30 October 2013

Aperture

Omakaihhhh!! Sibuk nau aku sejak minggu lepas sampai la nii sibuk tapi aku curik masa gak nak buat entry ni. Mak menyampah dengan orang yang keje dengan bapak dan bapak mentua tapi takde rasa tanggungjawab tau.

Ok dah cukup meroyan. Kali ni aku nak up cerita pasal aperture. Amende kejadahnya aperture ni?

Aperture adalah pembukaan diafragma kanta. Paham? Haha. Okey, aperture ni ialah besar mana kanta nak bukak. Faham ke idak? Paham kan? Tak payah susah-susah pikior. Meh aku kasik satu imej.


Kiraan dia dalam F/Stop dan ditulis dengan nombor seperti 1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11,16 dan seterusnya mengikut lensa yang digunakan. 

Lagi rendah atau kurang nombor maknanya kanta bukak lagi besau tapi kalau lagi besau nombor lagi kecik kanta kau terbukak.

No kecit = aperture / kanta besar

No besar = aperture / kanta kecit




Masa mula-mula nak guna aplikasi ni rasa macam tak kena je sebab nombor besar kanta bukak kecik, nombor kecik kanta bukak besar le pulok. Kena la makcik check siap-siap aperture makcik dan bereksperimen. Acane nak buat eksperimen? Korang pegi kat kamera tu cari le punat yang ada tulis huruf A atau AV tu.. 



Kalau ikut logik la kan, bila malam cahaya kurang maka kita kena la guna aperture yang besar. Haaaa.. aperture besar maknanya no f dia kecit tau. Aperture besar tu maknanya bukaan lensa dia besar. Jangan tertipuuu.. kehkeh.. Tapi kalau korang nak pakai aperture kecik memalam tu ikut suka la kan, takde sape nak larang pun. Ikut kreativiti masing-masing.


Depth of field (DOF)

Kedalaman medan atau dalam omputeh 'depth of field' adalah jumlah jarak yang paling dekat dan yang paling jauh untuk objek yang muncul dalam fokus dalam gambar. Ikut suka photographer yer untuk pilih fokus dalam gambar sebab benda ni adalah subjektif. 

Amende le depth of field nih? Apa kena mengena dengan tajuk aperture ni? Kena amik tau ke? Opkos le kena amik tahu sebab kalau kita tukar aperture, maka secara automatik akan tukar depth of field. 

Apa kaitannya? Okey,  ada 2 aspek penting dalam DOF ni.

1. Nilai aperture yang digunakan
2. Jarak photographer atau lensa yang di guna. 

Ada 2 jenis DOF

1. Shallow DOF biasanya untuk gambar potrait bila kita nak fokus pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).





2. Deep DOF biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap sebab nak dapatkan detail untuk keseluruhan gambar. 




Beza antara shallow DOF dan deep DOF
Kiri shallow DOF dan kanan deep DOF.


Penting ye.. aperture memang mempengaruhi DOF dan 2 perkara ni kena ingat;
  1. Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
  2. Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.




Okey, nampak tak beza dia? Nampak kan? Hehehe.. Sekarang kita dah tau asas kan? Agak-agak boleh amik gambar cantik-cantik tak lepas ni?

Macam biasa aku tak reti nak buat ending yang sopan.

Bye. :pp

sumber foto: semuanya google.

21 October 2013

Pink Charity Run 2013


Lokasi : Padang Sultan Sulaiman, Klang.
Tarikh : 13 Oktober 2013
Masa : 6.30 pagi
Jarak : 12km

Kali ni aku serius sebab letak gambar sendiri. Sebab? Sebab aku tak sempat nak ngambik gambar lain. Ni je yang hado! 

