03 December 2014

Perth Day 1 *25oct2014

Ehem meh le kita sambung cerita tak seberapa ni selepas perancangan yang tak seberapa dah dibuat. Kami berempat bertolak dari KLIA2 jam 12.05a.m.


Bekalan 6 hari. 

Kami empat ketul nak gak bergambar sebelum naik belon.

Sila la bawak sweater yang tebal kalau naik flight memalam kome... Sejuk gila. Kalau korang tahan takpe la kot, aku memang jenis tak tahan sejuk.

Lepas 5 jam lebih tido dalam kesejukan dalam kapal terbang tu kami pun sampaiii..

Nanti dalam flight makcik pramugrari atau pakcik pramugara akan bagi borang yang wajib diisi untuk diserahkan kat imigresen mat saleh ni.


Takdele penuh airport sebab pagi sangat kot.

Sempaaaattt nak jugak gambo tempat membuang kat airport. Macam biasa la takde paip air nak beristinjak. Pepandai la bawak tisu basah. Aku jadi batak jap tengok tong sampah moden sangat kat belah kiri tu.

Depan airport saje je ngambik gambo nak tunjuk bukti dah sampai ye dak? Kami dah sewa keta. Kawan-kawan aku 3 orang tu sampai airport je terus beli simcard. Dah semua ada simcard aku yang kedek ni memang tak beli la. Wahaha. Murah kot bayo AUD15 kot pakai 6 hari tak abis-abis. Siap call Malaysia la, skype la diaorang tu. Aku kira pelancong sejati antara diaorang ni sebab terputus dari alam maya kecuali bila ada wifi kat hotel.


Kami sewa kat Europcar. Korang boleh pilih dan tengok harga dia kat SINI. Kami sewa keta kecit kenot janji boleh muat kami berempat ketul ni. Lebih kurang RM100.00  la seharii.. tapi kena book dulu pakai credit card. Dah sampai sana nanti baru dia swipe card untuk full settlement. Saje amik kat airport sebab kami malas nak ke tempat lain bila nak pulang balik keta tu. Kalau korang plan nak pemandu dua orang sepatutnya kena bayar berapa dollar tah sehari. Tapi kitaorang daftar nama aku je la. Nak tambah driver kena bayar tahapahapatah. Lesen memandu kita laku kat sana janji ko takde kes saman eksiden sampai masuk mahkamah dah boleh dah. 



Haaa.. ni la kereta kami Hyundai i20. Baru gila wa cakap luuuuu.. mile age baru 237km. Ni keta paling murah kitaorang amik. Boleh tahan besar bonet dia, muat la 4 backpack yang besar dan satu beg kaler purple kat atas tadi. Harga dalam $33 sehari. Murah kot kan?

Haa baru citer kat airport dah nak 200 gambar acane ni? 


Danish Patisserie

Okey jom lekas lepas je dapat keta, kami terus lapo. Bukak waze, cari Danish Patisserie. Kenapa kena pegi sini? Sebab Jie kata kat sini jual makanan yang disahkan halal. Kawasan ni macam kawasan kilang, bila nak sampai tu aku agak keliru di situ tapi bila disahkan oleh Xeera, maka aku pun yakinlah. Apakah ayat skema aku ni?



Sila yakin sebab dah disahkan halal *sila lihat logo halal bahagian bawah* dan ada juga sijil halal dalam kedai.

Sila amik tahu Ahad tutup tau. Sabtu sampai pukul 11 pagi je. 



Aku dah lupa kitaorang beli apa. Tapi sedap la. Siap beli yang frozen buat bekal masa hadapan gittew. Kahkahkah.


Caversham Wildlife Park & Whiteman Park.

Uiii kalau baca blog mana tah kemain jauh citer dia nak pegi kat sini tapi bila tanya makcik kat Danish Patisserie tu dia kata alaaa 20 minit je. Mungkin dia bukan dari airport kot kehkehkeh.

Maka Omey dipaksa jadi navigator bukak wave dan kami terus ke sana.

Tu harga tiket untuk masuk ye AUD25 untuk orang tua (kami) dan kekanak AUD11. Kami sampai dalam 9.00 pagi kot so sempat la pegi show yang ada.


Senarai show yang ada so korang kalau nak bertapa sehari kat sini pun takde masalah.

Kawasan dia besar weyh. Penat laaa berjalan. Korang jangan la pakai kasut tinggi ye. 



Berebut-rebut kangaroo mintak signature kitaorang hahaha. Memang jinak je menatang kat sini. Dia ada sediakan makanan untuk kita tarik perhatian kangaroo. Apa guna bayo memahal tadi kan? 

Bak kata Omey "Kemain sibuk ko nak pegang kambing ostrolia, kambing kat Malaysia ko buat tak tau jek". Hahaha terasa nok.

