28 April 2014

Kluang!!! Tunggu akuuu...!

Uhuk uhuk cerita kenduri sampai perantin dah balik honeymoon baru aku nak up entry wahaha. 

Kami semua dapat jemputan untuk memeriahkan mejelis kawin sorang member dan mengarakkan mereka dengan kereta klasik. Eh, takyah cerita panjang sangat kot sebab cerita lama macam dah hilang ingatan sikit-sikit.

Konvoi le woi... ngehngehngeh..

Macam biasa musti ada je yang nak mengada-ngada masa konvoi. Musti mahu tulun menulun sebab kita tak tahu bila masa pulak kita nak orang tulun kita nanti.

Ni le perantin.. Ko hado keta ni? Aku pun takdo.. Kehkehkeh

Kat meja kenduri gak la sibuk nak tulis ucapan kat hadiah perantin.

Ucapan memasing macam vongoks.

Kami dan perantin.



Korang amik leeee kali ni memang cerita semua gambo keta kodok jeeee... Sebenarnya ada banyak citer keta kodok ni tapi kali je baru aku rajin nak letak.


Nasi Lemak World & Dataran Majlis Perbandaran Kluang

Malam kejadian selepas perantin berarak dengan gembira kami dibawak oleh geng Kluang ke Nasi lemak World untuk dinner. Komen? Biasa je laa.. Nama world maybe sebab ada lauk-lauk untuk nasi lemak tapi ada 3 lauk je rasanya. Mana datang world pun aku masih tertanya-tanya. Lokasi? Alamak aku tak hengat pulak sebab aku tak bawak keta ngehngeh. :p






Lepas memenuhkan tembolok memasing kami buat aktiviti tak berfaedah iaitu tayang kereta kat Dataran Majlis Perbandaran Kluang. Sambil amik gambar perasan-perasan tu anak-anak kecik dapat le meng'pau' mak bapak beli mainan kat situ dengan harga yang sangat tak berpatutan.


Kluang Rail Coffee & Station

Pagi esoknya bangun awal-awal dari hotel kitaorang jalan kaki pegi makan kat sini. 


Okey gak kan makan ngadap landasan keretapi?

Memang lama la tempat ni. Kalau lambat sikit memang kena beratur tunggu kat luar sebab selalu full house. Makanan dia aku tak amik gambar lak sebab perut memasing dah kebulur. Makan telur separuh masak, roti kukus, nasi lemak, minum kopi dan bla bla bla. Komen? Biasa jee takde le sampai teringat-ingat makanan dia. *gila cerewet aku ni ke?*

Papan tanda lama.

Tunggu punya tunggu keretapi lalu sampai ngantuk.. Balik hotel laaa.. Hahaha. Rupa-rupanya dah ada jadual masa bila keretapi nak lalu tapi aku tak tengok pun. Sila la kecewakan diri sendiri. 


Gunung Berlumut Felda Ulu Dengar





Lepas makan pagi kami semua bertolak reramai pegi Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar.

Selamat datang :)

Tempat parking kereta

Tempat parking motor

Ada playground yang aku rasa tak berapa praktikal kat tempat cenggini.

Lot-lot kedai untuk korang beli ayor, makanan ringan, pelampung, seluar, baju, tuala dan lain-lain yang berkaitan.

Haaa.. ni la air terjun yang dikejar-kejar ittew.



Syioookkk woooo... sejuuukkkk....

Ingat kat zoo je ada zirafah?

Kemain jernih air dia weyhh... Siap kalau korang letak kaki diam-diam je nanti ikan apa tah yang ada untuk foot spa tu datang makan kulit mati. Keluar je daripada air terjun ni tetiba kulit jadi cantik. Hakhakhak.

Siap ada port nak terjun tiruk. Tu semua tengah siap sedia nak terjun dan di keji selepas terjun. 


Ini kayu ka, batu ka?


Apa, ingat kitaorang datang cenggitu je? Oh tidakkk.. diaorang ni punya rajin siap beli ayam, kambing, sosej, burger dan apa tah kat Aeon Big Kluang untuk bbq. Aku tukang makan jee..

Fasiliti kat sini bagi aku tak berapa bagus sangat sebab tandas kat atas takleh pakai. Nasib baik kitaorang tak amik port jauh sangat. Leceh nak turun bawah semata-mata nak berak weyh. Tandas kena bayar tapi tak jaga. Dah tu parking dia memang mahal sebab dia kira satu kereta Rm2 lepas tu satu kepala kena bayar gak sorang Rm2. Puuiiii... Hamik la aku yang suka mengkomen sesaje.. :p




Agak-agak dah nak petang tu semua dah siap-siap nak balik sebab sibuk nak tengok bola malam tu. Cisssss... Sebelum balik kena la posing dengan kereta ye dak? Walaupun aku cuma passenger, wajib la jadi pensibuk juga. 

Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan balik. Terima kasih kepada kelab vw Kluang sebab sanggup melayan kerenah kami yang tahapahapa ini walaupun penat dengan kenduri yang dengar kata family perantin masak sendiri. Perantin pun sanggup datang berkelah dengan kami. 

Lastly, aku belanja bidio sattew.



Bye!

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...