22 November 2014

Perth #Perancangan

Wahhhh.. Merancang bercuti ke Perth? Kalau korang nak berjalan sendiri tak menggunakan khidmat ejen pelancongan boleh le baca kat sini. Maklumat yang ada ni pun tak la seberapa sebab kami semuanya sibuk bekerja tapi beli tiket dan tempah penginapan bagai tapi takde plan nak kemana. Maka korang boleh la mengambil pengajaran kat trip kami ni ye. Takde la silap besar mana pun cuma tak study berapa hari patut pegi dan celah mana patut kami spend time lebih kat sana tapi kami tetap berpuas hati dengan trip ni.

Okey, first macam biasa, sila la tempah tiket awal. Kami beli 10 bulan awal sebab masa tu ada promosi. Dapat harga dalam 5 ratus lebih sikit je untuk pergi balik seorang naik Air Asia. Kami amik extra luggage 40kg masa balik sahaja risau ada beg terberanak nanti. Pegi memang takde amik extra luggage, semua hand carry je. 

Mari belajar geografi kat mana letaknya Perth tu. Terletak kat Western Australia. Perth je dah besar bapak apatah lagi satu ostrolia tu. Perth ni yang paling dekat dengan Malaysia dalam 5 jam flight dah sampai. Kemain ramai orang Malaysa kat sana hahaha.

Perth ni macam kawasan kampung je. Kampung yang sangat moden hokeyyy.. Nak tunjuk peta detail Perth pun dah besar sangat, so korang tengok le sendiri kat google map tu ye. Malam sunyi la sangat tak macam Melbourne. Kami pergi masa hujung spring dah nak masuk summer so takde le sejuk sangat masa siang tu tapi bila malam memang menggigil la kalau keluar tak pakai baju tebal. Korang boleh la refer nak pegi musim bila kat website ni. Biasanya diaorang cakap pegi masa spring sebab dah abis winter. Winter kalau korang tahan sejuk takpe la kot. Nama je winter tapi kat sana takde seleji deknon. Summer tak digalakkan sebab panas kat sana diaorang kata laaa (bukan aku kata ye) lagi panas daripada Malaysia.

Kami dah siap sewa kereta dari Malaysia. Daripada tadi kami tu berapa ketul ko pegi ni? Kami pergi 4 ketul je. Tips nak pergi bercuti dengan kengkawan jangan pegi lebih daripada 4 orang nanti susah nak manage. Kami bawak Aud 500 (lebih kurang RM1400.00) je sorang untuk 6 hari camtu. Belanja untuk makan, isi minyak, tiket masuk sini sana dan beli souvenir (tak beli pun takpe sebab mahal woooo...). Kalau tak beli souvenir memang dah kira kaya raya dah bagi aku yang kedekut ni hahaha.

Eh lupa pulak, macam biasa la nak pegi ostrolia kena buat visa pelancong. Boleh pegi kat mana-mana ejen pelancongan dan korang tinggal bayar atau boleh buat sendiri kat http://easyeta.com/. Visa laku untuk 6 bulan dengan harga $9.95. Janji takde masalah dadah, jenayah dan dah bayar Ptptn korang sure lepas punyalah. :p

Okey itu sahaja lah. Tunggu next entry la sebab hari ni je dah 3 entry aku keluarkan. Hahahaha!

SCKLM 2014

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh : 12 Oktober 2014
Masa : 5.30 pagi
Jarak : 21km


Perghh.. Pengalaman lari back to back ni memang penat weyh. Dah la first time aku buat back to back ni. Aku memang respect abis la orang yang dapat buat half marathon siang malam apatah lagi full marathon siang malam. Aku yang buat malam 10km siang 21km pun semput.. Tapi aku memang lari dengan penuh semangat sebab aku dah prepare dalam otak dan hati yang aku kena bekerja keras. Aku habiskan larian dalam 3 jam setengah gak *ye ye lambat* Tapi yang penting bagi aku ialah aku mampu dan aku tahu celah mana aku kena improve lagi. 

Organizer yang bagus gak, water station menepati standard antarabangsa (kemain komen ko senah, macam pro sangat lalalala). Walaupun tak semeriah BSNPNM malam sebelum tu tapi tak mengecewakan dan tak membuat aku menyumpah hati kira okey la tu kan?

Aku sampai tu memang kena park keta jauuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh... Dah le sampai lambat sebab Enche' John Lejen tu perasan dia boleh park keta dekat-dekat, maka aku terpaksa berlari dalam 3km kot sebelum aku lari half marathon. Penatnya ya aulooo... Tapi takpe sebab aku tau aku mampu buat. Fuh ayat ko.. Kehkehekeh.


Route dia okey gak.


