/perth/ untuk maklumat makanan halal bukan sahaja di Perth tapi kat seluruh Australia.


..........................................................................................................

Okey setakat tu je percutian kali ni sebab esok pepagi kami siap-siap tapi tak mandi pagi (sejukk woi) terus ke airport, pulangkan kereta (kena letak kat tempat parking masa amik) dan drop kunci. Kami berusaha habiskan syiling kat airport dengan membeli air mineral dan coklat. 

Ingatkan dalam kapal terbang nak tido tapi tak jadi sebab bersembang dengan ahkak (alamak lupa nama) pasal tempat-tempat bercuti yang best dan tips.


Lastly macam biasa bagi satu gambar cantik kat Kwinana Beach.

No filter :)

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...