30 May 2012

Braces (Pendakap Gigi)

disebabkan aku tengah sakit gigi (semalam ada appointment dengan dentist) hari ni rajin mengorek-ngorek cerita braces.

braces ni ada macam2 jenis. sebelum tu, sape tengah sakit gigi sebab pakai braces? angkat tangan. *angkat tangan*

okey bagi sesape yang ada niat nak pakai braces ni sila la belajar sikit2 macam aku.. yang paling penting sape nak pakai braces kena kuat semangat dari segi fizikal (tahan sakit sebab gigi ditarik) dan mental (melayan soalan2 orang lain yang sibuk bertanya berapa lama pakai, pasang kat mana dan berapa bayaran)

pertama~




metal braces --> yang ni braces jenis traditional dan yang paling lama dalam pasaran serta didapati yang paling murah. tapi diaorang kata jenis ni senang perangkap plak kat gigi. (tak tau la betul ke tak) yang jenis ni pun didatangkan dengan pelbagai warna getah yang pasang kat tengah2 besi tu. boleh tukar2 ikut mood. hehe.. jangan ingat dia ada bentuk ni je tau.. siap ada bentuk bintang la, hati la, apa2 tah lagi.. anggaran kos untuk metal braces lebih kurang RM3,500.00 - 5,500.00 macam tu laa.. ikut klinik mana korang pegi.

kedua~



clear braces --> yang ni agak mahal laa.. tengok pun tau kan.. konsep sama je macam metal braces. braces ni takyah pakai lama2. kalau jenis yang kat atas tu pakai 1 - 2 tahun, yang ni dalam 6 - 12 bulan je. lagipun kalau pakai orang tak berapa perasan korang pakai braces. tapi kalau lepas makan tak gosok gigi dapat pulak ada sayur kangkung terselit.. fullaameekkk.. kantoi di situ. harga? ni mahai le sikit kan.. kata lawa sikit daripada metal braces.. RM7,500.00 lebih kurang laa.

ketiga~



gold braces --> sama je dengan metal braces tapi ada yang rasa pakai jenis ni nampak lebih cun sebab boleh 'match' dengan barang kemas dan lebih 'stand out'. aku takut gak kalau2 pencuri tersalah anggap ni barang berharga. haa.. cemana? haha :p okey, yang jenis ni tak penah aku nampak orang malaysia pakai. so, harga tu tak dapat dikenalpasti.

keempat~



lingual braces --> ada beran? haha. kalau aku pun takmo. tapi sape yang rasa malu sangat2 nak pakai braces kat depan gigi tu boleh la kalau nak pakai yang ni. ni pasang kat dalam gigi. silap2 tengah makan tu terlaga lidah cemana? yang jenis ni memang ada masalah sebab lidah akan selalu terluka masa awal2 pakai. yang ni hanya doktor2 pakar yang sangat terlatih sahaja dibenarkan untuk memasangnya. nak tahu tak berapa anggaran kos nak pakai braces ni? RM18,000.00 tahu? *pengsan*

kelima~


invisalign braces --> ni braces untuk orang yang masalah gigi dia tak berapa nak kronik sangat. dulu kat sekolah ada je member aku sorang yang pakai braces ni.. pastu suka2 je bukak braces dia bila2 dia suka. aku jenis takde hal. tapi ada orang rasa geli kot dengan air liur dia. haha.. tapi kelebihan dia sebelum makan boleh bukak so, takde le sisa makanan yang tak diundang tetiba hadir. cewah! walaupun nampak cam tahapahapa je.. tapi jenis ni mahal gila tahu? harga lebih kurang RM15k - 25k *pengsan lagi sekali*

keenam~


ceramic braces --> yang jenis mmg la mahal okeyh... memang jenis yang sangat kuat dan tak mudah nampak kotor. Tom Cruise pun pakai jenis ni tauu.. uuuuu.... yang ni harga lebih kurang RM5,000.00 ++ *tak pengsan sangat*

ketujuh~



damon braces --> hehehe.. yang ni sebenarnya lebih kurang metal braces tapi nama dia lain sebab dia pakai sistem lain. macam kat bawah ni..



haaa.. lain kan? sebab dia ada clip dan wire yang ikat tu lebih teguh. actually aku pun tengah pakai jenis damon ni. hadoii.. agak la jugeekk sakit dia.. damon ni pun ada jenis ala2 seramik macam kat kat atas tu laa.. harga mahal sikit daripada metal braces jee.. lebih kurang RM 3k++ - 4k++.

