21 October 2014

Legoland (Water Park)

Hari ni mari le mengupdate entry seterusnya dengan gigih. Lepas berpenat lelah bergembira di Theme Park marilah kita sambung menghabiskan saki baki tenaga di Water Park. Harga tiket semata-mata masuk kat sini aku pun tak tau sebab sila rujuk entry sebelum ni. Hehehe.

Water Park ni tak besar mana pun tapi bagi aku cukup dah. Besar sangat kang nyampah lak nak merayau *dasar femalas*.

Gambar kat pintu masuk kena la hadoo tunjuk bukti dah sampai. Ni gambar-gambar masa baru masuk dan mata dapat tangkap apa yang ada. 


Antara permainan air yang disediakan. Berani? 


Area ni memang diaorang dah plan sesuai untuk kekanak kecit kenot main splash-splash gittew supaya mak bapak tak kena darah tinggi.


Area Build A Raft ni memang best sebab boleh bina rakit sendiri pakai lego getah yang disediakan. Kalau buat betul-betul memang boleh terapung dan boleh la berlayar ikut sungai buatan yang ada tu.


Haa tapi sebab kami bukan engineer, kami amik pelampung je wahahaha.


Area ni kat belah atas sikit kekonon macam biasa laa.. buat ombak buatan. Kerusi memang banyak gak la tapi tak tau la kalau peak time cemana la nak letak barang-barang kat sini. Memang kitaorang datang ni rasa lega sesangat, tempat banyak yang kosong.


Jangan tak tauu.. Bukan kekanak je beronok-ronok. Nampak tak sape yang tunggu kat air nak melimpah tu?


Tempat letak selipar atau kasut yang comel tapi macam sikit sangat. Kalau time orang ramai giler memang bersepah le segala kasut.


Map untuk Water park korang kena tengok sendiri la. Dia takde bagi macam kat Theme Park. Basah lencun kertas map tu nanti lagipun tempat dia kecik je.


Best tak? Best tak?


Aku tak tau apa jadah nama benda ni tapi memang banyak disediakan dan korang kena sewa. Dia macam tempat privacy la kalau ada anak kecik nak tukar baju ke.. Nak menyusukan baby (mungkin). Atau korang nak tido pun boleh kot sebab dalam tu ada kerusi rasanya. Aku ternampak je sebab aku takleh selak sesuka hati kang aku kena saman lak cubaan nak mengendap ke hapa.


Harga makanan dia memang laaaaaaaaa tak masuk akal untuk aku yang kedekut ni kan. Nasib baik aku dah makan kat Theme Park siap-siap dan boleh sambung makan saki baki makanan kat Theme park tadi kat sini,


Haaa.. Patutnya gambar ni kat atas sebab nama menatang tadi tu cabana dan inilah harga kalau korang nak sewa. Tak bawak towel? Boleh sewa gak.

Okey, tu la antara gambar-gambar yang boleh dikongsi. Eh lupa pulak, dia tutup awal sikit pukul 6 p.m. Untuk aku 2 jam dah cukup dah tak perlu sampai sehari tapi kalau korang memang hantu air kena la masuk awal. 

Okey tu je la. Nanti citer pasal trip pegi Tioman. Wahahaha. Bye!

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...