25 September 2014

Ah Reum Da Oon Sa Ram

Kau dah kenapa tetiba keluar citer Korea lak ni? Hahaha. Suka dengan lagu ni dan suka gila tengok drama My Lovely Sam Soon ni. Kira rating no. 1 aku sampai sekarang. Seploh kali tengok seploh kali nangis. Acane tu?



Abam Hyun Bin kenapa hemsem sangat? Sumpah tak cari lain kalau dapat dating dengan dia. Eh? Mau tarik rambut haku dengan Ha Ji Won. Wahahaha!

Btw, Happy Birthday Hyun Bin!

24 September 2014

Mahkota Medical Charity Run 2014

Lokasi ; Depan Bangunan Mahkota Medical Centre, Melaka
Tarikh : 21 September 2014
Masa : 7.00 a.m
Jarak : 12 km



Kali ke -3 berlari kat Melaka. Kali ni menderma sambil berlari (memang sungguh sehat!). Bagi orang yang tengah gila berlari, derma cerita nombor 3 sebab yang penting dapat lari dan dapat medal. Tak gitu? Kehkehkeh.

Okey, diaorang ni berpakat dengan organizer Skyhawk Marathon Club. Natijahnya memang lari on time pada jam 7 pagi dan ikut pengalaman aku diaorang akan bagi air kat km ke 4 cenggitu dan tekaan aku betul! Mungkin tak cukup sukarelawan tapi takpe sebab management memang bagus. 

Aku bukan pelari yang laju pun tapi yang pasti aku berusaha habiskan larian. Dah beberapa kali aku lari pakai seluar compression 2XU dan setiap kali pakai aku memang akan ada masalah sakit lutut. Err aku rasa aku tak sesuwai kot dengan seluar tu. Aku ada habit nak ke tandas masa larian pagi=pagi ni. Memang kacau tauu hahaha. Tengah syok berlari ada je suasana toilet memanggil-manggil. Kali ni aku bertegur sapa dengan toilet kat area Melaka Raya (dah tak ingat nama toilet). 


Eh cerita merepek sangat meh tengok laluan aku berlari. Dan gambar lain yang sempat ditangkap.


Ni masa dah dapat getah rambut kedua, tengah buat u-turn area tepi pantai tapi tak tahu nama tempat ni. Yang aku tau petang-petang ramai main layang-layang kat sini.


Atas jambatan menyeberang Sungai Melaka lagi sikiiiiiit je nak sampai.


Apa yang best lepas lari dapat sandwich Subway. Eh mekasih ye sebab sponsor.


Medal la kan? Singgah Old Town jap sebelum balik beli burger ayam untuk Sepet. 


Gambar aku takde sebab takde sape nak amikkan gambar dan aku segan nak mintak orang amikkan gambar juga aku memang le gagal bab selfie ni. *nangis*


Terima kasih organizer :)

23 September 2014

The Intouchables


Cerita asal dari Perancis. Memang tak la aku sepatah haram tau bahasa Perancis ni kan. Nasib baik ada bantuan sarikata. Cerita ni memang best sebab berdasarkan cerita sebenar.

Kisah seorang orang kaya Philippe (Lakonan François Cluzet) yang lumpuh dari bahagian leher ke bawah sebab jatuh masa buat paragliding. Dia cari orang yang boleh jadi pembantu peribadi. Masa interview tu mamat Driss (Lakonan Omar Sy) datang nak mintak sain je untuk dapatkan bukti dia pegi interview supaya dia dapat duit kebajikan.

Philippe bosan dengan layanan pembantu yang sebelum tu sebab layan dia macam pesakit, dia amik gak Driss walaupun dia tahu risiko dia tinggi sebab Driss penah masuk penjara.

Acane citer ni berakhir? Korang kena la tengok sendiri. Wahahaha. Cerita tentang persahabatan dengan kemampuan berbeza, minat berbeza, kulit berbeza, taraf hidup berbeza. Cerita ni sangat kelakar dan menyentuh perasaan (walaupun takde le sampai jatuh air mata aku).



Dah meh tengok video skeeettt...







10 September 2014

Team Malaysia Fan Run dan Fit Malaysia 2014

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh : 7 September 2014
Masa : 7.00 a.m
Jarak : 5km



Kemain lama dah tak lari. Ingatkan dah pencen tapi masih tak serik-serik. Kemeriahan memang terasa sebab dapat salam abam KJ. Wahahahaha! 

Kali ni saje lari Fun Run 5km sebab baru nak berjinak-jinak kembali selepas berhat lebih 2 bulan kotttt... dan nak teman Si Sepet. Alhamdulillah takde la semput sangat lari walaupun bukit dia agaks laaa mendongak juga.

Marilah kita saksikan kemeriahannnya.




Pagi-pagi kitaorang dah terpacak. Memang ramai dah ada pun masa kitaorang sampai tu. 