sekarang dah tau serba sedikit pasal braces kan? ada berani? hehe.. ongkos kat klinik gomen memang murah sebanyak RM500 jeww. tapi nak menungggu turn nak pasang tu 2 tahun la juga. kalau swasta, ko hulur je duit hari ni lebih kurang RM 2000 - 2500 je.. pastu minggu depan dah boleh start buat treatment. tapi lepas tu setiap kali treatment kena la bayar RM100 - 150 sehingga mungkin RM4000 - 4500 ikut la klinik tu pakai braces jenis apa... daa...

sumber foto : google

28 May 2012

Sihat Dan Cergas

Duduk kat Malaysia memang sangat mencabar sebab kepelbagaian makanan yang sedap2. Cakap je nak makan apa.. 24 jam ada makanan. Kalau malas nak keluar rumah siap delivery pun 24 jam! mcm mana nak kurus ni?

boleh tahan ke tgk makanan ni.. ish ish ish..

tau tak kenapa kita mudah jadi gumuks? haa... tu lah.. sape suruh makan byk2. Padan muka :p hehe.. 

sebenarnya berat berlebihan adalah pengambilan kalori yang melebihi keperluan kadar tenaga yang kita guna hari2. ala.. tak paham ke? camni.. korang keje apa? kalau korang keje membanting tulang mcm kuli kontraktor angkat brg2 berat ke.. yang banyak pergerakan xkesah la kalau nk makan kepsi, mekdi banyak2 sbb mmg menggunakan tenaga. tapi kalau keje dduk je kat opis tu pastu gerak2 kan jari jeee.. jangan lee memandai mandai nk makan mende tak tentu hala tuju. haip! jangan buat muka tak puas ati.

sape2 yang dah terasa tuuuu.. meh2 ikut petua ni..

Tip diet dan pemakanan

- makan 5 -7 hidangan kecil (KECIL je tau..) berbanding 3 hidangan besar. bukan apa.. sbb nak pastikan kita sentiasa ada tenaga berterusan. makan dalam kuantiti sikit tapi jarang2 mana bulehh.. kang pengsan mak jugak yg salah..

- jgn ngelat waktu makan tau. sbb kalau ngelat takkan tolong korang turunkan berat badan pun.. puasa tu lain laa..

- kena belajar kira kalori yg bersesuaian dgn aktiviti harian kita.. cemana ek? try klik kt sini

- kalau boleh elakkan kalori drpd minuman. gantikan minuman manis dgn air mineral sbb xde kalori dan tak boleh tambahkan berat badan. tapi.. tapi... kalau boleh elakkan makanan yg ada garam berlebihan tau sbb garam ni simpan air dalam badan mcm kentang goreng tuu..

- walaupun buah-buahan tu bagus tapi kena amik dengan berpada-pada sebab buah ada gula jugee.. (kalori gak tu) yg boleh menggemukkan.

- lepas ni amik segenggam je makanan berkarbohidrat mcm nasi, roti, kentang, mi kuning dll. kalau agak2 lapar gak tambah lauk.

- pastikan korang amik protein secukupnya lebih kurang 2.5gm setiap kg berat badan jee. cth: berat badan 50kg (50kg x 2.5gm)= 125gm sbb protein lebih mengenyanggkan berbanding karbohidrat. 

- dan.. yg paling susah sekali ialah... kawal napsu makan tu. adehh.. ni pun mak susah nk buat tau.. tapi kena la berusaha demi kesihatan diri yg terchenta ini.. sob.. sob..

Senaman

- buatlah senaman yang serasi dgn gaya hidup kita dan bukan ikut trend terkini. senaman bukan benda wajib tapi sangat membantu untuk turunkan berat badan yang berlebihan tu.

- haa.. ni mesti buat tau.. angkat berat! tak kira umur berapa, jantina apa, kena buat senaman angkat berat. kenapa? kenapa? hehe.. sbb ia akan bantu kuatkan otot, tulang dan sendi.

- jaga kualiti senaman.. hermm.. maksudnya senaman bukan berdasarkan kuantiti.. atau bahasa mudahnya senaman banyak2 pun xguna kalau xde kualiti. kena tau dan mahir dalam perlaksanaan senaman yang kita buat tu.. jangan la main hantam asalkan nampak mcm buat senaman je ok laa..

