25 December 2014

Muar Strong Man Challenge 2014

Lokasi : Kompleks Sukan Pagoh, Muar.
Tarikh : 21 Disember 2014
Masa : 6.30 pagi
Jarak : 21km


Hahahahahahahahahahaha!

Gelak gila-gila dulu sebab aku tak tau pun pasal event ni. Jiran aku punya bini yang forward sebab dia nak join yang basikal. Aku dah register dia pun tak register. Maka aku pegi je la kekonon ni marathon macam biasa je laaaaaaaaaa....

Kemain lagi goodie bag dia, memacam hado. Nak amik goodie bag ni pun rock abis la. Pegi je kat kedai basikal pastu bagi nama. Rilek je pakai meja bulat yang diaorang letak dalam kedai basikal haha.

Start kat Stadium Pagoh dalam 30 minit la dari pekan Muar nak ke sana. Aku pun macam pelik le kenapa dia nak buat kat Pagoh sana, macam le kat Muar takde stadium kan? Stadium dia simple je. Dah nama event ala-ala rock so start pun ala-ala rock gak la. Simple je tapi yang penting event berjalan.





Nangissss kena panjat bukit walaupun tak berapa tinggi tapi sebab penat lari kena nangis sikit gak la.

Ni dari atas bukit tau. Kena turun dan lari celah kebun sape tah.

Hai encik lembu. Nasib baik dia seberang parit, risau gak dia kejar aku yang tengah berlari pakai baju kaler merah.

Haaa.. bila dah lari.. hamik laaaa.. Macam merentas desa pun ada. Bukan lari atas jalan tar Senah oi. Lari dalam kebun kelapa sawit. Lari kat jalan tar ada le 5 km je kot tu pun area pekan Pagoh.



Haaa ni la pekan Pagoh yang aman damai sekali. Lari pagi-pagi orang pekan lepak minum, bapak bawak anak pegi mancing tepi sungai, pakcik pegi kedai runcit bawak kambing. Nostalgia sungguh la. Siap tengah lari ada le pulak kereta berenti tanya aku cemana nak keluar highway Pagoh. Kehkehkeh. 

Memang aku tak sangka la kena seterrrrooooonnggg nak lari ni. Siap lari celah-celah taik lembu tepi lombong. Punya la sakit kaki sampai rasa nak give up dah lari-lari ni. Paling stress aku berjalan je sebab sakit kaki ada le pulak ahso yang berjalan pun boleh potong aku yang tengah berjalan ni. Psiko abis tauuuu... 

Aku abiskan larian dalam 3 jam 34 minit (7km kot aku jalan je sebab tu banyak gambar lari kali ni wahahahaha!). Medal dia besar dan cantik. Siap ada kategori yang strong man tu dia cantumkam medal yang ni dan basikal. Kreatip sangat. Cuma aku rasa tak best water station dia lebih 4km jauhnya. Aku pun silap gak dengan rehat tak cukup, tak breakfast dan aku takde amik apa-apa supplement pun sebelum lari ni. Yang best abis lari aku nampak diaorang sediakan nasi lemak la woiii tapi aku takleh makan sebab rushing balik bilik hotel, si Sepet sensorang je kat sana. Ada cabutan bertuah gak tapi aku tak tunggu. 

Kesimpulannya, kalau korang rasa nak cabar diri sila lah masuk event yang tak glemer ni sebab yang akan masuk adalah ahso yang senior tapi power. Memang stress abis la ko kena tinggal dengan ahso kat belakang. (TT_____TT)


Sumber gambar : Run & Explore & Fb Muar Strong Man Challenge.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...