05 December 2014

Captain Phillips

Semalam kami tengok cerita Captain Phillips berdasarkan kisah benar yang telah berlaku pada tahun 2009. Kisah pengalaman Captain Phillips yang telah ditangkap oleh lanun dari Somalia. 


Mula-mula tengok tajuk macam was-was je keseronokan yang bakal dialami tapi memang jantung berdebar je la tengok citer ni. Saspen wei. Captain Phillips sedang mengetuai kapal kargo nak bawak ke mana tah aku lupa dari Amerika. Diaorang lalu kat laluan yang memang dah tau banyak lanun. Tiba-tiba dia ternampak ada 2 bot kecik tengah kejar kapal diaorang. Mula-mula tu diaorang dapat lari tapi keesokan harinya lanun tu datang balik dan lepas dia cuba larikan kapal dan berusaha menghalang lanun tu, diaorang kena hijack gak akhirnya. 

Apa yang menarik ialah macam mana Captain Phillips ni menjalankan tanggungjawab dia sebagai kapten dengan sebaik mungkin. Dia cuba menyelamatkan krew kapal sebaik mungkin sampai dia dijadikan sebagai tebusan. Bila dah jadi tebusan pun dia cuba melarikan diri dengan berenang tapi gagal sampai la dia rasa tertekan sangat dan rasa dah putus asa sehingga sampai waktu yang paling genting pihak SEAL yang dah datang dan cuba berunding dengan pelbagai cara dapat bunuh 3 daripada 4 orang lanun tu. 

Sampai ke hujung cerita bila Captain Phillips dah diselamatkan baru le aku perasan Tom Hanks yang berlakon adeehhh.. patut la lakonan mantap. Okey la tu je. Bye! 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...