23 June 2014

Sundown Marathon 2014 (Singapore)

Lokasi : F1 Pit Building, Singapore.
Tarikh : 31 Mei 2014
Masa : 11.30 p.m
Jarak : 42.195km



Ye ye sila kagum sikit sekarang sebab buat keje tak senonoh pegi lari full marathon. *nangis*

Kenapa kat Singapura pulak ko sebok nak lari full marathon Senah? Kat Malaysia takleh lari? Dengan penuh sopan saya menjawab, "Aku punya duit, aku punya kaki, aku punya suka le nak lari full marathon kat mana." Boleh cenggitu? Hahahaha. Kuang hajo bertingkat ko ye. Kang ada pulak yang komen mulut aku boleh tahan ye dak? Lulz.

Takde takde.. saje je nak lari full marathon alang-alang bayo mahal dan jalan jauh sikit kan? Jadi kekonon rasa berbaloi nak lari dan mengsakitkan kaki ye dak?

Bayaran dia kalau ikut SGD takde le mahal sangat, cuma SGD80 je.. Kalau nak rasa mahal kome darab le sendiri, aku takmo darab sebab nanti rasa mahal, wahahaha.

Disebabkan berlari kat obersi kansss (obersi sangat..) kena le bagi tau aku duduk mana ye dak? Okey kita start dari perjalanan.

Aku dan member (berdua saje) decided naik bas je sebab memikiorkan nak lari jauh-jauh lepas lari nak drive balik memang idok lee.. Aku naik bas dari Melaka Sentral pukul 1.30 pm dan perjalanan amik masa dalam 3 jam lebih. Bas yang aku naik ialah 707 Travel Group dan stop kat Queen Street. Tak jauh dari tempat aku menginap. Sampai kat Kastam Malaysia takyah check beg bagai tapi sampai kat Kastam Singapura kena bawak turun semua beg untuk check tau. Jadi dinasihatkan kome bawak beg yang senang nak diangkut sebab kalau check kat laluan Link Kedua tu jauhnya nak menapak sebab kawasan dia luas bebeno.

Eh tetiba rasa malas nak citer pasal penginapan kat sini. next entry la baru citer ye? (Dasar pemalas)

Okey kita cerita masa nak amik race kit. Untuk overseas runners yang baru sampai, kitaorang boleh amik pukul 6.30pm pada hari nak lari. Sebelum amik tu aku dah jenjalan dulu sebab sampai awal sehari (Citer nanti gak lah ye..) Jadi petang tu dah gelabah nak cari bilik nak solat. F1 Pit Building ni sebelah Singapore Flyer je pun.. Aku tanya kat area Singapore Flyer tu memang takde bilik solat, kat F1 Pit Building pun takde gak. Aku dengan muka tak malu tanya pak guard yang memang dah confirm orang Malaysia dan Melayu katne tempat solat. Pakcik tu pun dengan baik hati bagi aku tumpang solat kat bilik meeting kot dan guna toilet kat dalam tu. Lepas solat terus ngam-ngam dapat amik race kit.

Masa ni dah debor gila sebab takut lari tak abis nanti maluuuu...


Apa yang pelik masa aku amik baju, memang terang-terang minah gila tu amik baju dari kotak Men. Bila aku cakap "You took my shirt from mens box". Dia dengan selamba cakap, "Yes, that's the correct shirt". Aku pun percaya je laaa... Nak tahu ke apa yang ada dalam beg gedabak tu? Hapah takde benda best. Boooo...


Petang sebelum amik race kit sempat makan Tuna sandwich kat Subway sini. Harga satu set je dah SGD10. Jangan darab dengan RM kang pengsan.


Ni route untuk aku habiskan. *nangis* Water station dia memang banyak gak tapi jauh gak laa.


Okey lari start 11.30pm untuk full marathon. Yang 10km dan 5km start awal sikit. Aku rasa yg 21km tu start lepas kitaorang sebab berlambak je bib yang lain lari dengan aku. Takkan aku potong diaorang kan?




Eh haruslah tunjuk bukti aku kat kawasan kejadian. Maka aku pun pakai la shirt untuk lelaki.. Hahahaha. Cilakak punya minah tadi.


Tandas yang disediakan memang banyak tapi tak cukup banyak untuk peserta yang berjumlah 30,000. 


Suasana sebelum lari memang happening gila.


Band dan instructor bagai semua letak kat atas, senang kan?


Masa ni adrenalin memang tengah menggila woooo.. hati berdebar gila. Nampak tak orang tua pakai baju hijau belah kanan tu? Jangan pandang rendah woi.. dia sangat aktif marathon, orang Malaysia (sila bangga). Beliau ialah Oliver Ker umur 70 ++ dari Sabah. Dia siap potong gua tauuuuuu.. (maluuuu)



Tak tahu le mana sesat orang neon ni tapi yang ni lari untuk 10km je kot.


Terima kasih Running Shot sebab terambil gambar saya satu je! Eh lupa kebanyakan gambar kat sini daripada Running Shot. Sibuk berlari bila masa ko nak amik gambar ye dak?


Antara laluan yang menarik. Ada laluan tu memang gelap gilos siap ada lubang-lubang yang agak bahaya, tapi organizer berusaha la letak lampu dan volunteers bagi runners tak lalu kat lubang-lubang tu.


Ni bila sampai kat finishing line diaorang siap-siap bagi pisang, air, medal dan finisher T.


Lepas lari dan jalan selama 7 jam 30 minit, kitaorang rehat kat kawasan situ dan berbaring. Memang lega gila sebab lari tu memang sakit kaki woooo (T___T)


Meh le bergambar sementara tunggu matahari terbit dan nak cari teksi balik ke hostel untuk berehat.


Saya dan cik Jie berlatar belakangkan bangunan Marina Bay.


Kebanggaan.


Kesimpulannya, (wah macam karangan spm pulak) larian ni best sebab lari tengah malam. Walaupun lari tengah malam, suhu memang tinggi dan panas tapi nasib baik ada hujan sekejap dan menyejukkan suhu malam tu. 

Tandas kat sana tak tahu la aku sebab ramai gila guna kot sampai kotor gila. Aku pun geli sebab diaorang kat sana kan lap-lap jee.. so bila tandas dah ada 'alien' memang tak dapat le nak cover dah weii..

Water station seperti yang dikatakan tadi boleh laaa... ada bagi pisang gak masa lari dan kek pisang pun ada. Lokasi untuk lari bagus gak dan laluan dia syok tepi pantai. Sambil lari nampak orang camping, dating, bbq siap sambil lari ada bau ikan bakar. Pergghh.. Kat sana pun ada orang gelandangan gak.

Goodies tak best. Hahaha berharap dapat banyak hadiah lettew. Lepas balik hostel, tido sat, makan tengah hari pukul 3.30pm naik bas, pengsan, bukak mata sampai Melaka.

Natijah selepas lari full marathon, hanya yang pernah buat full marathon je akan faham.



Kahkahkah!

The End.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...