- masa bersenam tu pastikan yg kita bakar lemak dan bukan glukosa. jgn le korang g jogging ke.. main badminton ke.. buat lompat bintang pastu g minum minuman berkarbonat dan bertenaga pulak.. sia-sia je senaman tu.. 

- takyah la gigih sgt nk buat senaman tiap2 hari.. 2 - 4 kali seminggu dah cukup.. badan kena rehat gak.. mesin pun ada time rehat kan? 

- nak perut kempis mcm saya? muahaha..*perasan* tak payah susah2 nk buat bangkit tubi kalau lemak berjemaah kt perut tuu.. so, kena la buat kardio dan jaga pemakanan utk bakar lemak2 yg bermaharajalela tu. yoga xsesuai utk kurangkan berat badan ye kawan2.. yoga sesuai utk ketenangan dan keseimbangan.

- haa.. yg ni sy mmg sukaaa... (love, love) sauna! sauna atau bilik wap pun boleh bakar kalori dan bantu proses pencernaan.. rajin2 la g sauna lepas ni yee..

- seks pun bantu juga.. (untuk yg dah bernikah je ye..) ni xmo komen lebih2 sbb dah tau la kan.. aktiviti seks menyebabkan perpeluhan.

Diet + Senaman = Kurus. ^^"

- jgn le mengkome mengkome caya kt pil kurus tuu.. bida'ah je tu. xkira le harga dia mahal mana pun.. 

- Pembakar lemak? Apa tu? Cth: kopi dan guarana. mende-mende sebenarnya membantu pembakaran lemak tapi kena la buat senaman dan jaga pemakanan sekali. tapi toksah bergantung sepenuhnya kat mende-mende tu tau.

- tambahkan makanan berprotein sbb kurang kalori mudah disimpan dan dibawa kemana-mana. :)

- cuba dapatkan multivitamin yg baik sbb kalau badan kurang mikro-nutrisi boleh buatkan napsu makan kita meluap-luap tau.. pastikan multi-vitamin yg sesuai dgn umur, jantina dan gaya hidup kita.

jom-jom kita jaga kesihatan.. jangan makan lebih2 sbb nnt dah tua penyakit dh dtg apa pun xleh makan. 

p/s: sumber drpd Harian Metro (Sihat Cergas - Kevin Zahri)




24 May 2012

Jenis-jenis kasut.

haa.. kalau nak tahu serba sedikit tentang jenis-jenis kasut org pompuan, meh2 aku nak habaq mai..

1. athletic shoes/ sneakers (kasut atlit)


ada je ramai yang suka kasut ni termasuk aku yang suka jalan sambil lari2 manala tau tgh2 jln tu tetiba nk kejar pencuri ke.. kena kejar anjing ke.. haa.. kan senang nak lari. :p

2. women boots (but wanita)



but pompuan ni ada mcm2 jenis weyhh... ada tinggi, rendah, yang terbukak kt depan (wedges boots), bla bla bla.. tapi aku rasa tak sesuwaaiii nk pakai kt m'sia ni sbb kita kan iklim khatulistiwa.. nk drive pun susah.. nk naik public transport? hermmm *kerut dahi*

3. casual shoe (kasut kasual)


kasut ni memang ramai yang suka sebab sesuai nak g pasar malam, g kedai runcit, g tgk  wayang dll tempat sebab sangat selesa. sesuai juga untuk semua peringkat umur.. aku rasa laa..

4. flat shoes (kasut leper)


haa.. ni mmg konpom ramai yang ada kan? kan? kan? kasut ni comel je kalau pakai dgn baju kurung cotton atau jeans pun ok. aku pun ada 2 tau.. satu brand nike satu lagi beli kt sarawak.. 15 hengget je.. 

5. high heels (kasut tumit tinggi)


setau aku laaa.. kasut ni direka oleh lelaki.. dengan rekabentuk kasut tumit tinggi ni akan memaksa dada sipemakai lebih kedepan dan punggung ditolak kebelakang bagi menampakkan bentuk tubuh kewanitaan tu lebih sikit. kalau pakai kasut ni otomatik jalan jadi lain sikit.. maklumle nk kena kontrol balancing.. aku ada satu tu pun pakai g hari raya or kenduri kawin. satu tu aku akan pakai dalam 3 tahun kot.. pastu baru tukar.. haha.. tapi idok ler tinggi beno cenggini.. tak larat mak.. 

