15 January 2014

Skyhawk Nature Run 2014

Lokasi : Taman Tasik Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 12 Januari 2014
Masa : 6.30 a.m
Jarak : 21km




Sebenarnya aku terlambat register untuk event ni sebab masa diaorang sibuk promosi aku deactivate fb sebab masa tu tengah sibuk bebeno banyak pulak sebab. Bila activate balik Jie bagitau dia nak lari sesama sebab kali ni lari kat kampung kita. Tanya la organizer boleh register lagi ke tak dan harapan menjadi kaciwa. kekonon nak buat first half marathon kat BSNPNM last year tapi tak dapat sebab kena demam denggi. Yang ni pun terlambat lak nak daftar. Tiba-tiba pada suatu hari ecewah organizer offer lak nak bagi masuk, apa lagi? Dengan pantas respond dan bayar apa yang patut. Mula-mula nak surprise Jie tapi terbagi tau sebab dia sakit kaki masa nak datang sebab tersepak kaki katil jadi kena la bagi semangat kat dia gak supaya dia datang dan teman aku yang baru belajar nak buat half marathon. Wahahaha.

Kitaorang sampai lagi 2 minit nak start. Organizer memang bagi flag off 6.30 pagi tajam. Dalam gelap-gelap tu aku hantam saja la lari. Oh lupa kali ni first time sebelum lari aku breakfast dengan cekelat Powerbar dan energy gel sebab takut tak mampu nak lari jauh. Alhamdulillah berjaya gak habiskan larian, nombor berapa tu belum penting lagi sebab dah tau tak mampu nak lari laju sangat yang penting habis. Hoyeah!

Apa yang menarik tentang pengurusan ni, diaorang cuba sedaya nak mengurangkan penggunaan kertas. Semua maklumat disebarkan melalui fb je dan masa nak collect race kit pun diaorang suruh bawak i.c je takyah susah-susah nak bawak confirmation slip bagai. Memang tak perlu kot confirmation slip kan? No i.c pun dah cukup aku rasa.

Larian start dan berakhir kat Dewan Badminton Kompleks Belia & Sukan kat area Tasik Ayer keroh. Lari menuju depan Seri Negeri, lalu depan Tiara Golf, Melaka Perdana masuk Kampung Gapam, Lalu dekat Taman Bukit Katil Damai keluar balik kat Seri Negeri.


Suasana pagi kat Kampung Gapam. Gambar ni curi daripada fb Jie. Muahaha sebab dia lari bawak telefon, aku lari bawak ipod je.


Awek kembar la kot sebab pakai pakai baju sama. Laluan ni kat tengah-tengah kebun getah. Siap ada orang Singapore yang datang tu kutip biji getah nak bagi anak deme.


Syok woooo lari cenggini sebab takde asyik lalu kat tepi jalan raya ye dak?



Okey ni pun gambar aku amik kat fb member dari Singapura En Mohan. Ni kat water station no. 3. Walaupun AJK cakap ada toilet kat setiap water station khas untuk pompuan tapi aku rasa sepanjang aku lari memang takde. Ada pelari kena tumpang rumah orang kampung nak pegi tandas. Stended la tu kan.. Nasib baik orang kampung semua supporting. 


Nampak tak aku gigih berlari ala-ala gwiyomi sebab 2km terakhir tu semangat dah suam-suam kuku sebab mak dah fenat. Hnnsss.. hnnsss.. Tapi bila dah nak dekat tu ada pulak adik mana palu kompang, buat aku cakap kat diri sendiri, kamon yukenduit!


Wajib bergambar dengan Jie lepas lari dengan medal.


Keseluruhan pengurusan untuk event sangat baik mungkin sebab peserta tak ramai dalam 700 orang sahaja. Dengan makcik-pakcik kat kampung siap bagi semangat dan bertegur sapa, abang polisi yang comey dan pengurusan yang sangat ramah serta cuaca yang baik sangat membuatkan semua orang gembira. Lepas lari dapat makan Mamee Chef, aiskrim Nestle dan pisang. Yang paling best ada adik photographer yang TERsangat la chumell.. Wahahaha! hep, jangan nakal :P

Eh lupa, aku berjaya habiskan larian dalam masa lebih kurang 3 jam dan walaupun larian ni lebih jauh daripada MPIB Run hari tu, kaki aku tak sakit pun. 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...