31 December 2012

Terima Kasih :))

assalamualaikum, :))

salam akhir tahun 2012.

walaupun blog ini pada asalnya dibuka untuk meluahkan rasa kepada individu tertentu (still ada sikit entry tersebut) tapi ternyata akal mengatasi hati pada kala itu. memang kalau ikut hati blog ni kalau orang klik-klik takleh jumpa. tapi apa guna tulis kat blog tapi orang tak boleh baca kan? baik tulis kat buku 555 je.

sebenarnya banyak sangat nak tulis tapi tak tertulis. aku bukanlah penulis yang hebat atau sangat berbakat tapi setakat nak kongsi cerita dan ilmu tu boleh la sikit-sikit. sekurang-kurangnya orang yang jelajah kat blog ni dapat la sikit info yang berguna. tak banyak pun takpe sebab aku tau aku bukan ahli ilmuan yang bijak pandai.

kalau ikut pengalaman hati dan perasaan memang banyak tapi akal dah bagi signal 'ewah, kau ingat kau selebriti ke? sape lak nak tahu pasal ko tu?' :P haha. disebabkan aku bukanlah seleberiti atau retis, jadi aku simpan je la wajah aku yang biasa-biasa, perangai biasa-biasa, perhubungan antara manusia yang luarbiasa, kehidupan macam rakyat jelata yang lain-lain gak. aku tak suka nak tayang sangat aku ni siapa, dengan siapa, buat apa, tinggal mana, ada boyfriend ke, girlfriend ke, kawan aku siapa bla bla bla.. kalau boleh siap nak tayang gambar kekasih merata-rata. aku tau la aku bukan sesape pun. kepada SESAPE yang terasa tu nasib la.

tengoklah, kalau tetiba tahap keseriusan aku tetiba melantun-lantun, aku letak la gambar nanti. walaupun tahu takde sape peduli pun. hahaha.. tapi sebab blog ni blog aku so, aku punya suka la kan?

oh ye, kepada pesalah lalu lintas secara SENGAJA atau tak sengaja yang lalu tu saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. kalau ada apa-apa yang nak saya kaji untuk kamu dan paparkan kat sini saya akan berusaha sedaya upaya okey? kalau ada apa-apa permintaan tinggalkan je kat kawasan parking ruangan comment tu ok?

terima kasih, semoga SEMUA nya berbahagia tapi kepada ORANG YANG TERASA tu, hutang kamu dengan saya belum selesai.

03 December 2012

Bobcat (Lynx rufus)


tau tak kat Zoo Melaka ada Bobcat? perghh.. besauu.. weyhh.. tapi korang kena pepandai cari la sebab tempat dia tu agak tersorok. sebab aku teruja tengok Bobcat, meh amik tahu sikit pasal kucing yang on the way nak ke harimau ni.

sejenis mamalia
family Felidae


Ciri-ciri Fizikal

-corak badan berubah-ubah, tapi biasanya tan bagi yang grayish-coklat, jalur-jalur hitam kat badan dan gelap kat kaki dan ekor. 
-corak tu bertindak konon-konon nak menyamar. Aumm... 
-bentuk telinga hitam dan tajam, dengan bulu, pendek hitam. 
-biasanya warna putih kat bibir, dagu, dan underparts.
-muka nampak lebar sebab bulu panjang di bawah telinga. 
-hidung merah jambu-merah, dan warna asas kelabu atau kekuningan atau coklat merah pada muka, sisi dan belakang. 
-pendaki (pendaki?) oklah.. boleh memanjat dengan sangat baik, dan akan berenang apabila ia perlu (wahhh..), tapi biasanya akan elak air macam kucing lain gak. 
-kucing yang berotot (takyah susah2 gi gym), kaki belakang panjang daripada kaki depan, ni yang buat dia bila jalan tu macam sesaje je nak enjut2. (ngada).

