28 April 2014

Kluang!!! Tunggu akuuu...!

Uhuk uhuk cerita kenduri sampai perantin dah balik honeymoon baru aku nak up entry wahaha. 

Kami semua dapat jemputan untuk memeriahkan mejelis kawin sorang member dan mengarakkan mereka dengan kereta klasik. Eh, takyah cerita panjang sangat kot sebab cerita lama macam dah hilang ingatan sikit-sikit.

Konvoi le woi... ngehngehngeh..

Macam biasa musti ada je yang nak mengada-ngada masa konvoi. Musti mahu tulun menulun sebab kita tak tahu bila masa pulak kita nak orang tulun kita nanti.

Ni le perantin.. Ko hado keta ni? Aku pun takdo.. Kehkehkeh

Kat meja kenduri gak la sibuk nak tulis ucapan kat hadiah perantin.

Ucapan memasing macam vongoks.

Kami dan perantin.



Korang amik leeee kali ni memang cerita semua gambo keta kodok jeeee... Sebenarnya ada banyak citer keta kodok ni tapi kali je baru aku rajin nak letak.


Nasi Lemak World & Dataran Majlis Perbandaran Kluang

Malam kejadian selepas perantin berarak dengan gembira kami dibawak oleh geng Kluang ke Nasi lemak World untuk dinner. Komen? Biasa je laa.. Nama world maybe sebab ada lauk-lauk untuk nasi lemak tapi ada 3 lauk je rasanya. Mana datang world pun aku masih tertanya-tanya. Lokasi? Alamak aku tak hengat pulak sebab aku tak bawak keta ngehngeh. :p






Lepas memenuhkan tembolok memasing kami buat aktiviti tak berfaedah iaitu tayang kereta kat Dataran Majlis Perbandaran Kluang. Sambil amik gambar perasan-perasan tu anak-anak kecik dapat le meng'pau' mak bapak beli mainan kat situ dengan harga yang sangat tak berpatutan.


Kluang Rail Coffee & Station

Pagi esoknya bangun awal-awal dari hotel kitaorang jalan kaki pegi makan kat sini. 


Okey gak kan makan ngadap landasan keretapi?

Memang lama la tempat ni. Kalau lambat sikit memang kena beratur tunggu kat luar sebab selalu full house. Makanan dia aku tak amik gambar lak sebab perut memasing dah kebulur. Makan telur separuh masak, roti kukus, nasi lemak, minum kopi dan bla bla bla. Komen? Biasa jee takde le sampai teringat-ingat makanan dia. *gila cerewet aku ni ke?*

Papan tanda lama.

Tunggu punya tunggu keretapi lalu sampai ngantuk.. Balik hotel laaa.. Hahaha. Rupa-rupanya dah ada jadual masa bila keretapi nak lalu tapi aku tak tengok pun. Sila la kecewakan diri sendiri. 


Gunung Berlumut Felda Ulu Dengar





Lepas makan pagi kami semua bertolak reramai pegi Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar.

Selamat datang :)

Tempat parking kereta

Tempat parking motor

Ada playground yang aku rasa tak berapa praktikal kat tempat cenggini.

Lot-lot kedai untuk korang beli ayor, makanan ringan, pelampung, seluar, baju, tuala dan lain-lain yang berkaitan.

Haaa.. ni la air terjun yang dikejar-kejar ittew.



Syioookkk woooo... sejuuukkkk....

Ingat kat zoo je ada zirafah?

Kemain jernih air dia weyhh... Siap kalau korang letak kaki diam-diam je nanti ikan apa tah yang ada untuk foot spa tu datang makan kulit mati. Keluar je daripada air terjun ni tetiba kulit jadi cantik. Hakhakhak.

Siap ada port nak terjun tiruk. Tu semua tengah siap sedia nak terjun dan di keji selepas terjun. 


Ini kayu ka, batu ka?


Apa, ingat kitaorang datang cenggitu je? Oh tidakkk.. diaorang ni punya rajin siap beli ayam, kambing, sosej, burger dan apa tah kat Aeon Big Kluang untuk bbq. Aku tukang makan jee..