Ini adalah larian yang yang sangat tragik sesangat! Partner aku bersiap mengalahkan pompuan. Hangin je mak menunggu! Siap sikat rambut bagai! Dah tau lambat dia boleh buat rilek je. Mak dah la jenis takleh nak lambat ni. Dah tu lari dalam hujan kau! *hamik banyak betuk '!' aku hari ni*

Yang paling best sekali ialah aku dapat tempat terakhir sebab start pun dah lambat. Aku berusaha gak kejar tapi dengan keadaan badan aku yang demam lari dalam hujan dan jarak larian dah jauh sangat maka aku tak dapat kejar sampai abis. Tapi aku gagahkan jugak buat muka tebal habiskan larian. Tu yang entry sebelum ni lepas aku lari terus demam dan kena masuk wad kat hospital. Hampeh! Yang paling aku rasa terkilan, aku tak dapat nak lari 21km untuk BSNPNM sebab doktor dah bagi warning kat aku supaya jangan lari dulu sebab takut ada pendarahan dalaman. 

Takpe la, anggap je la takde rejeki aku nak buat half marathon. Tapi mak tetap jeles dengan mereka-mereka yang berjaya habiskan larian malam tu. Tahniah tau korang! 

19 October 2013

Denggi, Siti dan Makcik.

Khamis lepas aku bangun pagi terus pening kepala dan badan rasa tak sedap. Hari Sabtu aku dah rasa okey siap hari Ahad aku boleh habiskan larian 12km dan berlari dalam hujan. Balik dari berlari aku pening kepala balik dan hari Isnin aku kena masuk wad kat Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang sampai hari Khamis.

Aku masuk wad G3, wad yang dikhaskan untuk pesakit denggi. Badan dah menggigil-gigil dan makcik sebelah katil tegur, "Malam nanti lagi sejuk." kata dia. Aku senyum je, badan rasa sakit. Aku cuma tahu anak dia nama Siti Sahidah atau Siti Shahidah. Tapi aku panggil Siti. 

Siti kena SLE sejak umur 12 tahun dan sekarang dia dah 22 tahun. SLE atau dalam Bahasa Melayu penyakit lupus. Tak tahu apa SLE tu? korang Google sendiri lah. Dah 10 tahun dia menghidap penyakit tu. Kali ni dia masuk ICU dan dah ada kat hospital selama sebulan sebab nak habiskan antibiotik. Kalau tengok muka dia dah bengkak, kulit kaki dia bertampal dengan kulit peha sebab bahagian kaki tu dah kena jangkitan kuman, tangan bertanda sana sini, pinggang melecet sebab pakai lampin pakai buang masa dia koma dalam ICU.  Dia adalah pesakit SLE pertama untuk negeri Selangor dan kakak dia pun ada SLE juga tapi kakak dia kena SLE kulit, Siti kena SLE darah. Maknanya darah dia dah dijangkiti kuman dan kuman tu memusnahkan sistem antibodi darah dalam badan. Masa tengok dia kena amik darah sampai dah takde tempat nak cucuk nak amik darah dia.

Hari Selasa aku dah rasa okey sikit, aku mula bersembang dengan mak Siti (aku lupa tanya nama mak Siti). Tengok keluarga dia datang melawat, tengok mak Siti bersembang dengan pakcik yang hantar makanan, pesakit, doktor, semuanya dia tegur dengan senyum dan gembira. Siti yang ada SLE tu pun nampak ceria je. Betapa kuatnya mak Siti menanggung kesedihan anak dia ada penyakit SLE tu kan?

Sembang-sembang dengan mak Siti, dia bercerita masa dia kat ICU baru-baru ni. Ada seorang makcik tua, mempunyai dua orang anak lelaki yang tinggal di rumah flat di tingkat 9. Abangnya seorang panjang tangan dan dah dipenjarakan. Adiknya bekerja untuk menjaga maknya tapi dah terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga tulang rusuknya tercucuk ke organ dalaman. Selepas kemalangan doktor benarkan si adik ni pulang ke rumah tapi selepas beberapa ketika, anak makcik tu mengadu sakit dada dan meminta pertolongan jiran-jiran. Tau apa terjadi? Jiran-jiran dia buat tak tau je dan anak makcik tu terlantar selama 3 hari di rumah sehingga makcik tersebut meminta pertolongan orang-orang JPA mengangkatnya dari tingkat 9 dan menhantarkan ke hospital. Kenapa ye jadi macam tu? Sebabnya jiran-jiran kat situ dah menghukum makcik tu dan anak dia atas kesalahan anak dia yang pertama yang panjang tangan itu.

