11 March 2015

Malaysia Women Marathon 2015

Lokasi : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Tarikh : 8 Mac 2015
Masa : 6.30 a.m
Jarak : 10 km


Sempena Hari Wanita Sedunia marilah kita beramai-ramai pergi berlari! 

Kali kedua masuk event ni. Last year lari half marathon tapi tahun ni macam nak slow je sebab takde feeling lagi lah. Boleh gittew? :p

Laluan kat Shah Alam nampak je rileks tapi sebenarnya agak la mencabar uols. Jadi tahun ni masuk suka-suka kita lari 10km je la. Pace kali ni dapat la dalam 8 minit camtu, so dalam masa 1 jam 20 minit aku pun habis lari sampai John Lejen salah timing la nak amik gambar aku, dia ingat aku sampai lambat lagi. Cisss..

Event ni yang best water station banyak (okey aku memang cerewet bab air ni sebab aku memang akan berhenti minum air kat setiap water station), dapat bunga ros lepas lari, dan boleh tengok lelaki pakai skirt tanpa rasa bersalah atau malu. Wahahahaha. Kiut hokey! Tapi aku tak sempat nak amik gambar sebab diaorang tetap lari laju walaupun pakai skirt (atau mungkin lebih laju?).

Laluan larian untuk 10km. 

Salah satu tempat bergambar yang disediakan. Masa ni kami tengah tunggu Jie abiskan larian 21km dia.

Sebab Jie tak abis lari lagi, kami sambung beratur kat tempat bergambar sebelah pulak. Masa n sorang lagi member dah sampai.

Okey semua dah abis lari.

Okey ni otak dah mereng sebab lapo. Kami siap berzumba dan tanpa disangka-sangka Amy sangat terer zumba! Terlupa nak amik video Amy berzumba. Kami kat belakang Amy rasa terhina tau sebab tak terer zumba. Hahahahaha.

Balik rumah makan nasi lemak ingatkan nak tido sat skali tertido sampai pukul 4. Lari 10km je.. penant macam hapa. Wakakaka.

Okey bye!

Skyhawk Nature Run 2015

Lokasi : Rumah Melaka Bukit Katil, Melaka.
Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : 6.15 am
Jarak : 21 km


Okey sambung cerita 2 bulan lepas lagi gak ni hahaha. Gila lambat up entry. Terobek sesangat dah ni. 

Sepatutnya opening larian aku tahun 2015 ialah kat MPIB Run tapi sebab takleh pegi maka yang ni jadi opening running aku lah. Tahun ni aku tak target nak buat 1 larian 1 bulan tapi nak elak larian dalam bandar sebab boring. Lagi-lagi Putrajaya, lagi-lagi Padang Merbok *macam la selalu sangat pegi sana kan?* hakhakhak.

Ini larian kali kedua dan kali ni aku tak lambat register. Larian ni kalau ada yang pernah masuk sure ternanti-nanti sebab diaorang tak amik participants ramai dan lari dalam kampung. Organizer adalah terdiri daripada pelari jugak dan pelari tahu apa yang pelari mahu, ecewahhh.. 

Start kat Rumah Melaka, tempat yang lebih baik daripada tahun lepas. Lari dalam kampung ni macam-macam kau jumpa. Ladang koko, kandang kambing, kedai kopi, ladang getah dan tak boring dan paling penting tak panas. Tahun ni water station dia dah bertambah dan ini memang menggembirakan makcik hoi. Yang lebih seronok makcik pakcik semua keluar rumah tengok persembahan kami berlari hahahahaha! Tapi takpe sebab kami berlakon sebaik mungkin *buat-buat kuat lari*. Ketua kampung pun sporting gile siap bagi buah laaa.. Ini memang win! Ada buah tembikai, betik, tembikai susu kat water station. Siap bagi topi walaupun aku tak dapat sebab sampai lambat sikit tapi takpe. Eh lupa sumber gambar ni dari yamiska.blogspot.com.

