12 January 2013

Heliconia psittacorum

Hello! Hello! *wave like Lady Diana*

Hari ini mari kita belajar tentang Heliconia psittacorum. Heliconia atau sepit udang bak kata orang Melayu adalah dalam kelompok pokok renek atau omputih panggil shrubs. Ayoh! mari kenal cemana ghopenya Heliconia yang cantik dan gagah ittew.

1. Heliconia psittacorum 'Lady Di' @ Strawberry & Cream
2. Heliconia psiitacorum 'Tortuga'
3. Heliconia psittacorum 'Choconiana'
4. Heliconia psittacorum 'Andromeda'
5. Heliconia psittacorum 'Borinquen Sunrise'
6. Heliconia psittacorum 'Golden Torch'
7. Heliconia psittacorum 'Suriname Sassy'
8. Heliconia psittacorum 'Flamingo'
9. Heliconia psittacorum 'Kathy'
haaa.. ada beza tak? kenal dah? ni baru sikit belajar tau.. ada lagi spesis Heliconia tau. nanti bila rajin kita sambung lagi okey?

jadi sebelum kita mengakhiri kuliah pada hari ini, kena tahu juga cemana nak tanam dan jaga kan? pokok ni memang la senang bangat nak tanam. kalau malas nak gi nursery beli ataupun kedekut atau takde duit, pegi je mana-mana tempat yang ada tanam seperti tepi jalan raya, rumah jiran, rumah makcik, atuk atau kawan-kawan yang ada tanam tu.. cabut je sampai akar bebawang dia tercabut. sebab pembiakan dia cara bebawang ye anak-anak. tapi korang kena minta izin dulu tahu.. kalau tak mintak lepas tu kena kejar dengan parang atau penyapu aku tak jamin aa... balik rumah sila tanam atas tanah. jangan le gatai tangan kata.. 'tanam dalam pasu la sebab pasu rumah saya cantik sangat.. mahal saya beli rugi tak pakai'. diingatkan ye.. jangan... sebab nanti bila dia membiak mereka-mereka heliconia ini akan menyebabkan perpecahan pasu. sape yang rugi? bukan hakak yang rugi.. pokok ini amat lah senang dijaga. siram sekali sehari je pun cukup sebab dia tahan lasak. yang paling best berbunga sepanjang tahun. tiap-tiap hari boleh petik bunga tanpa risau dia merajuk.

okey adik-adik? setakat ini sahaja kuliah kita, lain kali kita cerita lagi. babai. 

:)

2 comments:

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...