16 August 2012

Perhentian Island

pernah pegi pulau perhentian? salah satu pulau tercantik kat malaysia. alaa.. kat terengganuu.. na na na na na.. ganu kitee.. *nyanyi*

ini pemergian aku kali kedua. kali pertama 6 tahun lepas. perubahan yang ketara kat sini ialah jeti dah cantik,  dulu pegi sana memang ko terperangkap terussss.. sebab takde coverage telefon langsung. sekarang siap boleh whatsapp bbm bagai. ada beberapa chalet yang dah semakin berkembang maju. yang tak best bagi aku makanan dia dah berubah, dulu kalau serve wajib ada fruit potong ala ala hotel giteww.. sekarang makan ala ala kedai tomyan dah. 

eh lupa nak bagitau.. aku pegi perhentian kecil. perhentian kecil pun ada dua side. yang aku pegi ni nama dia long beach. matahari naik ikut sini. the other side apa tah nama dia.. haa.. kat situ ko boleh tengok sunset. perhentian besar tak happening sangat laa.. sesuai untuk family. 

kat sini mat saleh bersepah. dulu aku pergi diaorang selamba pakai spender je buat sunbath. sekarang aku tengok dah sopan. malam ada fire eater, beach bar and macam-macam la.

siang korang cuma boleh lepak, kayaking, sunbath, main volleyball or whatever yang ada kat situ dan juga amik pakej pusing pulau yang menawarkan beberapa stop point macam fish point, turtle beach, shark point, coral bay, romantic beach, tempat kincir angin, tempat lampu untuk kapal tengok malam malam tu apa ea?? alaa.. hentam la nama dia aku dah lupa termasuk dia stop kat fisherman village untuk lunch. 

antara pengalaman yang best ialah aku check in chalet takyah bayar tapi bayar masa check out. tapi bila check out pagi aku nak bayar takde orang kat kaunter. aku panggil siap ketuk ketuk dan masuk bilik yang tak sepatutnya. disebabkan bot ke jeti dah tunggu aku pukul 8, aku pun blah dengan selamba. haha..

ok sebenarnya ada banyak nak cerita tapi malas nak taip. tengok gambar je lah..








cara-cara nak pergi pulau perhentian..

pertama : bagi yang banyak duit naik kapal terbang ke kota bharu (45 minit) dan amik cab terus ke jeti dalam RM20. jarak perjalanan 1 jam macam tu. sampai jeti boleh amik speed boat price RM70 pergi balik. boleh beli on the spot.

kedua : yang duit sederhana banyak boleh naik kereta ikut highway pantai timur. jangan malas gi tengok google map. pastu drive la sampai jeti. ada banyak kemudahan parking kat situ dan terus amik boat okey?

ketiga : orang duit bajet-bajet cam aku boleh naik bas dari hentian putra kat k.l tuu lebih kurang satu malam tu cun laa.. tido dalam bas. bangun-bangun je sampai kat jeti. taadaaaaa...

tips kat pulau perhentian

sila bawak air mineral sendiri sebab air mahal sikit.
sila survey trip nak island hoping untuk dapat the best price
sila sediakan beg kalis air atau boleh beli je kat situ dalam RM50 supaya boleh bawak gi island hoping protect barang-barang berharga macam wallet, henpon or camera.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...