Paling takleh lupa ada le pulak kecit kenot baru 9 tahun lari gak dan siap wish "good morning" setiap kali dia potong sesape. Perghh memang tabik laaa kat parents dia. Aku gurau je bila cakap "you are cheating right?" Uncle jangan la sentap sangat okey? Saya gurau jeee sebab saya jeles budak kecit tu boleh lari 21km.

Masa ni dah nak dekat finishing line dah. Eksen je tuu padahal dah penat kot hahaha. Mana tak penat, aku siap pegi uk uk kat sekolah mana tah, mintak tumpang tandas kat guard sekolah. Lepas tu berusaha sedaya upaya gak la nak habiskan larian secepat mungkin. Alhamdulillah habis gak dalam masa 3 jam 10 minit. Bukan rekod masa aku yang terbaik sebab aku penah habiskan larian kurang daripada 3 jam. Oh ye, aku tak pakai uniform kali ni sebab tersalah amik saiz baju, terbesar pulak saiz aku amik. Jadi baju tu dah jadi hak milik John Lejen.

Nasib baik ada tukang sembur air. Hilang ngantuk mak.

Laluan ni dah keluar dari kampung. Ceh dalam kampung tak ngambik gambor. Kat jalan sibuk amik gambor, tahapahapa.

Yang paling aku suka masa dah habis dia bagi ais krim. Memang terasa segar gila! Dengar kata ada putu piring gak tapi aku tak tunggu sebab nak balik, si Sepet ada kat rumah sensorang. Tapi bila aku sampai dia boleh tido tak sedar diri, cilakak tul. Nasib baik dah tinggalkan kunci rumah kat jiran sebelah sebagai langkah berjaga-jaga. 

Okeylah jumpa lagi tahun depan, insyaAllah. :)

05 March 2015

Neon Night Run 2014

Lokasi : Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.
Tarikh : 31 Disember 2014
Masa : 8.45pm
Jarak : 5 km


Acara ni di buat mungkin untuk celebrate new year. Kami datang awal sebab takut jem maklumlaaaa Banda Hilir kan? Selalunya jem waktu cuti. 

Acara kalau ikut poster dia 7.30pm. Maka kelam kabut le kami maghrib kat Parkson. Lepas tu boleh le pulak Enche' John Lejen terluppa bawak kasut? Hahahahahahahaha. Plan lari barefoot je la..

Kami tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu apehal le pulak acara tak start lagi ni? Dah le diaorang ni punya hampeh tak sediakan tempat letak beg. Rupa-rupanya 7.30pm tu waktu berkumpul? Pergghhh sakitnya tuh di sini di dalam hatikuuu.. *nyanyi ikut lagu dangdut*

Sampai 8.30pm to dah kira maksimum la kitaorang tunggu, lepas tu kami pun blah dengan bergaya dan tak lari. Hahahahahaha. Dah tu sibuk jugak nak up entry tapi tak lari sebab kami sempat bergambar jadi untuk tidak membazirkan gambar marilah saksikan sekitar acara sebelum bermula.

Ini adalah laluan larian yang tak jadi lari kehkehkeh.

Sepet berlakon jadi pari-pari turun dari langit *pengaruh kartun sangat dah ni*

Lampu-lampu neon dihias dalam padang.

John Lejen dah siap nak lari barefoot dah tuu..

Starting point yang sejam kami tunggu tak start lagi tuuu.. 

Oklah tu je laa.. pengalaman lari malam kat Melaka takde lagi tapi ada member sorang kata tak best sebab kena lari celah-celah keta. Fuuhh nasib baik kami tak lari hahaha. Untuk penganjur sila baiki kelemahan yang ada sebab kami macam dah nak pangkah event yang di organize oleh diaorang sebab poyo je lebih. Boleh? Hahahaha. 