Nampak kita tak? Hehehe



Enche' Sepet first running event with atuk. Atuk pesan, "Jangan lari depan atuk nanti atuk sepak awak". -___-"



Err macam tak payah citer kot. Hayati je lah kehkehkeh



Nampak tak kita kat barisan depan tu? Motip duduk depan nak salam KJ dan nak sampai dulu la kononnya tapi memang tak dapat laaa.. Lari kemain slow.



Err aku tak tahu la KJ lari olok-olok je ke tak. Sila bersangka baik dan kagum je la.



Aku le ni hahahaha. Mahap le gambo kabur sebab photographer tengah lari amik gambo aku.



Kemain lagik ada tukang sorak. Tapi memang masa lari kat area ni yang ada tukang sorak, orang main gendang bagai dapat lak ada lagu 'gemuruh suara... ' *sila nyanyi ikut tempo* memang tetiba aku bersemangat lari. Boleh? Hahahaha.


Suasana kat garisan penamat.




Lepas lari dapat pingat, pisang, roti, kuih karipap, kuih bingka ubi, air, sijil termasuk penat, pengalaman, kepuasan dan keseronokan.



Si Sepet yang lapar. Sambil lari dia boleh mengomel " Bila nak habis lari ni? Saya nak makan nasi lemak". 



Ada aktiviti berbasikal dan in line skate tapi kitaorang tak join sebab ni geng key el. 



Lastly, Super Saiya baru balik lawan dengan Majin Buu datang memeriahkan suasana. Alololo.. Comelnya awak dik! Kame hame ha sattew!

04 September 2014

A Stolen Life


A true story by the author herself how she survived 18 years lived with her kidnapper. 

Jaycee Dugard was 11 years old when she was kidnapped by Phillip Dugard and his wife Nancy Dugard in 1991. They kept and hide her at their backyard and rapped until she pregnant 2 times. 

The vocab is simple (you don't need extravaganza vocab to explain you have been rapped and abuse right?). The most important is that you can feel what Jaycee felt at that time and makes you curious what will happen next?

Until now she live happily with her daughters and still learning how to live with freedom.


03 September 2014

Seven Lonely Days

One of the lovely song in movie Saloma. 

Singer : Bonnie Lou


Seven lonely days make one lonely week
Seven lonely nights make one lonely me

Ever since the time you told me we were thru
Seven lonely days I cried and I cried for you



Oh, my darlin' you're cryin', boo-hoo-hoo-hoo
There's no use in denyin' I cried for you
It was your favorite pastime, makin' me blue
Last week was the last time I cried for you



Seven hankies blue I filled with my tears
Seven letters true I filled with my fears
Guess it never pays to make your lover blue
Seven lonely days I cried and I cried for you



Oh, my darlin you're cryin', boo-hoo-hoo-hoo
Now, there's no use in denyin' I cried for you
It was your favorite pastime, makin' me blue
Last week was the last time I cried for you

02 September 2014

Saloma

Semalam beli cerita Saloma kat Astro. Sehari je aku dah tengok ulangan sampai 4 kali. Tu beli pukul 3 petang, kalau dari pagi beli mau sampai ke malam aku ngadap citer tu je. Acane tu? Best sangat ke cerita tu?





Kisah hidup Biduanita Negara Saloma yang tak ramai mengetahuinya. Tipulah kalau kata tak tersentuh. Lakonan pelakon-pelakon yang mantap. Akak Lydiawati memang sangat bagus! Tony Eusoff pun suka sangat lakonan dia. Nabila Huda pun bagus! I like!

Erm sangat tak sangka yang AR Tompel pernah jadi suami Saloma dan ada anak. Kalau cerita ni takde memang sampai kesudah aku tak tahu. Ye ye maafkan saya (-___-")

Kisah perjalanan cinta dan kerjaya Saloma. Memang tak dinafikan dengan lenggok badan dan gaya bercakap Saloma menjadi kegilaan lelaki. Beliau sebagai wanita biasa yang masih muda dan dahagakan perhatian dan kasih sayang seorang lelaki akan mudah jatuh hati dengan AR Tompel yang jauh lebih berusia. 

Pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama tak bermakna kejayaan dalam bidang seni suara tak dapat diteruskan. Bangkit daripada kesilapan dan kekecewaan, Saloma mula mengukir nama kembali. 

Kemudian jodoh dengan seniman agung P.Ramlee menjadikan Saloma lebih gembira dan kerjaya mereka semakin memuncak. Kesanggupan Saloma mengikut P.Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dan hidup dalam susah senang bersama P.Ramlee membuktikan beliau mencintai P.Ramlee dengan sesungguhnya.



Cinta mereka hingga hujung nyawa.


Al-Fatihah.


Nota : Cerita ni terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama kisah Saloma dan AR Tompel. Bahagian kedua Saloma dan P.Ramlee. Beli sekali je boleh tengok dua-dua bahagian. 

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...