Fasiliti kat sini bagi aku tak berapa bagus sangat sebab tandas kat atas takleh pakai. Nasib baik kitaorang tak amik port jauh sangat. Leceh nak turun bawah semata-mata nak berak weyh. Tandas kena bayar tapi tak jaga. Dah tu parking dia memang mahal sebab dia kira satu kereta Rm2 lepas tu satu kepala kena bayar gak sorang Rm2. Puuiiii... Hamik la aku yang suka mengkomen sesaje.. :p




Agak-agak dah nak petang tu semua dah siap-siap nak balik sebab sibuk nak tengok bola malam tu. Cisssss... Sebelum balik kena la posing dengan kereta ye dak? Walaupun aku cuma passenger, wajib la jadi pensibuk juga. 

Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan balik. Terima kasih kepada kelab vw Kluang sebab sanggup melayan kerenah kami yang tahapahapa ini walaupun penat dengan kenduri yang dengar kata family perantin masak sendiri. Perantin pun sanggup datang berkelah dengan kami. 

Lastly, aku belanja bidio sattew.



Bye!

17 April 2014

Emak

Nama panggilan emak tu macam takde class kan? Tapi aku tak kesah pun sebab sukati aku nak panggil mak ke, emak ke, ibu ke, mummy ke, mama ke.. Janji aku tau dia orang yang melahirkan aku. Entry ni bukan nak bersyarah tapi nak cerita Mac lepas kitaorang first time celebrate birthday emak kat rumah. Aik takkan kat rumah je? Emak aku adalah seorang yang sangat penjimat even nak beli barang untuk diri sendiri pun dia akan fikir sampai 2 juta kali sama ada dia perlukan benda tu atau tak. Kalau dah macam tu punya fikir dah tentu la mak aku akan bising kalau kitaorang membazir buat kat kedai makan ataupun kat hotel yang kena bayar mahal-mahal. Emak aku seorang yang sangat garang dan kalau orang tak kenal sure tak tahan dengan kata-kata yang dia keluarkan. Kitaorang semua dah lali sampai bila dia membebel kitaorang akan twist jadikan benda tu lawak. Sebab kalau kita argue dengan dia maka akan bertambah panjang cerita sampai boleh gaduh. 

Okey cukup sampai situ sebab aku sebenarnya nak cerita yang sebelum Chinese New Year pakcik aku tetiba rajin bagi gambar sejarah pasal keluarga asal emak aku.

Oh emak gua sangat cantik. Masa ni dia baru 15 tahun.

Emak aku dan adik dia aka pakcik aku yang paling kitaorang rapat sekarang.


Gila old school gambar siap ada kerawang kat tepi-tepi.


Gambar perkahwinan emak dan abah. 


Tu cerita emak dulu-dulu yang kitaorang dapat tahu sikit-sikit. So ni baru gambar birthday emak yang lepas pada 24 Mac sempat dirakam. Kitaorang buat sambutan ni sebab tahun ni emak dah pencen.

Aku tengah amik gambar dalam cermin ittew hewhewhew.


Abah kesayangan yang sangat penyabar disamping kelam kabut ayamnya. Dia dah request buat birthday party untuk dia jugak this year. Wahahaha! Abah aku yang suka buat lawak dan sangat workaholic. 


Nenek, anak dan cucu usha kek tak sabar nak potong.


Kek beli kat SR je sebab tak sempat nak tempah. Tulis sekali nama ahli family yang birthday bulan Mac.


Hadiah jam tangan Solvil Titus. Susah tau nak bagi hadiah jam kat emak sebab dia dah ada kriteria jam yang dia suka. Punya la lama kitaorang discuss sebab yang dia nak jam bulat, background putih, kecik, nombor semua lengkap tak nak tulisan roman dan kena ada tarikh. Akhirnya dapat jugak last minute. Lelah nak cari.

Kitaorang paksa emak bergaya dengan jam barunya dan emak ikuuut jeeee. Cayalah emak.

Rupa emak aku macam cina? Emak aku memang orang cina dan diambil sebagai anak angkat masa bayi oleh keluarga orang Melayu. Emak aku sangat suka complaint perangai orang cina walaupun dia tu pure chinese. Dia memang pandai dan suka baca buku, tak tahu naik basikal, takut langkah longkang dan orang yang sangat simple. 

Happy Birthday emak! Kami semua sayang emak walaupun emak garang macam singa. Aummm :3

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...