23 June 2015

Sambutan Hari Lahir Mak & Abah

Birthday Mak pada 24 Mac tapi kami sambut awal sikit sebab nak belanja makan ikan bakar, jadi kena cari tarikh hujung minggu. Plan makan kat area Alai je sebab dekat sikit dan harga boleh tahan la.. Takde la mahal sangat.. Berpatutan la..

Kami pilih kedai Ala Kassimm... sebab dia kat depan dan dekat dengan parking serta masakan dia boleh tahan sedap gak.  

Tak semua adik beradik ada sebab jauh tak dapat balik. Abah suka je sebab dapat makan makanan laut.

Kanak-kanak kalau berjumpa main je la.. 


Hari ni hari jadi abah (23 Jun) tapi kami dah sambut ahad lepas sebab bulan puasa. Jadi kami berbuka sama-sama. 

Kek beli je kat Melaka Mall. Apatah nama kedai tu.. Ada satu je kedai kek kat situ. Kek buah RM56 untuk sekilo. Sedap woooooooo... Dapat lak tengok masa tengah pose ni kan.. Hahaha.


Abah sempat rembat si Aqied. Kemain susah la nak pegang makhluk tecit ni. Abah baca doa selamat lepas tu potong kek dan kami bagi hadiah baju raya dan sampin sempena nak raya ni. Mak pun dapat sekali sebab birthday hari tu kami tak sempat beli apa-apa pun. 



Okey, abah memang suka buat lawak. Kami suruh la dia try baju yang kami beli, dia boleh sarung seluar tu macam tu je padahal dalam tu ada kain pelekat. Lepas tu kata nak amik gambar, dia boleh buat gaya cenggitu. Ko rasa? Memang berdekah le kami semua time tu jugak.


Sempat la kami bergambar mana yang ada sebab abah bergegas nak pegi terawikh lak. 

Apa yang pelik tahun ni, abah suruh kami amik gambar guna hp dia sebab dia kata nak tunjuk kat kawan-kawan dia kami belikan kek untuk dia. 

Tak tahu berapa lama boleh macam ni lagi. Belum kehilangan pun dah bergenang air mata weyh mengenangkan abah & mak dah tua. Dah la aku selalu gaduh dengan abah kat kedai. Semoga abah & mak sihat selalu dan dirahmati Allah. 

Kami sayang abah & mak. 

11 June 2015

Se-Petang di Pangkor

Minggu lepas plan asal nak pegi lari kat Muar tapi tak jadi sebab ada kenduri kat Sungai Kerang. Jadi, plan bertukar hari Jumaat gerak ambil foster parents balik bercuti dari Klia (Eh sempat singgah Mitsui Oulet Store, boleh?). Sabtu dalam tengah hari gerak gi Manjung, tido semalam dan Ahad pegi kenduri dan terus balik.

Plan asal bawak si Keding sekali sebab dia tengah cuti semester dan siap-siap booked hotel 2 bilik. Tetiba dia kata takleh pegi sebab kena keje. Dah tu bilik satu lagi letak beg, satu lagi kitaorang tido lah nampakya.

Abah pulak boleh buat lawak antarabangsa hari Khamis kata nak berhujung minggu ke Terengganu. Gila hapa cuti sekolah dah tu last minute bagitau? Memang tak dapat la.. Maka plan terus bertukar abah dan mak ikut kami makan kenduri.

Jadi, hari Sabtu pagi kami bertolak ke Manjung, dalam pukul 12 camtu sampai. Letak beg dulu kat hotel terus gi jeti. Mak aiiiiiihhhhhhhh kemain ghamai leeee. Siap berebut-rebut nak naik feri. Kesian kat budak kecik dan orang tua. Abah sampai merajuk la nak balik. Mak pulak bersemangat menyelit-nyelit tinggalkan kami kat belakang. Mana tak nya, beratur dari pukul 1 camtu, 2.45 baru dapat naik feri. Walaupun feri 30 minit sekali, still tak dapat tampung pengunjung yang ramai.

Okey takpe la, kita bersabar je sebab nak bagi mak and abah tengok Pangkor. Diaorang tak penah jejak Pangkor.

Sampai kat jeti Pulau Pangkor, jamak dan qasar siap-siap. Lepas tu bertolak ke Teluk Nipah. Eh macam murah pulak harga tambang RM17. Kami terus ke Coral Beach sebab rasanya pantai dia besar sikit dan cantik.


Haaa kau, ni baru luar jeti kat Lumut. Jauh lagi perjalanan.

Mak & abah yang tengah bersangka baik kat perjalanan. Kehkehkeh.

Jeti Pulau Pangkor.

Abah main buai siap nyanyi lagu citer Bawang Merah Bawang Putih hokey. Ada bidio dia nyanyi gak tapi segan nak tunjuk sebab ada suara aku termasuk le pulak.



Sepet happy walaupun dapat pegi sekejap.

Abah kata nak naik jet ski. Aku siap bayarkan Rm100 untuk 30 minit. Dia naik 5 minit dah balik pantai. Bila tanya dia kata dah pegi semua tempat, bosan. Ciss apakah? Last2 Sepet naik dengan John Lejen.

