Hari tu tertengok kat TikTok seorang peguam share kes buli kat
MCKK baru-baru ni. Ya ampun tak habis lagi ye.
Untuk pengetahuan pembaca (perasan ramai sangat readers ni).. aku pun bekas penduduk asrama penuh kat
tuuuttt... Sejak dulu memang kes macam ni ada cuma dulu kat sekolah je le tau
sebab takde media sosial.
Bukan lelaki saja ada kes buli ni, perempuan pun ada
tapi perempuan biasanya jarang melibatkan fizikal, biasanya cemburu boyfriend
dia ambil adik angkat lawa dari dia je..
Pendapat aku la kan... ditekankan d
sini AKU ye.. bukan orang lain
Lelaki ni memang dah tuhan ciptakan nak
rasa dia berkuasa. Mungkin dia ada parents yang terlalu mengawal dan tak mahu
mendengar apa yang terbuku dalam hati anak (terutama lelaki), maka dia akan
salurkan perasaan memberontak tu seperti membuli yang tidak berdaya.
Untuk apa?
Untuk memuaskan hati je.
Perempuan pun sama tapi perempuan biasanya ada geng
yang dia boleh luahkan perasaan.
Jadi, kuranglah stress dalam hati tu dan
perempuan banyak takutnya.
Lelaki ni dapat pulak ada tukang support dan bersorak
masa dia buat kerjaan membuli tu.. dia rasa dia berkuasa la padehal buli orang
yang tak berdaya je pun apa yang rasa power sangat pun tak tau la..
Tau tak
kesan kat orang kena buli?
Yang paling senang dia akan buli orang lain pulak dan
pusingan tu akan berterusan je..
Yang tak nak circle tu berulang atau bijak
mungkin simpan dendam dan mendoakan sesuatu yang tak baik.. (doa orang teraniaya
tu makbul ye)
Macam aku dulu sebab ada senior lelaki suka kat aku, tak
pasal-pasal senior perempuan jeles padehal dia bukan couple pun. Tengah syok
tido dia panggil reramai pastu torture (bagi syarahan aka membebel je pun)
sambil pegang rotan.
Maleh nak kabo bukan lawa nau pun senior tu dah la tak lawa
perangai pun tak lawa (sesuai sangat).
Lepas tu ada la masa aku form 3 kot ada
senior tak puas hati (lupa pasal apa), hantar junior suruh aku datang kelas dia
masa prep.
Ciss ingat aku takut ke.. aku pesan kat junior tu ko pegi cakap kat
senior tu dia nak jumpa aku kan? Dia la datang sini. Hahaha Senior tu mungkin
tercabar dengan keberanian aku dia datang kelas aku bersama geng dia pastu bagi
leture kat balkoni. Macam la dia tak jumpa aku kat asrama balik prep tu. Bodoh
gak senior tu.
Yang aku terdengar laa kalau budak lelaki ni antara modus
operandi buli diaorang.. kalau salah diaorang tipu aku laaa
- pumping sambil
ketawa
- cuci muka dengan air tandas
- belikan senior makanan guna duit sendiri
- basuhkan baju & iron baju
- urut badan diaorang
- kena tumbuk kalau nk amik
lesen smoking kat asrama (ada upacara khas)
- bogel (untuk apa aku tak tau)
Tu
je la aku ingat.. tak tau la yang lain.
Emosi yang dibuli tu bukan boleh dirawat
time tu atau habis sekolah kira habis camtu je ye. Termasuk yang perempuan ye..
(aku sampai sekarang tak suka senior tu)
Kalau ko membuli tu keluar sekolah
dapat anugerah ke? Boleh senang mintak keje kat luar negara ke cemana? Kalau
tetiba ko jumpa budak ko buli tu kat universiti atau tempat keje? Ko nak
berbangga ko penah buli dia masa sekolah ke?
Yang kes MCKK tu sampai kena private
part budak tu nak kira macam mana?
Kalau aku sebagai parents, nak aku maafkan
kau meh aku buat benda sama kat kau.
Boleh?
Ada ke patut gantung sekolah 2
minggu, sebat kat tempat tertutup dan buat kerja amal je?
Parents pembuli tu
takde maruah ke? Macam tu ke didik anak? Ke kau dulu pun pembuli? Jadi genetik
bodoh tu menurun kat anak ke cemana?
Sekolah pun bongok tak nak besarkan hal.
Nak jaga nama baik sekolah konon.
Nak jaga nama baik tunjukkan yang ko beri
hukuman yang adil baru la orang awam rasa selamat nak hantar anak ke sekolah
asrama.
Tak paham le aku. Geram tau. Kalau kena kat anak korang apa korang nak
buat?
No comments:
Post a Comment