28 August 2012

Cara-Cara Membersihkan Pendakap Gigi


pernah terfikir tak yang betapa lecehnya orang yang pakai braces tu nak mengunyah makanan? lagi lagi makanan yang keras macam jambu, epal, kacang, daging termasuk laa lobak merah? mak aiihhh.. sanggup tak makan laa mende mende tu daripada sakit. 



penah terfikir cemana le deme ni gosok gigi kan? kena pakai berus gigi khas ke? ubat gigi? sehari berapa kali nak kena gosok gigi? kalau rasa rasa kome tu pakai braces.. atau mengkome mengkome tu nak tahu dan rajin membaca, sila laaa skroll ke bawah dengan rasa bersemangat. yah!yah!yah!




berus gigi macam biasa je.. takkan tak tahu? ngehngehngeh.. berus pakai yang biasa punya je. tapi kena rajin berus setiap kali lepas makan. takut la ada gingivitis. teknik2 pemberusan kena la kreatip. ^_^ sebab dah ada banyak dugaan sepanjang perjalanan berus tu kat gigi kome kann.. kena la serong sana sikit, tunggang terbalikkan berus tu dan juga pemberusan agak lama daripada biasa. maklum la, banyak makhluk asing.

jom tengok video





psstt... kalau tak paham mende pun dia cakap, ni adalah penerangan yang dah dipendekkan. 

1. mula mula tegakkan berus gigi tu. kasi semua makhluk asing yang nampak secara  terang terangan tu dapat dinyahkan.

2. berus dengan cara lenggang kangkung tapi dalam jangka masa yang ikut suka. agak agak dah bersih tu ok laa.. sebab ni bahagian luar je.

3. drift sikit... kasi serong itu berus macha.. biar bulu bulu berus gigi masuk celah celah braces dan keluarkan alien alien yang singgah.

4. lepas tu berus bahagian dalam gigi geraham.

5. bahagian dalam gigi jangan dilupakan ye adik adik. ^__^

6. teruskan dengan bersemangat berus gigi geraham bawah pulak.

7. dimuktamadkan dengan berus secara gembira bahagian dalam gigi bawah. yeayy!!



ok, ini adalah berus extra bagi membersihkan celah-celah braces yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi biasa. ewahh.. ada gaya penceramah untuk kesihatan gigi tak? *angkat kening*


interproximal brush

nampak? nampak?


oh ye, lupa nak bagitau. ada la terbaca yang kena elakkan penggunaan ubat gigi whitening. rasanya agen pemutihan tu tak elok untuk besi braces tu kot. kott laa.. hehehe..


Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...