20 October 2014

Legoland (Theme Park)

Kelmarin tah berapa kali kelmarin laaa kitaorang pergi berjimba-jimba kat Legoland. Malas nak mukadimah panjang sangat dah jom baca cerita dan tengok gambar yang sempat di amik.

Legoland bukak pukul 10.00 a.m sampai 7.00 p.m. Kitaorang plan asal nk pegi 2 hari. Sehari kat Theme park sehari lagi kat Water Park. Kitaorang beli tiket dengan Hotel Granada sebab ada promotion. Tiket dia memang combo and takde yang separate. Kalau nak separate pegi main jauh-jauh beli kat kaunter sana tu. Kehkehkeh.


Korang boleh call je untuk booking. Kitaorang amik pakej yang 2 adults  + 1 children (448.00+120 = 568.00). Harga ni termasuk bilik tido semalam, breakfast dan tiket combo masuk legoland. Kalau tak nak tido pun boleh korang kena pegi check harga kat website Legoland lah ye. 


Rupa tiket masuk legoland

Ikut korang la nak pegi masa hari datang atau nak tido dulu lepas tu esok baru pegi Legoland pun boleh. Kitaorang plan sampai hotel pukul 9.00 a.m tapi realitinya sampai 10.30 a.m. Wahahaha.  Kitaorang bayar dulu check in hotel dan amik tiket. Korang boleh je letak beg korang kalau tak nak bawak dalam bonet keta. Hotel ada sediakan tempat letak beg. Dari hotel tak jauh pun nak ke Legoland dalam 15 minit je. Jangan malas guna waze.

Kitaorang sampai lebih kurang 11.00 a.m. Tengok parking rasa bahagia. Cuaca agak merisaukan. Tapi alhamdulillah sampai balik tak hujan, redup je. Tempat parking Zon 3 dan Zon 1 murah bayar sekali masuk RM9. Zon 2 bayar ikut jam sebab takyah jalan jauh-jauh. Yang ni korang kena menapak le sikit. Memang bodo je design parking dia. Jimat abis le ni. Tapi bayo mahal kan? *tak puas hati*






Nasib le belum masuk pintu pagar dah bertimbun gambar aku letak. Ni laluan nak ke pintu masuk Legoland. Lebih kurang USS je design dia. Ada kedai-kedai makan dan butik. Harga aku tak tau sebab tak singgah pun. 

Gambar cliche depan pintu masuk wajib ada.


Tempat beli tiket kalau korang baru nak beli tiket la kan.. Tu kat hujung sana.


Check tiket pun nak amik gambar? Sukati aku le kan?


Err design taman tema ni copy paste USS eh? Hahaha. Jimat upah architect lukis plan kot. Weeeee...


Aiiii tandas pun nak letak gambar? Lagi sekali.. sukati aku la kan.. Hahaha. Sebelum korang bergembira dengan anak-anak sila paksa diaorang kencing siap-siap sebab nanti diaorang akan tahan kencing sampai tak tertahan. 

Okey sebelum bawak jenjalan korang tengok le map kat bawah ni. 


Dah tengok? Lambat gila kot nak loading. Dah tak payah le kome sesusah. Nanti sampai kat sana amik je map kat pintu masuk tu. Lagi senang. Meh aku rumuskan tempat-tempat yang ada kat situ. Taman tema ni dibahagi kepada 6 bahagian. Err tiba-tiba malas nak menaip. Korang baca sendiri kat map lah ye. Hahaha.

Gambar kat area pintu masuk dan antara permainan awal yang kitaorang main tak sedar diri amik sorang satu sebab orang tak ramai wahahaha.


Sekitar kawasan Legoland ni ada la cafe, kiosk jual makanan, booth yang permainan macam fun fair tu.. tembak-tembak dapat anak patung camtu. Aku tak main pun sebab kedekut.


Tempat ni je dah makan masa 45 minit. Nak explain la, nak tunggu masa la, nak setting robot la. Okay laa.. bebudak yang nerd tu aku rasa suka la kot.