Kangaroo tengah menyusu. 

Memperkenalkan Llama.






Persembahan cemana diaorang gembala menatang kat sana, cemana dia shave bulu kambing biri-biri, bagi minum susu kat anak bebiri, cemana pakai cemeti dan lain-lain. Free je semua ni sebab dah bayo tadi kan..



Lepas tengok Farm Show tadi kitaorang pegi tengok Wombat & Friends pulak.

Haa.. ni le wombat. Gemok debab gedempol.


Lepas tu kitaorang pegi jumpa kawan lama encik koala yang femalas asyik la tido taekwando je. Dapat le pegang barang semenet dua. Lepas tu pegi la melawat kengkawan lain gak tapi malas le nak letak gambo. Kami tak tunggu show yang lagi satu pun sebab rasanya cukuplah kot bermesra dengan binatang untuk hari ini.


Kemudiannya perut dah bunyik sikit2, kitaorang pegi la kiosk yang rupa cafe beli air lepak jap then blah. Tak tunggu sampai petang sebab kitaorang nak round Whiteman Park pulak.


Whiteman Park

Kat area sini ada la simple water park untuk bagi kanak-kanak bergembira. Aku rasa summer nanti sure penuh tempat ni.



Ketatapi yang kami naik untuk pusing Whiteman Park 

Harga tiket train untuk dewasa $5, warga emas $4, kanak-kanak $2.50, keluarga (2 dewasa 2 kanak-kanak) $13.






Antara gambar-gambar yang sempat ditangkap masa atas train tadi. Kalau ada masa terluang boleh je sewa basikal atau kalau rajin jalan kaki pun bolehh..


Fremantle

Kekonon nak lunch tapi tengok jam dan pukul 3 macam mana tak lapo ye dak? Xeera bersungguh nak makan fish & chips kat Kaili's sebab dia kata the best place to eat fish & chips. Apa lagik, tak banyak cakap kami bukak waze tetiba je dah sampai sini.







Menu yang ada. Harga dia $14.50 dapat 2 fillet of fish 7 chips.

Seafood salad ni sedap! Harga $11.95. Gambo fish & chips tak sempat amik dah abis sebab kelaparan. Kihkihkih. Untuk makluman kome chips deme memang banyak. Kalau tanya aku biasa je rasa fish & chips dia pun.

Haa.. ni nak citer kejakunan kami. Sistem order diaorang kat sini mudah. Mula-mula kita beratur, order, bayar dan dia suruh kita pegi tunggu kat meja dan bawak menatang nih. Sambil layan muvi hindustan kat youtube (tipu lettew) kang tetiba boomerang ni bergegar, maknanya makanan dah siap. Jadi sila bawak boomerang ni ke kaunter untuk pengesahan order dan amik makanan sendiri pegi makan jejauh.  Tak perlukan pelayan dengan muka taik cuma perlu orang bersihkan tempat makan je.





Lepas makan kami jalan kaki tengok bandar dan pantai. Sejuk wooo..




Fremantle tak busy sangat tapi tempat yang bagus untuk dididami. 


Hoi tak senonoh kau ye, kencing merata :p

Kami berjalan dengan harapan dapat le tau lokasi E Shed Market tapi akhirnya sesat ke Fremantle Market. Jadi kami dengan dukacita nak pegi la check-in kat apartment yang Xeera booked. 


31 Wellington Court, Mosman Park.

Laluan masuk rumah.

Dapur yang comel dan lengkap.

Ruang tamu. Sila percaya bunga sebelah tv tu adalah original tau. Kami sangkakan mula-mula bunga pelesu. 

Ruang tamu yang simple.

Balkoni yang simple tapi takde sape berani lepak kat luar sebab sejuuukk... Bila lepak dalam rumah pun kami tak bukak pintu sebab sejuk.

Xeera model bilik tido bersama Jie.



Siap kipas extra kalau kome datang masa summer la kot kan? Kami siap cari suis ekon yang tak dipasang dengan harapan boleh tutup suis tapi ekon pun tak pasang tapi sejuk dia kemain menggigit woi.


Bilik aku dan Omey yang comey lotey sesuai dengan orang yang tido. *ferasan*


Tandas ada satu je, bilik dua. Segala sabun yang orang lain tertinggal tuan rumah ni letak je. So kami guna je sabun la, syampu. Sungguh bijaksana tuan rumah ini.

Dari rumah boleh nampak laut woooo... 


Okey tu je la sebab malam kami semua dah penat. Memang memasing tak sedar sape yang berdengkur pun. Fengsan. Nanti citer hari kedua pulak. Baru first day dah nak muntah tengok gambar hahaha. 


No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...