Kelakuan

aktif tiga jam sebelum matahari terbenam sampai tengah malam, dan sebelum subuh sampai tiga jam lepas matahari terbit. setiap malam biasanya deme bergerak lebih kurang 2-7 km. aktiviti ni mungkin berbeza ikut musim.


Struktur sosial dan habitat

-aktiviti Bobcat bergantung kepada tempat, saiz, jantina dan mangsa. 
-rumah-rumah diaorang biasanya ditanda dengan memberak (najis), bau air kencing, dan mencakar pokok 
-biasanya Bobcat ada banyak tempat tinggal dalam kawasan dia. seperti den utama (ala.. macam tempat tinggal serigala tuu..), dan beberapa perlindungan tambahan kalau luar daripada kawasan macam balak berongga, belukar, atau bawah ledges batu. 
-jarak antara rumah dan saiz rumah Bobcat tak sama bergantung kepada tempat, jantina dan umur.
-sebahagian besar suka bersendirian. tapi ada je yang dua atau lebih betina tinggal dengan yang jantan. (manusia takleh eaa...)


Pemburuan dan pemakanan

-paling suka tangkap arnab dan hares, sebab tikus kucing suka makan...(-      -)"
-boleh berlapar dalam tempoh yang lama takyah makanan, tetapi bila dia dapat mangsa yang gumuks dia akan makan banyak. :p 
-memburu mengendap mangsanya dan serang dengan mengejar. mangsa biasanya berbeza ikut kawasan. 

Jangka hayat dan pembiakan

-boleh hidup enam atau lapan tahun, dan ada yang sampai lebih 10 tahun. 
-mulakan aktiviti mengawan dalam musim panas kedua dalam hidup diaorang.  
-yang betina boleh start awal tahun pertama musim panas mereka (gatai!). 
-pengeluaran sperma bermula setiap tahun pada bulan September atau Oktober, dan yang jantan subur masa musim panas. 
-seekor jantan yang dominan akan mengorat betina beberapa kali dari musim sejuk sampai awal musim bunga berbeza ikut lokasi, tapi aktiviti mengawan selalu berlaku masa Februari dan Mac. 
-pasangan boleh buat aksi berbeza, macam menghentam, mengejar, dan menyerang (uuii.. ganas.).
- macam kucing-kucing lain gak, diaorang boleh mengwan dengan beberapa kucing lain gak. 
-biasanya 2-4 ekor kalau sekali dia beranak dan lahir pada April atau Mei, lepas 60 hingga 70 hari hamil., dalam ruang yang tertutup, (gua kecil atau log berongga.)
-baby start buka mata hari kesembilan atau kesepuluh. minggu keempat dah start explore tempat tinggal dan bercerai susu lebih kurang dua bulan. 
-tiga hingga lima bulan, diaorang start jenjalan dengan ibu mereka. 
-start memburu bila dah setahun. 


Sebab-sebab pupus

Manusia memang suka buru Bobcat. Serigala pun suka juga.. (untuk makan la kot.. takkan nak buat kot pulak kan..). anak-anak bobcat selalu jadi mangsa burung hantu, helang , dan musang, serta lain-lain. 
Penyakit, kemalangan, pemburu, kereta, dan kelaparan adalah punca utama kematian. 


Bobcat adalah haiwan menyesuaikan diri. Ia lebih suka hutan-daun, konifer, atau bercampur tetapi tidak seperti spesies lain Lynx, ia tidak bergantung semata-mata pada hutan. Ia akan membuat rumah dekat dengan kawasan pertanian. 

ada 12 jenis Bobcat tau...

1. Lynx rufus rufus
2. Lynx rufus gigas 
3. Lynx rufus floridanus
4. Lynx rufus superiorensis
5. Lynx rufus baileyi
6. Lynx rufus californicus
7. Lynx rufus escuinipae 
8. Lynx rufus fasciatus
9. Lynx rufus oaxacensis
10. Lynx rufus pallescens
11. Lynx rufus peninsularis
12. Lynx rufus texensis

hermm.. lebih kurang serupa je kan? pepandai le korang tengok apa beza diaorang tu ye? kehkehkeh..

sumber foto: pakcik google.