Lepas tu anak dia ditakdirkan meninggal di hospital dan cerita tak habis di situ sahaja. Makcik tu dah dalam kesedihan yang teramat sebab dia kata takkan ada sesiapa yang akan tolong uruskan pengebumian anaknya kalau dibawa pulang. Kakitangan hospital yang berasa kasihan tolong hubungi JKM dan merekalah yang uruskan pengebumian anaknya hingga ke liang lahad dan mereka juga mengamanahkan AJK surau di kawasan kediaman dia untuk buat doa tahlil.

Kesian kan? Tak rasa berdosa ke jiran-jiran tu buat makcik tu macam tu? Nanti jangan sampai giliran diaorang pulak yang kena baru dia tau macam mana rasa dipulaukan jiran-jiran. Tak payah la nak hukum makcik dan anak dia yang tak bersalah tu. Anak-anak pun kena ingat juga, jangan la buat perkara-perkara bodoh dan mengakibatkan sekeluarga jadi susah. Kalau kau ingat benda tu semua takde kesan kat keluarga korang, korang salah sebenarnya. Lain la korang memang lahir-lahir je memang takde mak bapak, abih tu takde pakcik? Nenek? Tuk sedara? Takkan ko tetiba terpacul kat muka bumi kan? Aku tak kata kalau korang takde keluarga tu boleh buat benda jahat tapi kan dalam agama Islam pun dah terang-terang bagitau berbuat baik sesama manusia malah aku rasa semua agama tak suruh korang buat jahat pun..

Haish.. kita sama-sama doa jiran-jiran makcik tu sedar ye.

Noktah.

10 October 2013

kasih sayang yang ajaib.

semalam aku terima satu panggilan daripada abah masa makan tengah hari. abah cakap,

"pakcik jamal dah meninggal"

...........

jumaat lepas aku dapat tahu baba (pakcik jamal) masuk hospital sebab demam, tapi dia keluar balik. ahad aku call mak (mak bibah) tanya keadaan dan mak cakap dah okey cuma tak berapa sihat dan disyaki menghidap parkinson.

malam selasa mak cakap baba tak boleh bernafas dan pergi hantar ke hospital dan didapati paru-paru baba dah dijangkiti kuman. sebelum zuhur baba pergi meninggalkan kami.




aku bukan ada dna baba pun. tapi baba dan mak jaga aku masa bayi sampai umur 3 tahun. mereka bukan orang kaya, baba kerja sebagai attendant hospital dan mak cuma suri rumah yang buat kuih dan hantar ke kedai makan untuk dijual. mereka tak ada zuriat pun. anak yang dia jaga adalah anak buah yang diberi oleh saudara sebagai anak angkat.

mak mendapat upah sebanyak rm60 sebulan dengan menjaga aku pada tahun 80an. rumah yang mereka diami bukan rumah batu tapi rumah kayu yang disewa. pintu kayu yang boleh dibuka atas dan bawah. bila malam kita tutup pintu bawah dan biar pintu atas terbuka supaya dapat masuk angin malam. beratapkan zink dan pembahagian rumah tu memang rumah dulu-dulu. laluan masuk dan tempat duduk ruang tamu ada bertingkat. kalau nak pergi dapur, kena turun tangga. pintu bilik tutup pakai langsir. bilik air satu kat dalam rumah untuk mandi siap ada satu tempayan besar dan tandas kat luar dapur. pakai lampu mentol je. ada serambi yang dibina tinggi sikit untuk orang bertandang yang digunakan untuk aktiviti mengaji dan bersembang waktu petang. sebab serambi tu tinggi, jadi ada bahagian bawah rumah yang orang dulu-dulu panggil kolong. kolong ni baba letak basikal dia yang ada bakul dia tu yang dikayuh tiap-tiap hari untuk pergi kerja. baba takde motor dan kereta. sampai akhir hayat dia setia dengan basikal.