Braces Retainer

Wohoooo!!!!! Hoyeah!! Hoyeah!!! *joget-joget*. Akhirnya braces saya dan dibuka selepas 3 tahun lebih menjadi robocop. Apa, kome ingat lepas bukak braces penyiksaan akan berakhir begitu saja macam citer dongeng 'kemudian mereka pun hidup bahagia selama-lamanya'. No no no nooo... 


Kenapa?

Lepas bukak braces, kita kena pakai retainer. Kenapa kena pakai? Tak cukup ke 3 tahun ko pakai besi tu?

Retainer (dalam BM 'penahan' ish pelik bebeno bunyik dia haha so kita panggil retainer je lah ye.) ialah peralatan ortodontik yang direka untuk "mengekalkan" atau memegang kedudukan gigi selepas kita bukak braces sebab gigi perlu menyesuaikan diri (boleh ayat camtu?) untuk kekal dalam tulang rahang dan tisu lembut dalam mulut kita. Kiranya gigi tak berapa stabil la ni. Retainer ada yang diperbuat daripada dawai dan plastik atau plastik pepejal. Retainer ini la menatang yang penting untuk memastikan gigi kita kekal cantik dan tak senget benget lepas bukak braces dan paling penting tak rasa duit kita membazir bayo mahal-mahal tapi lepas tu gigi tak rata balik.


Ish, Selesa Ke Pakai Retainer?

Alaa.. biasala mula-mula mesti rasa pelik tapi lama-lama okey la. Lagi lama pakai lagi selesa la nanti macam pepatah 'alah bisa tegah biasa' gittew.


Berapa Lama nak Pakai?

Err ikut la kot, kalau ikut doktor saya kata wajib 6 bulan lepas bukak braces kena pakai sepanjang masa Tapi lepas tu kita sendiri akan rasa perbezaan dia dan mungkin boleh pakai waktu malam sahaja. Lepas tu mungkin setahun dah tak payah pakai lepas gigi dah betul-betul masuk dalam rahang.


Jenis-Jenis Retainer

Hawley Retainer

Ini adalah yang paling biasa orang pakai. Masa kat sekolah dulu memang ramai kengkawan ada pakai. Reka bentuk dia daripada wayar dan kancing terbenam dalam badan plastik yang agak tebal yang meliputi rahang atas atau terletak di sepanjang sisi lidah gigi bawah. Dah jangan banyak citer tengok bidio.


--------------------


Clear Retainer

Retainer ni rupa plastik. Doktor akan buat acuan gigi untuk dapatkan saiz yang betul-betul ngam. Memang jenis ni nampak lebih cantik tapi dia leceh nak jaga sebab takleh kena air panas dan kena asyik membukak dan pakai masa makan. Nak gosok gigi pun kena bukak. Kalau minum air oren ke, air anggur ke, air seteroberi pun takleh pakai nanti warna melekat le pulok. 



--------------------


Fixed Retainer

Fixed retainer memang paling terbaik la kot sebab takyah bukak pakai.  Kenapa nama dia fixed retainer? Sebab dia dah siap-siap ikatkan 6 gigi depan tu dan takyah bukak tapi kelemahan dia gigi belakang dia takleh sambung dan ini mungkin akan menyebabkan gigi belakang akan beralih nanti. Bila pakai fixed retainer ni memang korang kena jumpa balik dentist lah kan bila nak bukak tapi bila pakai retainer yang lain tu agak-agak sendiri je bila nak stop pakai. 


...............................................


Okey, harap-harap maklumat ni dapat membantu untuk yang pernah bertanya. Saya pakai yang clear retainer. Hahahaha.. ye ye memang leceh nak kena bawak bekas nak letak retainer sebelum makan supaya tak hilang sebab doktor dah pesan kalau hilang nak buat balik tu kena bayo Rm500. Maka untuk kita yang kedekut ni, kena la jaga elok-elok. 

:)

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...