29 November 2012

Penang Street Art.

Siapa yang tak tahu tentang Pulau Pinang? Jambatan Pulau Pinang, passembor, Pantai Batu Feringhi, Bukit Bendera, char kuew tiaw dan nasi kandar beratur? benda-benda yang sangat sinonim dengan Pulau Mutiara.

Tahu tak korang yang sekarang tengah popular sejak akhir-akhir ni adalah Mural Art / Street Art sekitar Georgetown? (apsal aku rasa cam blog dokumentari ni?) Okey, kita tukar mode! Korang tahu ke sekarang tengah feymess mural art? Artis yang bertanggungjawab nama dia Ernest Zacharevic, budak Luthenia. sorang lagi nama dia Louis Gan, budak Malaysia. (owh, hebat!)

Memang best jenjalan sambil tengok art kat dinding berbanding kita tengok art dalam galeri. Kat galeri kena pakai lelawa macam orang kaya (konon) pastu kena senyap-senyap buat macam orang educated (sangattt laaa..*yawn*). Pastu kena menyamar konon-konon paham apa yang artis tu buat and buat-buat berminat dan konon-konon macam nak beli. kehkehkeh.. tak best kan?

Street art ni kita boleh amik gambar dan buat aksi bebas dan berimaginasi dengan idea kita. Hakhakhak.. okey jom kita amik tahu sikit pasal deme dua orang ni.


Ernest Zacharevic.

Projek ni start tahun ni sempena Georgetown Festival 2012. Projek disponsor oleh Georgetown Festival dan cat daripada syarikat Murobond. 


Dulu laaa... 2 tahun dulu.. si Ernest Zacharevicni , graduate daripada Middlesex University, London, jenjalan backpacking kat Malaysia. Tiga minggu dia jenjalan sampai la last kat di Pulau Pinang. pastu dia tak blah-blah. dia takde le plan nak buat mural pun sebenarnya tetiba je jadi... pastu aku taktau nak citer apa dah.. Hahaha.

Okey masa untuk gambar.

Atas kiri : "Reaching Up"
Lokasi : Cannon Street

Atas kanan : "Little Children On A Bicycle"
Lokasi : Armanian Street

Bawah kiri : "Boy On A Bike"
Lokasi : Ah Wee Street

Bawah kanan : "Little Boy With Pet Dinasour"
Lokasi : Ah Quee Street

Sumber foto: amik sendiri.




"Broken Heart"
Lokasi : Love Lane

Sumber foto : penang-traveltips








"Chlidren In A Boat"
Lokasi : Chew Jetty

Sumber foto : penang-traveltips







"Little Girl In Blue"
Lokasi : Muntri Street


Sumber foto : penang-traveltips







"The Awaiting Trishaw Paddler"
Lokasi : Penang Street

Sumber foto : penang-traveltips






"This Old Man"
Lokasi : Armanian Street

Sumber foto : penang-traveltips











Macam kome-kome tengok la kan.. ada foto aku tak dapat amik sendiri sebab aku jenjalan kat penang taim ada kenduri dan kesuntukan masa jalan kaki. Mana yang sempat je aku amik. Yang best tu, kat tiap-tiap mural tu dah siap orang beratur sendiri tanpa sign 'sila beratur di sini' untuk take turn amik gambar. So... next time korang dah tau nak pi amik gambar kat mana pulak kan?.

Kalau tengok mural yang 'Reaching Up", Little Children On A Bike' dan "Boy On A Bike" tu, kalau korang perasan laaa.. kerusi, basikal dan motor tu adalah barang sebenar dan bukan lukisan. 