hujung minggu baba amik upah buat bakul telur orang kawin guna kotak rokok dan gunting pakai gunting berketak tu. lepas tu stapler buat kasi ada tangkai. setiap hari  masa lunch baba balik rumah makan. lepas tu baba akan duduk tepi tingkap dan hisap rokok benson & hedges. lepas tu baba kayuh balik pergi hospital.

aku ingat lagi masa tu mak isi minyak masak pakai tin yang besar tu dan pam keluar kat botol kaca untuk memasak. mak masak pakai dapur minyak tanah sebab tak mampu nak beli dapur gas. masa makan selalu ada pokde, adik mak. dia bekas askar. aku dipaksa membaca suratkhabar setiap hari bila dia datang. bila aku tengah makan aku kena berbudi bahasa jemput dia makan walaupun dia tak nak makan.

mak tinggal dan jaga arwah ayahnya sampai ke nafas terakhir. mak mengajar kanak-kanak mengaji pada waktu petang termasuk aku yang dia jaga. aku akan jadi anak murid yang dapat giliran pertama mengaji.

kak lah (anak mak) bijak, dia masuk sekolah seri puteri. lepas tu dapat biasiswa dalam course akauntan ke u.s serta sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. dia tinggal di lembah kelang sekarang.

depan rumah ada pokok rambutan merah dan kat bawah pokok tu ada pangkin yang boleh duduk masa petang-petang. mak suka tanam pokok bunga dan bunga yang paling aku ingat mak suka ialah portulaca tu. memang banyak kat area tangga serambi. cantik sangat.

depan rumah tu ada banyak rumah sewa. ada orang india dan aku berkawan dengan anak dia nama 'manggis'. haha aku tak tahu betul ke tak nama dia tu. rambut dia panjang dan berkutu. sebab aku selalu main dengan dia maka aku pun berkutu juga.

tepi rumah ada satu nenek tu, badan dia gemuk. aku panggil mak dah. dia duduk sorang-sorang dan aku selalu datang main kat rumah dia masa tengah hari sebab dia ada koleksi barang dapur mini. dari periuk, lesung batu, senduk, pinggan dan macam-macam lagi.

aku sangat dimanjakan, tak pernah dipukul dan sampai orang kata aku anak jamal. haha, sampai takut la parents aku nak hantar aku kat rumah mak. aku kena balik rumah abah dan aku sedih sangat. walaupun aku kecil, aku menangis malam-malam sebelum tidur. masa abah ambil aku naik kereta, dia letak aku kat pintu sebelah kanan, aku lari keluar pintu kiri. aku siap datang rumah mak senyap-senyap duduk kat tepi tengok bumbung rumah sambil menangis. aiyak, sambil tulis ni pun dah mengalir air mata aku.

aku sampai sekarang memang selalu juga datang rumah mak. semalam pertama kali aku nampak mak sedih sebab baba dah takde. sepanjang perkahwinan mereka tak pernah aku tengok mak dan baba berjauhan. dan yang paling aku kagum mereka tak pernah risau tak ada zuriat dan tetap setia sampai akhir hayat.

kehidupan mereka memang sangat sederhana, tak kaya dengan harta dan zuriat tapi disayangi oleh semua orang.

aku tak tahu aku boleh bersedih sampai macam ni walaupun baba bukan bapa sebenar dengan aku.

kasih sayang untuk kanak-kanak memang ajaib kan?  

03 October 2013

Sofa Biru


aku dah order kat selutpress sebenarnya tapi bertangguh nak bayar. bila lejenpress kata menjelajah ke melaka, aku berkejar pergi beli. beli 3 buku dengan harga rm50. tak murah sangat tapi aku support karya tempatan. aku pun faham kos penerbitan kat sini bukan murah pun disamping nak bayar gaji pekerja yang kerjanya main-main je.

dah membebel tak pasal-pasal benda tak kena mengena, meh bebel tentang isi buku.

puisi yang monotonous tapi menarik dari segi bahasa. tak macam seksi ovari yang lebih 'deep' dengan rima hujung kata sentiasa cuba dicari sama bunyi. buku ni tak.. dan lebih 'direct'. penulis yang berbakat.

jom sokong penulis tempatan. (n_n)Y


Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...