04 December 2014

Perth Day 2 *26oct2014

Okey mari bersemangat sambung trip ke Perth yang dah sebulan lepas punya cerita. Mak busy kemain sejak kahir-akhir ni. 

Bangun pagi subuh pukul 4 pagi wooiii... Sejuknya.. Tapi syuruk dia lambat. Pukul 5.30 pagi baru start terang. Kami dah buat plan malam semalam nak cover area selatan hari ni. Kami breakfast dengan pie yang beli frozen kat Danish Patisseries semalam, coklat (Jie beli kat airport), megi (Xeera bawak megi tapi aku yang belasah). Pukul 7.00 pagi dah keluar then cuba nasib pegi E Shed Market tapi tak bukak lagi. Tak nak buang masa kami decided terus ke taman bunga.

Araluen Botanic Park, Armadale.

Kami terrrrsampai awal sangat. Tempat ni bukak setiap hari pada 9.00 pagi - 6.00 petang kecuali krismas rasanya. Tiket $6 untuk dewasa $3 untuk kanak-kanak. Harapan kami tinggi menggunung nak tengok tulip tapi kami terlepas sebab musim tulip dah abis. Kalau nak tengok tulip korang kena datang bulan Ogos - September camtu la. Korang boleh tengok maklumat lanjut kat http://www.araluenbotanicpark.com.au/. Lebih kurang 40 minit la drive dari Fremantle.











Menjelajah kawasan.

Kemain lawa le bunga dia walaupun kecewa takde tulip. 









Kat sini ada banyak tempat untuk picnic ala-ala mat saleh gittew. Korang boleh lepak sini sampai petang laa.. Ada tea house tapi tersorok sikit, boleh buat wedding kat sini dan macam-macam lagi. Kena rajin jalan sikit nanti korang akan jumpa spot yang menarik. ;)

Lepas perasan-perasan dengan bunga-bunga kami terpaksa blah sebab masa tu dah hujan. 


Mandurah & Peel

Yang sebenarnya kami tersesat kat sini dulu tapi still area Mandurah cuma kat sini kira kawasan perumahan. Tapi tempat ni memang cantik. Kat hujung sana tu sebenarnya kami nak pegi, Dolphin Quay.




Cuba teka kami tengah berlakon buat apa? Hahaha.

Selamat datang ke Dolphin Quay.



Kami terkagum sebentar weyh ada Saga BLM kat Mandurah!



Tempat ni fofular sebagai tempat orang pencen. Nasib baik aku tak kaya, kalau tak aku pun dah beli rumah kat sini. *verangan sangat.





Sempat le kami cuci mata sat kat pasar yang comel ni.


Perut memasing dah kebulur dah ni, jadi kami decided makan kat Nino's Fish Bar Cafe.



Sistem order kat sini sama je macam kat Kaili's, pakai boomerang.




Kami amik family set fish & chips dapat 8 pcs fish fillet dan chips macam 10 orang punya makan dengan harga $47. Tapi yang pasti harga kat sini jauh lebih murah berbanding kat Fremantle dan meriah gila dengan chips. kami siap bungkus bawak balik chips sebab tak abis dan paling best sebab banyak sangat, diaorang kat sini bungkuskan pakai kotak hahaha. Diaorang ni sangatla menjaga alam sekitar dan memang kurang menggunakan beg plastik. Maka kami pun usungla kotak tu ke sana sini. Sebelum balik sempat singgah satu kedai comel nama dia Hey Gorgeous! kat Sho 9, 37 Dolphin Drive beli perfume 100ml dengan harga $25 jenama Elizabeth Arden. Perghh berbaloi-baloi!

Apa yang best kat sini aku dan Xeera ternampak dolphin woi!! Tak terkata keseronokan nampak dolphin secara tak sengaja. Tapi kalau korang nak tengok gak tanpa mencuba nasib, korang boleh naik cruise bayaran aku tak ingat la tapi dinasihatkan pegi hari Selasa sebab diaorang kata hari Selasa harga dia tetiba jadi murah. 