Louis Gan

Sila rasa bangga sebab kita ada artis (bukan artis penyanyi atau pelakon) yang berbakat. Beliau ni adalah seorang orang kurang upaya (pekak). Graduated daripada KDU, Penang. Ada sijil Politeknik Johor baru dalam Graphic Design dan dapat biasiswa Star Education Fund.


"Brother And Sister On A Swing"
Lokasi : Chulia Street Ghaut

Sumber foto : onlypenang.com






"Children Playing Basketball"
Lokasi : Chulia Street Ghaut

Sumber foto : onlypenang.com
















Yang ni pun sama, buaian, tiang gol, bola dan signboard 'Step By Step Lane' tu semua adalah benar belaka dan bukan lukisan. Signboard tu pun memang sesaje je letak sana..

Menarik kan? Tapi yang kurang bestnya, macam biasa... ada je makhluk-makhluk yang amik kesempatan kat hasil seni dengan mengambil gambar dan mencetak jadikan t-shirt, fridge magnet, kitchen dan lain-lain.

22 November 2012

Yasmin, How You Know?


ini buku yang sangat menarik! *thumbs up*

cerita kisah benar petikan memori insan yang pernah kenal allahyarham yasmin ahmad.

apa sahaja yang pernah diucap, diungkap, dibuat dan di apa-apa yang pernah allahyarham cuba diterjemahkan dengan sangat jujur dan berkesan.

cara penceritaan yang menarik, buat aku tergelak-gelak, baca dengan serius dan juga rasa sayu.

aku paling suka conversation antara allahyarham dengan anak buahnya, adam. kiut! nak tau? kena baca..

apa yang penting, cara pemikiran allahyarham tentang kasih sayang, persahabatan, keluarga, agama.. aku kagum. semua orang ada pendapat masing-masing kan? jangan banyak cakap je.. sila buat apa yang kau rasa betul dan berguna untuk manusia lain okey?

pada mereka yang rasa nak kata perkara tak baik tu, sila tutup mulut, jauhkan jari daripada keyboard dan pi main jauh-jauh.

aku tengah penuh rasa kasih sayang ni...


Perempuan Nan Bercinta



cerita ni bagi aku sangat berat sebab ia berfantasi yang berfakta.

mengenai kepercayaan syiah dan ahlul bait *pening*

aku tak pandai sangat bab cenggini tapi cuba gak baca dan memang akan diulang baca.

bagi yang suka novel cinta memang tak sesuai untuk anda beli walaupun bagi aku (bagi AKU laa..) penulis cuba mengetengahkan fakta dalam lagu fantasi macam tak berjaya. aku cuba cari rekaan watak yang dapat membawa aku ke alam mereka tapi tak berjaya.

cerita tentang diskriminasi wanita bagi aku dalam cerita ini sebenarnya hanya cuba mengaburi isi sebenarnya isi hati dan kepercayaan penulis.

maaf, mungkin ini tak banyak membantu tapi ini adalah cerita yang perlukan suasana sunyi untuk betul-betul fokus terhadap apa yang dikarang.

haha, aku tak reti nak tulis ayat serius weyh. sorry hokey?

12 November 2012

12 november 2012

Kebenaran 

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.


A. Samad Said
Benih Harapan
1973





*sangat tersentuh*

10 November 2012

Yah! Yah! Yah! *mengah*


bukit broga 400m je dari bawah tu. bukit yang takde pokok selain pokok kelapa sawit. tu pun kat bawah je. atas tu semuanya spesis lalang (memang diaorang panggil bukit lalang). akhir-akhir ni jadi terkenal tak tau sebab apa.

jadi, aku pun terjebak sama berusaha menawan (ewahh) puncak broga.

dah jom tengok gambar.





