22 December 2014

Barfi!



Kisah berkisar zaman 70-an kot area Darjeeling, India. Mengenai kisah hidup Barfi (pekak), Jhilmil (autistik) dan Shruti (normal). 

Barfi dibesarkan oleh ayahnya seorang diri sebagai pemandu keluarga Jhilmil sebab ibunya meninggal masa dia kecik lagi. Asalnya ayah dia letak nama Murphy sebab obses dengan radio Murphy. Barfi ni seorang yang nakal dan suka mengusik orang. Dia berkawan dengan Jhilmil sejak kecik. 

Shruti gadis yang baru berpindah ke Darjeeling dah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 3 bulan akan datang. 

Jhilmil cucu keluarga kaya yang akhirnya datuk dia meninggal dunia dan mewasiatkan segala harta kepada Jhilmil manakala ibu dan ayah dia cuma dapat elaun bulanan. Seorang penjaga juga diupah untuk menguruskan Jhilmil. 

Barfi & Shruti bertemu secara tak sengaja dan bercinta, mak Shruti cuba menghalang dan Shruti ikut cakap mak dia. Lepas kawin Shruti berpindah ke Kolkata kemudian tak lama lepas tu datuk Jhilmil meninggal. Bila ayah Jhilmil takde duit, dia pecat semua pekerja termasuk ayah Barfi. Kemudian ayah Barfi jatuh sakit dan perlukan wang dengan kadar segera untuk buat pembedahan. Barfi yang terdesak cuba culik Jhilmil tapi tak jadi sebab ada orang dah culik Jhilmil dulu. Lepas tu dia try rompak bank tapi gagal jugak.

Secara tak sengaja masa Barfi cuba lari masa dia rompak bank, dia nampak Jhilmil dalam kereta penculik, kemudian Barfi mintak wang tebusan dan berjaya. Masa dia serahkan wang tebusan kat hospital ayah dia dah meninggal dan pihak polis cuba cari Barfi. Masa tu Barfi cuba hantar Jhilmil ke rumah pengasuh dia tapi Jhilmil tetap ikut Barfi dan dia tinggal bersama kat Kolkata.

Lepas tu Barfi terjumpa Shruti yang rasa menyesal tinggalkan Barfi dan mereka berkawan balik dan menyebabkan Jhilmil rasa cemburu. Kemudian satu hari masa diaorang tengah berjalan-jalan Jhilmil rasa kecik hati sebab Barfi marah dia dan dia tiba-tiba hilang. Shruti buat laporan kat Kolkata tapi pada masa yang sama polis dapat laporan penculikan Jhilmil kat Darjeeling. Masa buat penebusan Jhilmil, penculik bunuh Jhilmil dengan menolak kereta dalam sungai, tapi polis cari tak jumpa apa-apa.

Shruti masa tu gembira sebab Jhilmil dah takde tapi Barfi rasa sedih sebab dia sayang kat Jhilmil. Tiba-tiba Barfi teringat nombor yang Jhilmil selalu ingat dan dia start cari. 

Akhirnya dia jumpa Jhilmil kat rumah penjagaan lama dan mereka dapat tahu penculikan tu angkara ayah Jhilmil sebab nak tipu duit dana Jhilmil. Akhirnya Barfi & Jhilmil berkahwin dan mereka meninggal pada hari dan tempat yang sama. Shruti sehingga akhir hidup keseorangan dan berkawan dengan Barfi dan Jhilmil.

Kemain panjang sinopsis ko Jenab. Tak sangka ada cerita komedi romantik Hindustan yang best. Pelakon yang bagus, muzik dan sinematografi dia bagus gila! Kisah cinta yang bukan biasa-biasa. Walaupun kisah ni berkenaan OKU tapi dalam cerita ni bukan cerita mintak simpati. Cerita mengenai cinta yang tak perlu diucap dengan kata-kata tetapi dengan sekecil-kecil perbuatan.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...