22 November 2014

Perth #Perancangan

Wahhhh.. Merancang bercuti ke Perth? Kalau korang nak berjalan sendiri tak menggunakan khidmat ejen pelancongan boleh le baca kat sini. Maklumat yang ada ni pun tak la seberapa sebab kami semuanya sibuk bekerja tapi beli tiket dan tempah penginapan bagai tapi takde plan nak kemana. Maka korang boleh la mengambil pengajaran kat trip kami ni ye. Takde la silap besar mana pun cuma tak study berapa hari patut pegi dan celah mana patut kami spend time lebih kat sana tapi kami tetap berpuas hati dengan trip ni.

Okey, first macam biasa, sila la tempah tiket awal. Kami beli 10 bulan awal sebab masa tu ada promosi. Dapat harga dalam 5 ratus lebih sikit je untuk pergi balik seorang naik Air Asia. Kami amik extra luggage 40kg masa balik sahaja risau ada beg terberanak nanti. Pegi memang takde amik extra luggage, semua hand carry je. 

Mari belajar geografi kat mana letaknya Perth tu. Terletak kat Western Australia. Perth je dah besar bapak apatah lagi satu ostrolia tu. Perth ni yang paling dekat dengan Malaysia dalam 5 jam flight dah sampai. Kemain ramai orang Malaysa kat sana hahaha.

Perth ni macam kawasan kampung je. Kampung yang sangat moden hokeyyy.. Nak tunjuk peta detail Perth pun dah besar sangat, so korang tengok le sendiri kat google map tu ye. Malam sunyi la sangat tak macam Melbourne. Kami pergi masa hujung spring dah nak masuk summer so takde le sejuk sangat masa siang tu tapi bila malam memang menggigil la kalau keluar tak pakai baju tebal. Korang boleh la refer nak pegi musim bila kat website ni. Biasanya diaorang cakap pegi masa spring sebab dah abis winter. Winter kalau korang tahan sejuk takpe la kot. Nama je winter tapi kat sana takde seleji deknon. Summer tak digalakkan sebab panas kat sana diaorang kata laaa (bukan aku kata ye) lagi panas daripada Malaysia.

Kami dah siap sewa kereta dari Malaysia. Daripada tadi kami tu berapa ketul ko pegi ni? Kami pergi 4 ketul je. Tips nak pergi bercuti dengan kengkawan jangan pegi lebih daripada 4 orang nanti susah nak manage. Kami bawak Aud 500 (lebih kurang RM1400.00) je sorang untuk 6 hari camtu. Belanja untuk makan, isi minyak, tiket masuk sini sana dan beli souvenir (tak beli pun takpe sebab mahal woooo...). Kalau tak beli souvenir memang dah kira kaya raya dah bagi aku yang kedekut ni hahaha.

Eh lupa pulak, macam biasa la nak pegi ostrolia kena buat visa pelancong. Boleh pegi kat mana-mana ejen pelancongan dan korang tinggal bayar atau boleh buat sendiri kat http://easyeta.com/. Visa laku untuk 6 bulan dengan harga $9.95. Janji takde masalah dadah, jenayah dan dah bayar Ptptn korang sure lepas punyalah. :p

Okey itu sahaja lah. Tunggu next entry la sebab hari ni je dah 3 entry aku keluarkan. Hahahaha!

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...