kepada sesape yang berminat nak pergi sana, korang kena ikut jalan semenyih. follow je signboard gi semenyih dan akan ada signboard gi broga. aku ikut dari balakong. diaorang kata landmark yang senang nak gi sana cari university of nottingham. tapi agak konpius sebab simpang nak ke broga kat jalan semenyih tu takde signboard pun (ke aku tak nampak sebab gelap?).

broga ni memang dalam ladang kelapa sawit. betul-betul depan rabbit farm. nak masuk tu kena bayar parking ticket RM2.00. pastu parking ikut koordinasi memasing jangan sampai kena sumpah dengan insan lain sebab kebangangan teknik parking korang okey?

dinasihatkan pergi hari biasa dan bukan hujung minggu sebab ramai weyh... masa turun tu siap ada stall jual jeli kelapa. hakhakhak..

percaya

aku ada seorang kawan yang baru kenal.
umur setahun lebih daripada aku.
atas dasar sama jantina, aku tanam rasa percaya



tapi..

akhir-akhir ni aku mula curiga
dengan perlakuan dia



maaf kawan..

biar aku lepas kau bebas
kebenaran akan sampai bila tiba masanya



tapi bila sampai waktu itu
aku tak mungkin ada lagi

07 November 2012

Melbourne

Perancangan pergi Melbourne dah buat sejak 27 Disember 2011. Tapi dah nak dekat tu masih teragak-agak nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Macam-macam hal terjadi. Jadi dengan izin Allah, aku tekadkan hati pergi jugak. Bertolak 10 Oktober - 16 Oktober 2012. Sebelum pergi tu kena la buat tourist visa elektronik sebagai pelancong kat www.eta.immi.gov.au. Janji ada pasport yang sah dan kredit kad yang boleh dipakai.. Isi borang, bayar AUD20 dan tadaaa... Dah boleh gi melancong. Hoyeahh!!

Actually flight aku around 1.45pm tapi ditunda ke 4.45pm. Perjalanan dalam 7 jam ++. Soo... sampai airport kat Melbourne pukul 3.30am cenggitu. Sampai2 je aku sibuk la menanya cemana nak gi hotel. Aku dinasihatkan untuk membeli tiket pergi balik shuttle bas bertajuk Skybus sebanyak AUD28.00. Aku lepak airport minum kopi dan makan roti sementara tunggu bas pukul 6 sebab kalau awal sangat sampai kat stesen Southern Cross (alaa.. macam K.L Sentral laa) sejuk gila (kata awek kaunter tiket tadi).

Okey, sampai je kat Southern Cross tu aku melilau cari train atau bas. Tetiba ada satu mat saleh dari Amerika tegur dan dengan baik hatinya bagi direction. Oh lupa bagitau aku gi Melbourne sensorang badak sebab ikut suka hati aku. Hahaha.

Oh ye, aku pergi ni tengah nak ke musim spring. Member aku cakap sejuk macam Cameron je.. Sampai je sana.. wak luuu... *muncung* sejuk weyhh.. Sebab saki baki winter ada lagi.. belum betul2 sampai spring.

Okey, sure la boring nak arwah kalau aku cerita cenggitu je kan? Sambil2 tu aku letak le gambar yek?


Penginapan


Aku stay kat Space Hostel kat Russel Street. Aku duduk dalam dorm yang ada katil 6 orang. Semua pompuan. Aku katil bawah, atas aku minah London, sebelah atas tu awek Jepun yang datang interview keje kat Melbourne tapi tak reti cakap omputih. Bawah dia awek mat saleh yang tak kenal sebab dia langsung aku tak nampak. Barang2 je yang ada. Sebelah sana (bayangkan sendiri je la ye?) awek mat saleh atas bawah pun aku tak kenal gak. 

Toilet bersih, senang nak cari, dekat dengan train,dapur dan dining hall yang gila luas, ada fridge, boleh sewa pinggan mangkuk, ada tempat bersantai, laundry room, movie room yang ala2 panggung wayang, lif, bar dan aktiviti untuk pelancong. Tapi minah saleh atas aku tu kekwat sikit.. takleh nak bising2.. takleh bukak lampu. Rasa nak lepuk je. tapi aku maki gak la dalam Bahasa Malaysia sebab dia tak paham. Kehkehkeh..


