06 September 2013

A Thousand Splendid Suns


Ini satu lagi buku yang aku sesuka hati beli sebab tak kenal penulis. Gila kau? Tak kenal Khaled Hosseini? *angguk* Ciss.. 

Tak sangka cerita ni sangat best! Sangat mendebarkan jiwa sepanjang baca buku ni. Cara penulis ni menulis rasa macam puisi. Watak dan suasana digarap dengan begitu jelas sebab masa baca tu kita akan rasa apa yang watak tu rasa. Perggghhh... memang salute abis!

Cerita tentang Mariam anak luar nikah yang kematian ibu selepas tak dengar nasihat ibu dia yang dipaksa berkahwin semasa 15 tahun dengan Rasheed oleh ayahnya (Jalil) yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah dari Herat ke Kabul sebab ikut suami dia. Mula-mula dia dilayan macam seorang isteri tapi lepas kandungan dia gugur, Rasheed mula tunjuk sifat buruknya.

Pada masa yang sama, Laila gadis Kabul yang lebih moden hidup dan berkawan dengan kekasihnya Tariq, yang akhirnya berpisah dan mendapat tahu Tariq telah terbunuh dalam perang terpaksa berkahwin dengan Rasheed sebab pada masa tu dia dah mengandungkan anak Tariq dan Rasheed dah selamatkan Laila masa perang. Layanan Rasheed terhadap Laila sangat berlainan dengan Mariam. Lepas Laila melahirkan anak perempuan Rasheed mula mengesyaki yang anak tu bukan anak dia dan Laila pun plan nak lari dari rumah dengan Mariam. Tapi sebab zaman tu Taliban yang tengah perintah, maka rancangan diaorang gagal.

Okey, cukup la kat situ kot. Apa yang penting cerita adalah tentang penyiksaan terhadap emosi dan fizikal wanita Afghanistan pada zaman tu yang tak terzahirkan.. 



Lastly, insyaallah filem akan keluar tahun 2015 nanti. Tak sabar nak tengok dan rasai kesedihan wanita-wanita tersebut. :')

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...