Kat tempat start and finishing line. Lebih kurang time itulah yang kome nampak kat kotak masa 21km tu. Kalau lenkali korang masuk marathon dah abis lari sila le jauh sikit dari tempat abis jangan le buat pulau kat situ. Kat situuuuu gak nak update memacam dah kenapa? Adeehh..


Gambar medal daripada marathonorange.com. 

Next year plan nak skip dulu sebab plan nak lari full marathon BSNPNM tapi kalau takde back to back nak join gak laa..

BSNPNM2014

Lokasi : Dataran Putarajaya Precint 3.
Tarikh : 11 Oktober 2014
Masa : 8.40 malam
Jarak : 10km



Last year aku tak dapat join sebab doktor tak bagi maklum le baru seminggu keluar wad sebab demam denggi. Jadi, ini adalah kali pertama aku join dan kesimpulan yang aku dapat ialah organizer memang bagus. Aku lari dengan seronoknya.

Apa nak tulis lagi? 2 bulan lepas punya citer ni hahahaha! 

Okey jom la layan bunga api boleh? Hahaha.


Nampak tak gua terkinja-kinja kat garisan penamat? Panas gila lari memalam weyh nasib baik ada hiburan seperti pom pom girls, pakcik badut, orang main dram la.. apa tah yang punjabi tu.. Memang takde le rasa penat sangat sebab otak kita tetiba takde la stress sangat. 

Next year gua nak lari full marathon la!

20 November 2014

Ke Tioman Dengan Kelam Kabut #Day 3

Okey ini adalah entry terakhir untuk ke Tioman. Aah ye 3 hari je kat sana macam mana tak kelam kabut ye dak? Nak buat cerita pun 3 hari pun terhegeh-hegeh le pemilik blog ni. Hahaha.

Kitaorang gerak balik pagi-pagi dalam pukul 8 kot naik feri, ke pukul 9, ke pukul 10? Eh rasanya pukul 11 atau 12 sebab sampai kat Mersing dalam tengah hari. Tu la lambat sangat nak cerita sampai lupa pukul berapa naik feri balik.

Jadi, sebelum naik feri kami bersarapan dengan jayanya kat area jeti Kampung Solok Air Batang tu dan kesimpulannya tak berapa sedap sangat tapi kami bedal je apa yang ada.

Eh rupa-rupanya aku tak amik gambo pun masa hari last. So, cerita ringkasnya bila naik feri tu korang jangan le berjaga sebab korang akan muntah dengan jayanya sebab tadi dah makan dengan jayanya jugak. Saranan aku kalau pegi Tioman nak dekat hujung tahun masa air tengah bergelora tu, korang tido je. Memang rasa nak muntah gila! Makcik pakcik yang dah biasa naik feri tu semuanya bantai tido aku tengok dan aku paksa gak diri aku tido supaya aku tak muntah dan misi berjaya!

Bila Enche' John Lejen dah muntah dengan sukacita, beginilah natijahnya.


Kawasan sekitar berdekatan jeti Mersing. Sempat le ngambik gambar sebab tunggu orang muntah recover.




Gambar area Pantai Mersing. Aku jalan kaki ke sebelah Hotel Seri Malaysia nak amik kereta. 

Maka dengan ini berakhirlah percutian kelam kabut kami selama 3 hari ke Tioman. Cerita 3 hari tapi nak siapkan amik masa sampai sebulan, macam buat telemuvi ko jah! Hahaha. 

Ok bye! *sebelum merepek lebih jauh*


10 November 2014

Creep - Radiohead





When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so fucking special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I wanna have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice
When I'm not around
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

She's running out the door
She's running out
She run run run run...
Run...

Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here

07 November 2014

Ke Tioman Dengan Kelam Kabut #Day 2

Kemain lama nak sambung cerita hari kedua pegi Tioman. Mahaplah ye, teman busy bebeno sejak akhir-akhir ni. Okey meh sambung cerita hari kedua.

Malam sebelum keesokannya aku dan enche' John Lejen dah survey dan nego harga untuk pergi snorkeling. Malam tu jugak kitaorang pegi pujuk mak dan abah pegi ikut sebab diaorang tak tahu nak buat apa pun esoknya. Apa jadah pegi pulau tapi tak pegi snorkeling ye dak? Nak mandi laut kat ABC memang tak sesuai. Kitaorang pujuk gak ikut, kalau tak pegi snorkeling pun duduk dalam bot pun jadi laaa.. Takyah le turun dari bot.

 Mari kita belajar bentuk muka bumi kat Tioman ni. Nampak tak Air Batang Bay belah kiri tu? Kita akan pegi melawat kejiranan bahagian atas Tioman.

Sumber gambar tiomanislandpahang.blogspot.