Pengangkutan


Deme ni bab pengangkutan memang le efisyen bebeno. Tu nampak City Circle? free tau? *mata terbeliak* Sebenarnya tu train lama dalam city. Bila diaorang upgrade train baru, yang lama tu bagi free untuk pelancong gi memana dalam city yang jadi tumpuan pelancong. Alaa.. rakyat deme pun naik gak.. Tapi tak semua tempat la train tu pegi.

Yang train biru kuning tu salah satu train yang pergi antara bandar kat Melbourne. Diaorang kat sini takde pakai tiket dah. pakai kad yang nama dia Myki. Kira macam kat Malaysia kad touch n go tuu.. Kena top up. Naik bas atau train kena touch je. Kalau weekend tu touch sekali je dan akan di charge AUD3.30 sahaja Kemana-mana. iyeee.. mana-mana jee... Ada gak free Tourist Shuttle. Aku tunggu2 langsung tak nampak. Mampuih pi laa. Malas nak tunggu. Teksi pun banyak tapi mahai lee..


Siar Kaki


Kat sana kalau kaki tu kuat bebeno jalan kaki je laa... Jalan dalam city tu senang nak mampuih. Pelan bandar macam kotak buku matematik darjah 1. Sehari je dah boleh master jalan2 kat situ. Esok pelancong lain tanya aku siap bagi guide pulak. Diaorang ada sediakan perkhidmatan sewa basikal yang gambar kaler biru tu dalam city. Bayar AUD15 dan dapat helmet pastu boleh kayuh. Lepas pakai kena park balik kat tempat parking yang dah disediakan. Memang banyak la dalam city tu. Kalau weekend tu, kat Swanston St tu memang happening dengan aktiviti terutamanya aktiviti seni.


Queen Victoria Market



Sebenarnya memang pasar adalah tempat yang aku suka pegi kalau gi melancong. Sebab pasar adalah tempat tumpuan penduduk tempatan. Jadi, dengan itu aku dapat tengok budaya yang takde plastik. Paham ke? Aahh.. lantak la.. janji aku suka gi pasar. Pasar deme ni tutup hari senin. Bersih gila tempat jual ikan dan barang basah. Diaorang ni suka makan pisang tapi tengok2 takde jual pisang emas ke, pisang raja ke.. diaorang suka pisang yang besar2 macam pisang berangan tu. Cakap je apa korang nak kat sini insyaalah ada la.. Yang paling aku suka adalah Spanish Donut aka Churros (AUD 6 dapat 7 batang). sedap gila! 


Melbourne Aquarium


Ceh, i takyah citer lelebih kot kan? Nama pun aquarium. Opkoss la binatang dalam laut punya.. Yang special ada king penguin hidup. Yang aku suka tengok dragon seahorse dan apa tah organisma yang pelik tu.. haha.. lupa pulak. :p Nak masuk mana ada preeee sekrang dik non. Kena la bayar AUD 35. murah lagi yang Aquaria KLCC tapi opkoss la spesis binatang tu berbeza.


Docklands






Ahaks, salah satu tempat yang aku suka, pemandangan cantik, rekabentuk landskap yang menarik serta ada shopping complex. Banyak kapal persendirian berlabuh kat sini. Banyak seagull juga yang macam mesraaa jee.. Aku lepak2 pun diaorg boleh datang dekat2. 



St. Kilda Beach




Pantai ni memang happening. Datang pagi Ahad ada market yang banyak jual barang art. ohhh... aku rasa bahagia sungguh. Ada Luna Park untuk kekanak termasuk orang tua. Ala2 theme park. Idok le besoo beno.. Tapi aku tak masuk le.. Sensorang macam pak pandir lak aku kalau masuk. Pantai dia biasa2 je bagi aku. Anjing pun selamba mandi dengan tuan dia kat situ. Parking dia bagus, tak bawak keta pun okey sebab train nak ke sini memang banyak.