6. sandal (selipar yang cantik sikit kot)



okey, yang ni pun budak2 remaja suka pakai sbb harga dijual dgn sgt berpatutan dan simple serta sesuai nk bwk g dating or tuition. yg ni pesen tali2 ada je yg pesen cam selipar jepun tapi tambah manik2 sikit dh jadi sandal.. tadaaa!! 

7. wedges shoes (kasut baji.. haha ni sumer salah google translator)


lebih kurang cenggitu le ghupe kasut baji.. aku pun tak reti nk explain lebih2.. sbb aku pun bukan pakai nau pun.. aku rasa dia mcm high heels tapi tapak dia rata je..

8. peep toe (kaki mengintip.. sila salahkan google translator sekali lagi)


sape2 yg pakai kasut ni sebenarnya dia suka mengintip tau.. haha.. ok2 takde.. kasut ni kewajipannya adalah jari kaki kena terkeluar sikit supaya org lain boleh mengintip.. *apakah?* peep toe ni ada dlm kategori sandal, high heels dan wedges juga.. mak pun ada jugee.. mak rasa sexy sikit pakai peep toe.. boleh?

okeyh.. ni je la serba sedikit pasal kasut pompuan. ada byk jenis lagi.. agak rumit nk terangkan.. sbb mak bukannya pandai sgt bab fesyen2 ni tapi boleh lah kan utk kita sama2 tambah pengetahuan.. kalau nk tahu lebih lanjut google2 laaaaaa.... (jangan malas!)

daaaa....

20 May 2012

langit keruh, aku terpengaruh?

gelap yang aku rasa
takut yang aku dengar
manis yang aku lihat
gegak yang aku hidu
rindu yang  aku genggam

peningkah aku?
butakah aku?
apa, bodohkah aku?

atau.. kamu yang buat-buat tak tahu?

hermm.. *aku mahu gelapkan pandangan*

18 May 2012

16 Mei

Rasanya semua orang tahu apakah yang berlaku pada tarikh 16 Mei setiap tahun kan? Ok kalau nak tahu info lebih lanjut tentang sambutan hari guru, jangan malas2 baca kat sini.

Ok, dah baca? Baguss.. 

Sebenarnya nak cerita pasal sambutan hari guru masa kat sekolah dulu2 je..

Dulu aku sekolah rendah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Dato' Palembang (SRKJDP) kat Melaka. Kira sekolah plg top la utk sek ren time tu dan aku rasa sampai sekrg lagi. Sambutan hari guru memang meriah.... Sebulan sebelum sambutan cikgu yang dipertanggungjawabkan iaitu cikgu Jamiah (rambut kerinting, pakai spek dan pakai baju kurung fesyen bahu tinggi sikit time tu) akan pilih mana2 student yang dia rasa cun dan boleh feymes untuk berlatih buat persembahan. Dia memang pilih bulu sikit.. haha! (ini betul tak tipu)

Sampai la pada hari persembahan.. Memang seronok laa.. Masa aku dulu la.. Perkara wajib aku rasa kt semua sekolah cikgu cikgi akan nyanyi lagu 'Kamu Guru Malaysia' tu la.. ada persembahan tarian.. sajak, drama, nyanyian, guru2 buat persembahan dll.. 

Tapi, dalam banyak2 guru kt sekolah tu sure korang ada sorang guru fav kan? Aku pun ada. Nama beliau ialah Puan Jaharah. Dia cantik sangat.. Sangat pandai berfesyen.. handbag dengan kasut termasuk tudung dan aksesori pakaian selalu sama dan bertukar setiap hari. Dia penah cerita sbb dia nk jadi guru ialah boleh pakai baju cantik2 hari2.. Dia ajar aku Matematik dan Bahasa Melayu. Apa yang dia ajar tu kadang2 mmg xde dlm silibers pelajaran tapi sangat berguna dalam exam. Bahasa yang dia gunakan, lenggok badan dia memang mempersonakan. Ahh.. aku rindu cikgu.