Lepas naik jet ski abah boleh mandi. Lalalalalala. Mula-mula abah nak mandi, dia siap beli seluar mandi kat jeti Lumut, pastu merajuk tak nak mandi. Then nak main jet ski 5 minit. Lepas tu dia boleh terjun laut dengan kemeja. Kita layankan je laaaa...

Walaupun tak lama tapi seronok lepak dengan mak & abah. Dapat tau kisah macam mana diaorang kenal dulu. Kelakar gila!

Oh ye lupa pulak kami lepak kat Deli's Nipah cafe kot nama kedai tu. Makanan dia sedap! Tak sempat amik gambar. Harga pun okey untuk pulau laa. Jangan la bandingkan dengan daratan pulaks.

Lepas tu abah, Sepet & John Lejen bersihkan badan kat tempat awam. Abah beli t-shirt Rm7 untuk salin dan kami pegi la ke Sunset Beach resort nak tengok Pakcik Din bagi makan burung enggang dalam 6.30 petang. Tapi dah 6.45 tak start lagi jadi kami terpaksa balik sebab nak kejar feri last 8.30.

Don't say abang don't umbrella picture okey! Hahahaha!

Sampai jeti Lumut, dah maghrib. Solat dulu, lepas tu balik hotel dan berehat. 

Esoknya sebelum pegi kenduri jiran call bagitau rumah dah banjir. So pegi kenduri pun rasa nak balik cepat-cepat. 

Okey tu je. Jumpa lagi, Insyaallah :)



10 June 2015

Upside Down House Gallery & The Photographie 3D Melaka

Sebenaqnya aku dah siapkan entry ni lamaaaaaaaaaaaaa dah. Tapi masalah internet masa tu maka apa yang aku buat semuanya hancur lebur. Terus patah hati kaciwa dan merajuk tak nak up entry. Okey mengada. 

Jadi bila tetiba aku tengah tengok muvi Harold & Kumar versi Krismas tapi ada adegan romen-romen lak pastu Sepet ada skali, jadi kita off video kita buat la baliiikkkk entry yang berkurun dan bersawang ni.

Perangai manusia zaman moden ni suka la nak bergambar. Maka manusia yang suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan manusia ni menyediakan tempat untuk bergambar. Kemain sekarang pegi kenduri kawin takyah tunggu perantin pun takpe sebab diaorang dah sediakan photobooth dengan props bagai. Kan? Kan? Kan?

Oleh sebab itu kita melayan perangai si Keding yang sibuk nak bergambar sangat dan terpaksa la join sekaki sebab dah bayo tiket. 

Kitaorang mula-mula sampai Upside Down House tu dah "alamak, kena beratur ke?". Ramai kot, macam panas jerk nak beratur. Maka kami blah la dulu kami ke The Photographfie 3D dulu la. Sampai je kat sana, haaa kemain lengang. Layankan je la gambar ye.


The Photographie Art Gallery

Alamat : Taman Costa Melaka Depan lobi Hotel Explorer Banda Hilir. Sebelah Mahkota Parade.
Tel : 06-281 2941

Ni rumah kedai 3 tingkat. Tiket aku sampai dah lupa. Korang tanya sendiri lah ye wahahahaha.




Dia ada bagi contoh cara-cara nak bergambar nampak real le konon kat setiap tempat tu and ada cat tapak kaki untuk tukang amik gambar berdiri supaya angle gambar tu betul.







Haa sampai terlentang. Hamek laaa..

Kalau ikutkan banyak lagi gambar tapi nanti korang muntah pulak tengok kami buat aksi kiut miut tu. :p

Dalam banyak-banyak gambar, yang ni paling aku suka. 


Upside Down House Gallery

Alamat : Jalan PM 7 Plaza Mahkota Melaka. (Dekat dengan Hotel Seri Costa)
Tel : 011-1072 2260

Ni pun kena bayar dan aku dah terlupa berapa kena bayar.

Kat sini memang ramai orang, jadi kalau bawak orang tua atau kanak-kanak kena banyak2 
bersabar sebab tempat beratur dia panas dan takde tempat duduk.










Kat dalam ni pun boleh tahan ramai masa aku pegi. Nak amik gambar tu leceh and kena tunggu orang lain gak. Tempat dia kecik je kat tingkat bawah je.

Okey tu je la. Hari tu dah upload gambar bebanyak tulis pepanjang takleh nak up. Citer sampai dah lupa dah hahaha.

Okey, nanti ada masa lagi upload citer lari-lari la pulak.



11 March 2015

Malaysia Women Marathon 2015

Lokasi : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Tarikh : 8 Mac 2015
Masa : 6.30 a.m
Jarak : 10 km


Sempena Hari Wanita Sedunia marilah kita beramai-ramai pergi berlari! 

Kali kedua masuk event ni. Last year lari half marathon tapi tahun ni macam nak slow je sebab takde feeling lagi lah. Boleh gittew? :p

Laluan kat Shah Alam nampak je rileks tapi sebenarnya agak la mencabar uols. Jadi tahun ni masuk suka-suka kita lari 10km je la. Pace kali ni dapat la dalam 8 minit camtu, so dalam masa 1 jam 20 minit aku pun habis lari sampai John Lejen salah timing la nak amik gambar aku, dia ingat aku sampai lambat lagi. Cisss..