Yarra River



River maksudnya sungai. hehe.. Actually tempat ni biasa je, tapi sebab planning landskap dia yang bagus dan praktikal menyebabkan tempat ni jadi tumpuan untuk lepak2. Manusia memang suka tempat yang cantik, kan?


Degraves Street



*gaya ala2 budak hip hop* Ini adalah tempat luahan perasaan kami! 

*muka normal* Tempat conteng2 yang ohsem. Kehkehkeh.. nampak jari aku nak korek idung mamat kat wall tak? Hakhakhak.. kau sediakan je tempat diaorang ni nak ekspresikan idea seni. Naahhh.. tak pasal2 jadi tumpuan pelancong dan femes. Daripada ko kutuk2 tapi tak bagi solution kan? :)


Brighton Beach


Cantik kan rumah kotak tu? Actually tu bathing box, ada 82 biji je tinggal. tak tau apsal dikira bathing box padahal takde air atau elektrik pun dalam tu. Sekarang bathing box ni dah tak guna. Kira jadi heritage dan memang cun lah! *lompat* Tempat ni penduduk tempatan pun takleh bagitau aku cemana nak pegi. Dalam map pun detail tak lengkap. Lepas sehari aku sesat, keesokannya aku tekad gak pegi. Mula2 amik train kat Federal Station - Sandrigham - East Brighton. Sampai sana korang tengok laut depan korang memang takkan nampak punya. Pi jalan ke kanan.. jalan lagi... jalan lagi... sampai peluh2 sikit pastu tetiba je korang akan nampak makhluk2 comel ni. Ini adalah cara paling mudah okey? (berdasarkan pengalaman sesat aku)


Buildings


Melbourne banyak bangunan yang menarik macam Federation Square, St Michael's Church, Etihad Stadium, museum yang banyak.. (tapi kena bayar), Skyscrapper, Green Building, Federal Hotel, Inhabitat, CH2, Pixel Building dan banyak lagi la.. bebudak arkitek suka lee..


Flora dan Fauna



Eheh, (^^") Takde mende pun.. Sesaje amik gambo burung dengan bunga. 


Sunset


Lovely



Sebenarnya aku nak pi Philip Island tapi tak dapat sebab trip tu penuh. *nangis*




Nota tambahan

Diaorang tak cakap 'welcome' bila kita cakap thanks, diaorang cakap 'no worries'.

Malam takde mende. Kedai 5p.m dah tutup. Weekend pukul 7p.m. Lelain tu bar je laa. Kat Malaysia mamak 24 jam. Futsal sampai 3 pagi. Mekdi pun 24 jam. Mekdi kat sana ada 1, kepsi pun 1. Yang banyak Hungry Jacks dan Lord of The Rings. (yang ni halal)

Internet tak best. Susah gila nak dapat dan mahal giler.

Diaorang ramai pakai iPhone sebab banyak application yang ditawarkan untuk kemudahan deme. Blackberry aku tak nampak pun.

Mazda2 macam Wira je kat situ. Berlambak.

Kopi adalah budaya. Memana jalan tangan pegang kopi. Aku pun sama pegang kopi sebab nak panaskan badan. Ais? ish gila ko.. 


19 October 2012

Terbang Tinggi-Tinggi

kadang tu, apa yang dirancang tak menjadi seperti yang kita mahu.rancangan ini memang berubah sama sekali. 

tapi.. berubah menjadi lebih baik dan lebih manis.

terima kasih tuhan. kau memang adil. aku mengerti kenapa ianya terjadi.

pengalaman ini sangat seronok dan membuka jiwa aku.

:)






alhamdulillah

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...