20 September 2013

ISO

Hari tu dah belajar pasal shutter speed kan? Hari ni kita kena belajar salah satu daripada 3 elemen penting kat kamera untuk dapatkan gambar yang super duper kebabom gittew.

Amende le ISO ni? Aku pun tak tahu apa maknanya. Tapi benda ni penting sebab ISO ni adalah benda yang bagi ukuran kesensivitian sensor untuk imej. Waahhh... ayat macam professor kau. Haha. ISO ni kalau aku paham leee... dia control sensitiviti sensor dengan cahaya yang masuk dalam kamera untuk kualiti imej gambar yang kita nak. Kita nak gambar tu nampak detail sedetailnya atau kita nak gambar tu macam biasa- biasa?

Contoh ISO Speed

ISO yang biasa orang tak pandai macam aku ni ialah 200 - 600 je. Tapi ada gak kamera yang canggih manggih ada ISO 50 - 20,480. *Wow!* Tapi kebanyakan kamera sekarang dah boleh set auto je. Jadi kamera dah boleh set ISO yang sesuwai untuk dapatkan imej yang sharp. Tapi kita kena le belajar gak amende ISO ni sebab dah beli kamera canggih keennn.. Baik pakai kamera digital biasa kalau tak tau pakai ISO keenn... Hahaha. *aku merujuk kepada diri sendiri*

Macam mana nak pilih ISO?

Ada 2 ciri penting untuk kita set ISO ni. Pertama, kita kena tetapkan jumlah cahaya untuk dapat exposure (pendedahan) yang baik. Lagi rendah ISO lagi banyak cahaya yang kita perlu ada dan ini bermakna shutter speed kita kena slow gak. Kalau kita kat pantai tengah matahari tegak atas kepala dan badan panas tu tandanya cahaya memang cun abis lah. Jadi kita cuma perlu guna ISO 100 - 200 je kot. Tapi bila kat tempat gelap, maka kita perlukan shutter speed yang laju giler tuuuu.. kita kena la naikkan kadar ISO tu. Haaa.. senang je kan?

Contohnya, kalau kita guna ISO 200, kita boleh set shutter speed 1/250 atau ISO 400 tapi guna shutter speed 1/500 dan kita akan dapat efek gambar yang sama. Ajaib kan? Haha *nampak sangat aku bengap kira-kira* Sebab tu la bila kita kena belajar setting ISO, shutter speed dan aperture (lepas ni) supaya kita dapat amik gambar pada kualiti yang kita nak tu..


Contoh lagi tapi bergambar pula, kita amik gambar dalam gereja atau kita panggil dalam bangunan lah ye? Kita set ISO 100 tapi sebab pengcahayaan tak cukup, kita perlukan shutter speed yang cukup laju. Kalau kita set 1/15 sesaat ini akan buat shutter kita bukak terlalu lama dan gambar akan kabur melainkan kita ada tripod. Masa ni lah ISO datang menyelamat kalau kita tak bawak tripod ke hulu ke hilir. Kita set kan ISO 400 (atau lebih ikut situasi) dan ini membuatkan sensor kita jadi 4x lebih sensitif dan kita boleh set shutter speed 1/60 saat je dan ini menjadikan kamera bekerja dengan lebih pantas. Paham? Haha.


Kedua, jumlah 'bunyi' dalam gambar. Gambar ada 'bunyi'? Biar betik? 'Bunyi' dalam gambar digambarkan sebagai bijirin. Ada orang suka nampak bijirin tu tapi ada orang kalau boleh memang takmo kasi nampak langsung bjirin atau 'bunyi'.



Perbezaan gambar dengan ISO speed yang berbeza. Lagi tinggi ISO lagi banyak 'bunyi' atau bijirin yang akan ada kat gambar kita. 



Nampak tak? Lagi tinggi ISO lagi kurang kualiti gambar kita sebenarnya. *wah, saya baru tahu!* Salah satu faktor yang menjadi penyumbang 'bunyi' dalam gambar ialah saiz pixel pada sensor. *Dulu-dulu kamera jual berdasarkan pixel. Lagi tinggi pixel lagi mahal kamera tu* Lagi besar pixel lagi kurang 'bunyi' kat gambar.

Sebab tu le cameraman kena pandai balancing. Gambar nak cantik kena pakai ISO rendah supaya gambar kurang 'bunyi' tapi kena pakai shutter speed yang pantas untuk dapatkan gambar yang cun.

Tips nak set ISO

Sebelum set ISO sila fikirkan 4 soalan.

Cahaya - Cukup tak cahaya untuk objek yang kita nak amik gambar tu?

Grain (Bunyi) - Nak gambar tu smooth atau tak?

Tripod - Nak guna tripod ke?

Objek bergerak - Objek tu bergerak atau statik?

Kalau cahaya cukup, tak nak 'bunyi' banyak, guna tripod dan objek tu statik je.. Guna je ISO paling rendah.

Tapi kalau gelap, sengaja nak gambar tu 'bising', tertinggal tripod dan objek tu lari sini sana.. kena le pakai ISO tinggi sebab kita boleh shoot gambar tu dengan lebih cepat.

Contoh situasi yang mungkin kita kena pakai ISO tinggi adalah seperti berikut;

Aktiviti sukan dalam macam badminton, bola keranjang, gimnastik dan lain-lain yang mana subjek bergerak pantas dan cahaya tak berapa cukup.

Konsert sebab cahaya memang tak cukup.

Galeri seni, masjid, gereja, muzium dan dalam bangunan yang ada peraturan tertentu yang takleh guna flash.


Okey, tu je lah untuk hari ni. Nanti kita sambung pasal aperture pulak.

Semua gambar sumber dari makcik Google. Terima kasih ye! Muah!

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...