11 January 2014

MPIB Run 2014

Lokasi : Padang Merbuk, Kuala Lumpur.
Tarikh : 5 Januari 2014
Masa : 7.00 pagi
Jarak : 12km


Ini kali ada satu je gambar yang sesuwai nak kasi up sebab tukang amik gambor takde.


Yang pegang medal tu my royal running buddy dan juga pencetus minat aku nak lari. Mekaseh jie! 

First time aku lari kat Padang Merbuk anjuran MPIB. Kemain ramai manusia yang gila macam aku sibuk nak lari. Aku dah hagak dah larian kali ni mesti ada bukit gak tapi tak kusangka lari kat Bukit Tunku. Waduuhhh.... Fengsan mak nyaahhhh...

Memang wajibulghunnah la aku jalan je di setiap pendakian bukit ittew dan aku cuba berlari sepanjang ekspedisi turun bukit dengan jayanya. Memang cuba sedaya upaya potong sesape yang boleh masa turun bukit berbekalkan semangat nak pegi toilet dan kejar si jie yang kat depan. Sebelum start tu aku dah beratur nak pi toilet tapi kemain panjang barisan. Aku pun tahan je la sambil lari dengan harapan ada la tempat nak kencing nanti. Kat water station masa 3km tu memang ada toilet tapi ada 2 je? Halamak beratur gak. Agak-agak macam lambat je aku sambung lari dengan harapan lagi ni. Sebelum sampai water station kat 6km aku dah nampak rumah pak guard bergitu berseri-seri dan tersergam indah melambai-lambai. Dengan muka 5 sen aku tanya mamat Nepal rasanya 'nak tumpang toilet boleh?'. Maka berakhirlah penyeksaan sepanjang separuh larian.

Dipendekkan cerita, dengan usaha berjalan masa naik bukit dan lari masa turun bukit ittew aku dapat no 366 daripada 521 peserta dengan catatan masa 1 jam 48 minit. 

3 hari selepas kejadian larian tersebut, aku sakit kaki. Esok nak buat half marathon pulak. *debor*

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...