Kome bayangkan ada budak kecik mana tah terjun dari jambatan ni tetiba. Terkezut mak tau. Kalau korang ada masa, boleh la jenjalan lagi kat area sini sebab ada banyak benda boleh buat sebenarnya dan korang boleh tengok kat website http://www.experienceperth.com


E Shed Markets

Pasar ni bukak Sabtu & Ahad sahaja. Sebab dah hari Ahad, jadi kami bergegas dari Mandurah dan sempat sampai pukul 4.00 petang camtu. Memang shopping macam orang kaya la sebab kejar masa kan? Main amik jee apa nampak, maklumle diaorang kat sini asal pukul 5 je nak balik dah. 



Crocodile Magnet tu memang segalanya tentang fridge magnet. Rambang mata tak tau nak pilih. @__@





Kedai ni aku paling suka :)

Kalau ikut dalam ni ada la 80 kedai tapi masa aku pegi tak banyak yang bukak walaupun belum pukul 5. Diaorang kata happening tapi aku tak rasa camtu, ke aku sorang je yang suka complaint ni? Hahaha. Okey, susana dalam cozy gittew dan ramai le blogger yang kata kedai pakcik jiran sebelah kita tu murah dan layanan dia bagus tapi malang kot nasib aku sebab aku tak dilayan dengan baik malah aku rasa harga dia agak mahal berbanding harga jiran satu lagi tu. Harga tak jauh beza sangat. Paling tak best dan aku tak suka bila ko burukkan kedai lain kata kedai tu harga mahal dan suka tipu orang. Pergghh menyirap je aku time tu sebab itu namanya tak beretika dalam berniaga. memang tak la aku nak beli barang kat orang tu. 




Ni kawasan luar E Shed Market. Sempat la aku berjalan sementara tunggu kengkawan shopping. Aku? Shopping gak tapi abis cepat la. Banyak gak aku abis duit kat sini dan ada rasa menyesal le jugak wahahaha sebab kat CBD ada kedai lagi murah le kome.. Jadi jangan habiskan wang anda di sini seperti tiada esok ye.


Supa IGA

Balik dari E Shed kami bergegas cari super market kekonon nak masak (Gelak dalam hati). Dekat sangat super market ni kat area rumah kitaorang. Kalau tahu jalan kaki pun boleh. 



Kemain banyak le cekelat diaorang borong kat sini, murah kata Jie & Xeera. 

Mahal woo syampu kat sini.


Xeera yang banyak duit lagi cuba sedaya upaya menghabiskan duit dia kahkahkah. Jangan marah tau Xeera, gurau je :p. Aku beli Maggie Sauce Chilli $2.19, telur (6 biji) $2.49 & roti sebuku $2.25


Cottesloe Beach

Lepas je pegi Supa IGA tadi aku dan Jie solat siap cepat-cepat nak kejar sunset kat beach. Kitaorang jogging je. Oh ye yang paling best masa ni lift kat rumah tu rosak. Warrgghhh!!!

On the way nak ke pantai tu kena lintas laluan keretapi.


Kat sana diaorang kan suka bawak anjing jenjalan dan habit anjing ni suka berak merata, jadi diaorang siapkan plastik untuk pemilik anjing ni kutip najis anjing mereka dan buang sendiri dalam tong sampah. 

Kebanyakan pantai kat sini sure ada tangga camni untuk turun.




Belanja sket gambar sunset yang cantik kat sana. 

Belanja sattew bidio.

Syahduuu weyhh..

Lepas lari kami balik tu memang dah gelap abis la. Kemain eksyen kitaorang kekonon tahu jalan balik siap lalu celah apartment orang dan sesat barat. Hahaha. Dah le penat jogging dan terkinja-kinja kat pantai, nak naik rumah tingkat 8 woii dengan lif dah rosaknya. (TT__TT).

Yang lagi best malam tu kami keluar balik pegi bandar Perth nak tengok Swan Bell Tower tapi bila sampai sana diaorang tengah buat renovation. Tak ke swan eh sawan kitaorang? Pegi sia-sia dah tu kena balik naik tangga sampai tingkat 8 balik. Kecewa mak tauuuu.. Malam tu kami makan segala mak nenek makanan yang ada je sebab sakit hati dan penat.


Okey, last sekali belanja sunset dari balkoni.

Nanti kalau rajin buat next entry la. Okey bye! 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...