23 October 2014

Ke Tioman Dengan Kelam Kabut #Day 1

Hari Sabtu pagi sebelum cuti Hari Malaysia 16 September tu tetiba mak call' "Jom kita pegi pulau? Pulau Pangkor okey kot kan? Tapi mak nak pegi pulau yang air dia jernih. Ko booking chalet, esok kita pegi. Ko bayar tol dan minyak je. "

Ewahhh senang jeee mak kita order kan? Dia tak tahu ke Pulau Tioman tu selalu full? Maka bermula lah kerja aku sebagai seketari tak bertauliah.

Cari-cari hotel kebanyakannya penuh. Ada satu hotel apa tah lupa nama dia tapi yang aku tau management dari Singapura, nak booking pakai phone takleh, kat Agoda takleh, booking pakai email. Dah tu lambat pulak nak reply. Last-last nyampah lambat sangat call member dia bagi la satu contact number ni, call je terus book dah settle. Kitaorang dapat kat Johan Resort, Kampung Teluk Air Batang. Kitaorang bergerak dari Melaka pukul 7.00 pagi camtu, rehat dan sarapan kat RNR mana tah dah lupa, keluar kat Kluang ikut jalan dalam ke Mersing. Sampai kat situ dalam 11 pagi, terus ke jeti cari parking dan dapat kat area sebelah hotel Seri Malaysia dan beramai-ramai menapak ke jeti.

Untuk tempahan korang boleh je call kat nombor-nombor ni;

+6017-906 7300 ; +6013-349 0953 ; +6011-1505 1806

email : abcjohan87@gmail.com 

SMS ; +6017-906 7300 ; +6013-349 0953 ; +6011-1505 1806


Eh lupa pulak nak pegi Tioman kitaorang kena beli tiket feri lebih awal bagi mengelakkan korang terkandas kat jeti sebab jeti dia takde sistem. Nasib je la kalau korang dapat tiket last minute terutama masa cuti am atau cuti sekolah. Aku book kat syarikat Island Connection Travel & Tours (M) Sdn Bhd. Ini adalah anatara salah satu anak beranak syarikat Blue Water Express yang satu-satunya meng'conquer' perkhidmatan feri kat situ. So, paham-paham je lah ye kalau servis macam taik sikit. Hahaha. Harga tiket seorang pergi balik RM70.00 untuk dewasa dan RM50.00 untuk kanak-kanak umur 2-11 tahun. Kalau nak book boleh call 07-799 2535 / 07-799 4033.

Err aku tak sempat nak amik gambar kat jeti Mersing dan dalam feri sebab kelam kabut nak bayar duit tiket kat tepi jeti tu. Oh ye korang jangan le pulak lupa kita kena bayar duit Cukai Jabatan Taman Laut  (RM5.00-Dewasa, RM2.50-Kanak-kanak) dan ada kaunter kat jeti tu korang boleh bayar.

Masa ni baru je sampai jeti Air Batang atau kalau orang feri tanya ABC (Air Batang Chalet).


Wakame yang dah nak kawin katanya dan suka kekanak yang debab-debab melayan kerenah kekanak nak naik moto tayar 3. Memang kebanyakan pengusaha kat sini ubahsuai moto camni untuk kemudahan pengangkutan.


Okey, dah jom kita berjalan ke chalet. Eh lupa nak bagitau yang perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman lebih kurang 2 jam. Kitaorang pegi ni dah nak hujung-hujung sebab pulau dah nak tutup sebab ombak dah start nak kuat.


Kawasan Kampung Telok Air Batang.


Ada banyak gak la chalet dia. Yang aku dapat ni chalet lama sikit kat area atas bukit. Dia ada gak buat dorm. Harga tak mahal. Kitaorang amik yang RM120.00 semalam untuk famili. Ada 2 katil saiz queen, air-comd dan attached bathroom. Kalau korang nak lebih selesa sila la request bilik kat bawah sebab condition dia lebih cantik dan dekat dengan pantai.


Katil 2 ketul. Ermm, langsir dia tu aku rasa kena la basuh kot. Macam dah lama tak berbasuh atau tukar la lain kan? Tak payah memahal pun janji bersih je.


