31 January 2013

Nasi Kandar Lawood

Nasi kandar dan mamak adalah cliche. 

Nasi kandar dan orang Kelantan? Ini adalah rare.

Suka shopping kat Nilai 3? Atau pegi hantar sedara mara ke airport atau melawat menteri di Putrajaya? Haa.. inilah masanya korang pegi ke Nasi Kandar Lawood kat Nilai. Sebab? Sebabnya nasi kandar ni diuruskan oleh orang Kelantan versi Pattani (kot). 

Kalau datang dengan niat nak makan dan dapat makanan dengan kadar segera pada waktu lunch, kena la pegi mekdi atap kepsi ye. Sebabnya korang akan lihat ramainya manusia beratur sampai luar kedai. Mak aihh (hati berkata) sedap nau ke makanan dia? Uisshhh..... (muncung) Ce kome makan, ce makan. Kalau malas nak beratur tu duduk je la kat meja makan sebab ada je orang datang amik order tapi banyak le bersabar okey? Idok le lama beno nak nunggu nye (bagi teman le tak lama.. tak tau le kome). 

Sejarah Nasi Kandar Lawood ni maleh le teman nak kabo, kome google je la ye? Udoh le cerita panjang-panjang tu, meh le mike nengok gambor.

Kuah dia = marveles.

Ayam cicah kuah = mimpi

Sayur = standard le ni, tapi banyak.

Nasi = takkan tak tahu kot? :pp

Telur masin = Lauk tambahan. 
Actually ada je lauk lain macam daging, paru, hati, ikan dan lain-lain. Tapi yang orang feveret kat sini ayam le. Sebab aku malas nak beratur, makanya apa yang ada atas meja tu je la aku tangkap.

Kalau nak datang lepas pukul 2 tu lebih baik call sebab diaorang ni lepas abis je terus tutup kedai. Sabtu dan ahad pun buka juga. Tapi better call before datang kang kempunan le pulak.

Mike = tuan kedai.
Okey, aku tak tahu la kalau blog lain kata kak Dah tu owner dia tapi Mike dah introduce he is the owner of the restaurant and explained that kak Dah dan semua yang ada tu workers dia. Kalau dia tipu aku, makanya aku pun tipu lah. Tapi dia selamba je panggil pekerja kat situ dan siap belanja kitaorang. Eh siap bagi business card lagi. Sembang-sembang rupanya dia asal Kelantan (no wonder lah kan?) tapi dia cakap tu slang Kedah abih la. Korang jangan le pulak was-was nak datang sini lepas tau owner dia Chinese. Owner sahaja Chinese tapi all the work done by kak Dah and her friends yang memang Islam dan dijamin Halal okey?

Macam mana nak pegi sini? Kalau sampai Nilai tu cari la Desa Cempaka atau kalau pakai teknologi canggih yang bernama GPS tu search Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Sebelah sekolah tu ada pangsapuri Desa Cempaka, dan Lawood ni ada je kat lot kedai bawah pangsapuri tu. Kalau tak tahu jugak, lepas Tol Nilai korang straight sampai traffic light. Kiri ke Nilai 3 kan? Korang gi kanan laa.. pastu straight je sampai first roundabout pun terus gak. Sampai second roundabout tu belok kiri atau amik pukul 9. Jalan je terus dan perhati sebelah kanan sampai ada signboard gi Kota Seriemas dan ikut lorong yang ada tulis nasi kandar apa tah yang kedai mamak tu (signboard kaler biru) atau tengok nama Jalan BBN6/2A. Terus je sampai hujung jalan tu kona kiri. Haaa.. nak sampai dah tu, nampak je sek sebelah kanan perhati kanan juga ya.. tadaaaa.. dah sampai.

Okey, Selamat menjamu selera uols!

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...