Harga untuk kitaorang pergi 6 tempat kot *dah lupa lettew* RM75 per person (Adult) & RM50 per person (Children) sebab dah nego siap-siap dan kitaorang je dah penuh satu bot so diaorang takyah cari orang lain nak penuhkan bot.



Haaa kemain susah nak pakaikan jaket keselamatan ni kat kekanak aktip ni. Excited giler diaorang time ni dapat lak diaorang tahu kat jaket tu ada wisel. Boleh bayangkan tak cemana riuh bunyi wisel silih berganti? Suruh yang ni berhenti yang tu sambung.. Kehkehkeh.


Mak & abah. Alhamdulillah sihat.


Rayyan aka hagemaru sedang membuat percubaan meniup wisel lagi


Semua tak sabar nak naik bot.


Mula-mula pegi Coral Bay.





Plan awal yang nak turun cuma 3 dewasa dan semua kekanak tapi on the way dalam bot pun semua dah basah lencun, maka semuanya turun kecuali sorang sebab masalah alam semula jadi *wahaha. Ada yang naik bot pakai seluar jeans? Macam nak pegi tengok wayang jek. Tapi turun gak dengan jeans. Wahaha. Abah adalah insan paling seronok bila dia dapat pakai snorkle tu dan dapat tengok ikan dan coral. Siap dia paling last naik bot sebab tengah seronok tengok ikan dan coral, boleh?


Monkey Bay




Tempat ni sesuai la nak bagi kekanak bergembira sebab tak dalam dan air laut cantik sangat. Nama je Monkey Bay tapi sekor monyet tak nampak. Err tak tahu la kenapa si Sepet, Syafiq dan Enche' John Lejen asyik la macam kena sengat dengan pebenda tah kat sini, mungkin sebab diaorang ni pakai seluar pendek. Jadi disarankan korang pakai seluar panjang ye kalau nak main air kat sini.


Salang



Dah lapar kami singgah di Salang tempat yang sentiasa penuh dengan pelancong luar dan dalam negara sebab kat sini pantai dia paling sesuai sekali kalau nak mandi laut sepanjang masa dan sebab pantai dia tak berbatu macam kat ABC. Tapi rasanya kalau malam sure kat sini bising sikit kot. 



Pantai kat sini cantik dan memang seronok kalau budak-budak dapat mandi kat sini.


Fish Bay

Sebelah Fish Bay ni kat sebelah sana belah kiri tu ada Shark Point tapi kitaorang tak pegi sebab ombak kuat sangat *ngeri* dan pengemudi bot cakap masa tu takde shark. Kami pun percaya je la kalau dia tipu pun kami pasrah je la. 


Banyak woo ikan dan kitaorang siap bawak roti nak pujuk ikan-ikan tu naik ke permukaan.


Abah memang happy sebab ni adalah pengalaman pertama dia buat snorkeling.


Kampung Tekek

Kami singgah sini sebab nak keluarkan duit kat ATM je. Kalau ikut tak singgah pun takde masalah. Kawasan ni kira ibu pulau la.. Semua yang penting ada kat sini. Ada Pejabat POS, sekolah, klinik, balai polis dan lain-lain.

Rasanya kat Tekek ni je ada jalan raya berturap untuk kenderaan dan mungkin ada stesen minyak. Eh ada bas tauu.. Kagum sekejap.




Klinik Kesihatan.



Tengah jenjalan kat kampung ni nampak keluang berjemaah tido agaknya atas pokok. 


Kedai bebas cukai yang perlu dinaiktarafkan lagi. Agak bersepah keadaan kedai ni dan barang yang ada pun biasa-biasa je.


Tempat parking bot kat Tekek.


Marine Park


Sebab semalam dah pegi kat sini dan kaki dah kena duri landak laut, kami tengok daripada atas bot je tempat ni hahaha. Lagipun semua orang energy level dah merah dan nak balik rehat.

....................................................................................

Malam tu kami makan kat Johan Resort je sebab semua dah penat dan malas nak berjalan jauh. Lepas makan kami tiga ketul ni tak reti-reti lagi nak duduk diam, jadi kami sewa basikal kat Johan Resort gak pusing sekampung. Sunyi dan aman damai je kampung kat Air batang ni. Kalau motip korang nak rilek-rilek boleh la lepak kat sini, makanan pun best gak siap ada warung roti canai, dan pub cecomel *ada ek?*. Kalau nak lepak minum fresh orange tak salah tapi kalau minum air syaitonirrajim tu aku tak galakkan la. Kehkehkeh.



Lastly untuk hari kedua ni untuk tatapan korang Danish yang comel sangat dan dia dengan muka kerek tak kesah pun pakai snorkle sepanjang naik bot.

Caption yang sesuai *akulah yang paling bijak kat sini sebab tak payah tepis air laut kena kat muka dan bernafas dengan jaya kat atas bot ni*

:p

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...