Lebih kurang cenggini la bilik dia. Kalau nak lawa bebeno sila la nyah dah tempah kat Berjaya ke, Tunamaya ke. Aku orang biasa-biasa je. *banyak sangat songeh le writer ni kan?*


Tandas yang biasa-biasa juga, cukup lah nak membersihkan diri. *bersyukuuurrrr


Boleh tahan besar gak la bilik dia. Kalau ada 2 orang anak pun masih selesa.


Erm maintenance team dia tak cukup la agaknya kan. Tapi takpe kita buat-buat la kekonon kita dalam hutan tepi pantai gittew. 



Antara pemandangan yang sempat ditangkap kat laluan nak ke bilik aku.


Lepas dah check-in perut memasing dah kriuk-kriuk kami makan kat restoran ABC. Makanan kat pulau kome jangan le harap harga sama kat tanah besar ye. Tapi makanan kat sini sedap dan makan sambil nengok laut memang best. Kalau korang nak stay kat Air Batang Chalet (ABC) pun boleh.. Chalet dia dari luar nampak mengiurkan jugak laa.. Pepandai la kome meng'google' sendiri cemana nak contact ek. Eh anak tokey ABC ni muka dia macam Gambit. 


Pantai area ABC.


Sesi beramah mesra. Wakame ni sangat mesra dan ramah-tamah. Layanan diaorang memang baik. 


Nasi goreng dia banyak dan sedap. Actually ada banyak jugak kedai makan kat sini. Tapi tak banyak yang bukak waktu siang kot. Malam memang banyak la siap ada BBQ selang satu malam kat restoran Johan Resort.


Pemandangan laluan dari Johan Resort ke ABC.


Depan chalet ada disediakan apa nama natang ni tah dah lupa hahaha. 


Petang tu lepas rehat-rehat dalam pukul 5 kitaorang plan nak bawak kekanak pegi mandi laut untuk sesi ringan-ringan gittew. 


3 ketul kekanak yang terlepas daripada cengkaman mak bapak memasing yang sedang berkomplot nak pergi mandi laut.

 
Dalam perjalanan tu kitaorang nampak yang pemuda kampung sedang bertungkus lumus dalam perlawanan bola tampar menentang abang-abang polis Pulau Tioman.


Kitaorang dah sampai kat kawasan yang dikatakan oleh Wakame tempat yang sesuai untuk mandi itu kat area Sunset Chalet kot nama dia. Tapi err tak sesuai kot nak mandi kat sini.


Ada 2 ketul orang putih yang baru sampai pun nak buat sesi ringan-ringan bertanya kat kitaorang kat mana tempat sesuai nak mandi.


Batu karang dan batu kecik-kecik banyak gila kat sini. Kalau ikutkan kat Kampung Telok Air Batang ni memang takde tempat sesuai untuk mandi sebab boleh kata keseluruhan pantai ni dipenuhi dengan batu.


Lepas cuba-cuba mandi kat situ tadi dan rasa terseksa, kami bertekad jalan kaki ke area Kampung Tekek. Ehh dekat je sebenarnya cuma memang kena jalan kaki sebab diaorang dah bina tangga dan laluan nak kesana.


Pemandangan Kampung Telok Air Batang.


Haaa.. Sampai pun kat Kampung Tekek lepas fuhh fuhh.. fenat naik tangga.


Sini area Taman Laut laa.. Masa kitaorang sampai ni air tengah surut. Kalau nak best diaorang kata datang la pagi atau tengah hari.



Ada disediakan tukun tiruan ke nama natang biru tu. Aku agak je nama dia. Okey untuk pengetahuan korang yang berhasrat mandi kat sini, jangan le cuba-cuba atau terpijak apa-apa kat bawah tukun atau pelampung tu sebab waktu air surut berkemungkinan besar korang terpijak landak laut seperti abam John Lejen kami.


Selepas terpijak landak laut, abam John Lejen meminta tulun adik-adik Baywacth dah mereka suruh perah air limau (asid) dan ketuk kat tempat yang terkena duri landak laut tu. Duri tu memang halus dan lembut dan agak mustahil untuk dikeluarkan. Memang berbisa wooo.. Nasib baik abam yang kena kalau aku kena mau jatuh ayaq mata.


Malam itu kami meminjam kayu apa tah kat pemilik Johan Resort ni dan berusaha mengetuk-ngetuk kaki abam John Lejen untuk menghancurkan duri landak laut tersebut.

Lepas tu kami pergi makan lagi kat ABC dan kemudian balik tidoo..

Okey tu je. Nanti sambung lagi la. 


No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...