Pernah satu hari tu, (aku mmg budak nakal) aku dengan sorang member Syarinaz (pengawas) pegi pedajal sorg budak pompuan kt kelas sebelah (Maisara). Saje buat jahat.. haha.. ala.. nakal budk2 dulu apa sgt la kan? budk pompuan pulk.. kitaorg just letk kertas kt blkg budk tu 'kick me' je.. pastu cikgu kelas dia cikgu Nyemah nampak.. terus aku dgn member tu kena pggil kt bilik GB. Kena rotan kat tangan.. Haha.. Bukan apa.. time tu si Maisara tu gaya gedik sgt.. tau la muka tu lawa sbb ada kacukan arab.. rambut blonde pastu kerinting2.. comel kot.. mana la budk pompuan lain xjeles ye dak? haha.. tapi sekrg Maisara bukn camtu tau.. tu intepretasi kanak2 time tu je pun...

Okey, dipendekkan citer (Macam dh pjg je pun citer aku), cikgu Jaharah kena warning dgn GB. Pastu dia baking (bukan baking buat kek tau!) la aku dgn member aku ni.. Then yg aku tau dia bergaduh dgn GB lepas tu.. So, the next year after UPSR aku dpt tahu dia dh tukr sekolah sbb gaduh dgn GB pasal kitaorg. Sangat terharu.. :')

Oleh itu, Selamat Hari Guru untuk semua guru yang pernah mengajar saya. Walaupun saya bukan menjawat jawatan tinggi seperti doktor, peguam, jurutera atau yang lain2.. saya tetap menghargainya. Terima kasih sebanyak-banyaknya. :)




17 May 2012

Semoga Kita Sama-Sama Berusaha

Assalamualaikum.


Tahniah kepada pasukan hoki remaja Malaysia atas kemenangan mereka (M'sia 2 - 1 Pakistan) pada 13 Mei 2012 (Ahad) yang telah berlangsung di Stadium Tun Fatimah. Yeayy!!

Memang ramai penonton pada hari tu, siap ada makcik-makcik, pakcik-pakcik dan kanak-kanak.

Ok, pertama sekali mungkin penganjur tak menyangka akan ramai penonton. Ini Melaka okeehh..... kalau letak beruang sarkis kat tengah padang pun diaorangg akan datang ramai-ramai. Kerusi penonton memang tak dapat menampung kebanjiran manusia yang bersemangat menyokong pasukan Malaysia termasuklah mamat-mamat Pakistan yang bekerja kat sini. Kerusi yang aku berdiri (sebab kalau duduk memang ko akan nampak punggung-punggung manusia sahaja, silap-silap boleh kena bom gas kot) sampai patah! Punyala dahsyat kelompatan kitaorang. Haha!

Kedua, kesian kat makcik-makcik yang datang walaupun bersemangat nak menyokong tapi pakaian makcik sangat tak sesuai sebab dalam suasana kesesakan lautan manusia suhu akan meningkat dengan mendadak. Makcik, lain kali datang sokong lagi tau! Tapi jangan la pakai baju kurung macam nak pergi kenduri. Saya kesian tengok makcik.. sob, sob..

Ketiga, gelagat seorang mat saleh tua yang mana sesat tah.. tetiba datang kibar-kibar bendera Malaysia (konon sokong M'sia). Aku rasa dia mabuk kot sebab lain macam je hiper. siap panjat pagar tepi padang. yang menyampahnya orang melayu kita ni senang sangat kena bodek! Mat saleh tu baru kibar bendera je punnn.... diaorang dah panggil duduk kat kerusi. Kalau ada orang Malaysia yang cacat datang belum tentu ko kasi diaorang duduk kan? 

Keempat, gelagat kebanyakan penonton yang datang tu sebenarnya bukan nak sokong sangat.. saje je nak buat ramai dan buat kecoh, terutamanya remaja. Aku perhatikan yang diaorang tak tengok sangat pun game tu.. just buat bising tiup horn yang mana aku memang tak suka nak mampus sebab mengganggu perlawanan dan kosentrasi orang lain yang datang dengan secara original nak menikmati perlawanan! Lepas tu siap kacau mamat Pakistan yang datang dengan niat murni nak sokong negara diaorang. Kalau nak kacau pun dik.. kacau la dengan cara yang bijak dan dengan semangat kesukanan. Bukan kacau dengan menunjukkan yang korang tu bodoh, takde otak, mentaliti kelas ketiga, takde budi bahasa dan perangai biar senonoh sikit. Tahu tak? Apa yang korang buat tu menggambarkan didikan keluarga tu macam mana? Lain kali fikir-fikirkan lah..

Oklah, semoga kita sama-sama dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan masa lalu. Jom sama-sama berusaha! Caiyok!





TAHNIAH!


Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...