Tempat baru yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. Takde mende la bagi aku yang minat besa-besa ja kat pilem ni. Masuk tu diaorang tunjuk movie pendek lepas tu pameran set-set citer Star Wars ni diaorang buat pakai lego. Boleh gerak-gerak, ada lampu, bunyi bla bla bla. 


Antara tempat-tempat yang ada kat situ. 


Ada castle tapi bukan le buat pakai lego. Mampos nak siap castle tu tahun bila la agaknya nanti hahaha. Ada menara ala-ala Taming Sari kat Legoland uoollssss... Aku tak naik la sebab dah naik kat Melaka.


Ni tempat tayangan 4D la kot. Tengok movie pakai spek petak tu, pastu ada air percik-percik, angin laa.. apa tah lagi. Kalau kome tak nak basah sangat duduk kat area hujung pintu keluar. Kitaorang masuk 2 kali tengok 2 movie. Mula-mula pasal apa tah lupaa (maklumle berapa kali kelmarin punya cerita). Kali kedua si Sepet ni nak tengok Chima tapi tengah tengok CD rosak, boleh? So kitaorang blah je la malas nak tunggu.


Dalam ni ada banyak tempat makan. Ada Asian Deli, The Cafe, King's Grill, Pizza Mania eh malas nak taip dah. Aku makan kat Burger Junction sebelah Dino Island. Mula-mula tu dah bersedia nak gigil bayo harga makanan tapi diaorang ada bagi set yang sangat berbaloi. RM48.00 korang boleh dapat 2 set chicken burger (besar gila burger dan fries dia pun banyak), dan satu set 3 ketul ayam dengan fries, 2 ice lemon tea dan 2 kotak air ribena. Memang tak abis kitaorang makan siap bungkus bawak pegi water park pulak. Tempat lain aku tak pegi la.. Tapi air mineral 600ml macam biasa la.. RM3.


Lepas makan kitaorang main kat Dino Island tu sebab kat sini memang akan basah lencun. Kitaorang tukar baju siap-siap sebab lepas tu nak pegi terjun kat Water Park. Diaorang ada laa sediakan tempat nak keringkan baju tapi kena bayar laaa. Memang lencun woo.. korang jangan le naik pakai kasut tapi korang takleh kaki ayam le pulak naik natang ni. 

Oh ye kat sini kalau naik roller coaster ke, atau permainan yang perlukan aksi tunggang terbalik ada la disediakan tempat letak beg tapi memang gondol gitu je la. Agak risau la kalau ada barang-barang berharga kan. Tapi diaorang ada sediakan locker yang kena bayar per day or per hour camtu. Err jangan tanya aku yang kedek ni laa.. Memang tak la aku simpan barang kat situ haha.


Ni kat Miniland. Macam-macam hado.. Dapat melancong dalam masa 1 jam ke seluruh Asia. Kehkehkeh. Cantik laaaa yang ni aku agak suka.


Atas kanan tu Sepet kekonon kat Chima Land, Atas kiri kat China. Bawah kanan tetiba aku sampai Thailand. Bawah kiri balik Malaysia le kome.. KLIA tuu..


Taj mahal ni lawo.. Siap tanam pokok. Eh yang Thailand tadi tu pun cantik.


Nak pegi Waterpark le pulak. Boleh je lalu area dalam Theme Park tapi kitaorang tak tahu jalan kitaorang keluar balik ikut pintu utama dan lalu la kat depan hotel ni. Sempat le buat aksi mengong sat sebelum pegi masuk Waterpark. 

Kitaorang spend time sampai pukul 4 kat sini tapi tak abis semua la.. Cukup la kot. Insyaallah kalau ada masa, kesihatan yang baik dan duit lebih kitaorang repeat la balik.

Kemudahan bagi aku okey, tandas bersih, tempat solat pun bersih (sebab orang tak ramai kot kan?) tapi confuse sikit nak kesana sini. Mungkin aku orang baru la kot. 

Okey dah nanti la citer pasal Waterpark. 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...