Event ni yang best water station banyak (okey aku memang cerewet bab air ni sebab aku memang akan berhenti minum air kat setiap water station), dapat bunga ros lepas lari, dan boleh tengok lelaki pakai skirt tanpa rasa bersalah atau malu. Wahahahaha. Kiut hokey! Tapi aku tak sempat nak amik gambar sebab diaorang tetap lari laju walaupun pakai skirt (atau mungkin lebih laju?).

Laluan larian untuk 10km. 

Salah satu tempat bergambar yang disediakan. Masa ni kami tengah tunggu Jie abiskan larian 21km dia.

Sebab Jie tak abis lari lagi, kami sambung beratur kat tempat bergambar sebelah pulak. Masa n sorang lagi member dah sampai.

Okey semua dah abis lari.

Okey ni otak dah mereng sebab lapo. Kami siap berzumba dan tanpa disangka-sangka Amy sangat terer zumba! Terlupa nak amik video Amy berzumba. Kami kat belakang Amy rasa terhina tau sebab tak terer zumba. Hahahahaha.

Balik rumah makan nasi lemak ingatkan nak tido sat skali tertido sampai pukul 4. Lari 10km je.. penant macam hapa. Wakakaka.

Okey bye!

Skyhawk Nature Run 2015

Lokasi : Rumah Melaka Bukit Katil, Melaka.
Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : 6.15 am
Jarak : 21 km


Okey sambung cerita 2 bulan lepas lagi gak ni hahaha. Gila lambat up entry. Terobek sesangat dah ni. 

Sepatutnya opening larian aku tahun 2015 ialah kat MPIB Run tapi sebab takleh pegi maka yang ni jadi opening running aku lah. Tahun ni aku tak target nak buat 1 larian 1 bulan tapi nak elak larian dalam bandar sebab boring. Lagi-lagi Putrajaya, lagi-lagi Padang Merbok *macam la selalu sangat pegi sana kan?* hakhakhak.

Ini larian kali kedua dan kali ni aku tak lambat register. Larian ni kalau ada yang pernah masuk sure ternanti-nanti sebab diaorang tak amik participants ramai dan lari dalam kampung. Organizer adalah terdiri daripada pelari jugak dan pelari tahu apa yang pelari mahu, ecewahhh.. 

Start kat Rumah Melaka, tempat yang lebih baik daripada tahun lepas. Lari dalam kampung ni macam-macam kau jumpa. Ladang koko, kandang kambing, kedai kopi, ladang getah dan tak boring dan paling penting tak panas. Tahun ni water station dia dah bertambah dan ini memang menggembirakan makcik hoi. Yang lebih seronok makcik pakcik semua keluar rumah tengok persembahan kami berlari hahahahaha! Tapi takpe sebab kami berlakon sebaik mungkin *buat-buat kuat lari*. Ketua kampung pun sporting gile siap bagi buah laaa.. Ini memang win! Ada buah tembikai, betik, tembikai susu kat water station. Siap bagi topi walaupun aku tak dapat sebab sampai lambat sikit tapi takpe. Eh lupa sumber gambar ni dari yamiska.blogspot.com.

Paling takleh lupa ada le pulak kecit kenot baru 9 tahun lari gak dan siap wish "good morning" setiap kali dia potong sesape. Perghh memang tabik laaa kat parents dia. Aku gurau je bila cakap "you are cheating right?" Uncle jangan la sentap sangat okey? Saya gurau jeee sebab saya jeles budak kecit tu boleh lari 21km.

Masa ni dah nak dekat finishing line dah. Eksen je tuu padahal dah penat kot hahaha. Mana tak penat, aku siap pegi uk uk kat sekolah mana tah, mintak tumpang tandas kat guard sekolah. Lepas tu berusaha sedaya upaya gak la nak habiskan larian secepat mungkin. Alhamdulillah habis gak dalam masa 3 jam 10 minit. Bukan rekod masa aku yang terbaik sebab aku penah habiskan larian kurang daripada 3 jam. Oh ye, aku tak pakai uniform kali ni sebab tersalah amik saiz baju, terbesar pulak saiz aku amik. Jadi baju tu dah jadi hak milik John Lejen.

Nasib baik ada tukang sembur air. Hilang ngantuk mak.

Laluan ni dah keluar dari kampung. Ceh dalam kampung tak ngambik gambor. Kat jalan sibuk amik gambor, tahapahapa.

Yang paling aku suka masa dah habis dia bagi ais krim. Memang terasa segar gila! Dengar kata ada putu piring gak tapi aku tak tunggu sebab nak balik, si Sepet ada kat rumah sensorang. Tapi bila aku sampai dia boleh tido tak sedar diri, cilakak tul. Nasib baik dah tinggalkan kunci rumah kat jiran sebelah sebagai langkah berjaga-jaga. 

Okeylah jumpa lagi tahun depan, insyaAllah. :)

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...