15 August 2014

SLE

Apakah SLE?

System Lupus Erythematosus (SLE), atau lupus adalah gangguan sistem imun. Badan kita ada sistem imun yang sepatutnya melindungi tubuh tapi bila ada SLE, imun tu boleh serang kita pulak. SLE akan beri kesan kat tubuh kita seperti sendi, buah pinggang, paru-paru, kulit, jantung, otak dan pembuluh darah.

Siapa Penghidap SLE?

10% - Lelaki & Kanak-kanak
90% - Wanita. Biasanya bermula lepas seorang wanita melahirkan anak.

Penyebab SLE

SLE ialah kecelaruan yang kompleks dan sampai hari ni tak tahu apa sebabnya. Kemungkinan besar sebab kombinasi faktor genetik, persekitaran, dan hormon.

Tanda-Tanda SLE

Setiap pesakit SLE akan mendapat tanda-tanda yang berbeza. Biasanya sakit sendi, sendi bengkak, demam yang tak berkesudahan dan tak dapat dijelaskan atau keletihan yang melampau. Terdapat juga tanda-tanda ruam pada kulit yang dikenali sebagai ruam "rama-rama" yang mungkin ada kat sekitar hidung dan pipi. Tanda-tanda lain sakit dada, keguguran rambut yang teruk, anemia, ulser mulut, sakit kepala, pening-pening, kemurungan, kebingungan atau sawan.

Kalau korang ada sebahagian tanda-tanda tersebut atau kesemua tanda tu, sila jumpa doktor cepat-cepat supaya dapat diagnosis yang tepat.

Rujukan : Persatuan SLE Malaysia


No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...