16 September 2013

Shutter speed (Apakah?)

Aku ni nama je ada kamera canggih manggih tapi pemalas bebeno nak explore cemana nak guna. Suka hati beli tapi amik gambar cam pakai kamera henpon je.

Sebab hari ni ada masa lapang sebab fed up dengan pendaftaran CIDB yang tak berapa aku nak paham, makanya aku telah berjalan-jalan amik tahu pasal kamera DSLR. 

Aku tau ramai kat sana tu sama busdus macam aku gak kan? Kan? Kan? terutamanya pompuan sebab kitaorang memang le lemah bebeno bab-bab teknikal dan leceh-leceh ni. Hahaha.. Sebab aku busdus bab kamera DSLR maka aku pun belajar hal pertama tentang kamera dan korang yang busdus macam aku meh leeeee amik tahu  jugak. Yang pandai tu takyah ngutuk kat sini ye? Kalau pandai sila lah ajar saya yang memang mengaku tak pandai.. Kahkahkah.

Shutter speed atau dalam Melayunya Kelajuan pengatup. Apakah pengatup atau shutter tu?


Ni la ghope shutter yang ada kat depan kamera tu, Kalau tengok cenggitu je memang tak nampak leee.. Kena le ko rekod kat video time amik gambar tu (kot-kot ko boleh nampak) baru le nampak shutter tu.


Kelajuan shutter ni adalah 1 daripada 3 elemen (lagi 2 tu ISO speed dan aperture) penting untuk pendedahan gambar (exposure photo), boleh control sharp atau tak gambar dan bagi kesan kreatif yang menarik.


Kenapa shutter speed ni penting?

Gambar kat atas tu yang ghope cam kepak tuuu... nama dia pengatup (ceh tu pun nak bagitau ke). Benda shutter ni penting sebab bila kita amik gambo shutter tu akan bukak dan tutup dengan kelajuan yang kita set tu laa.. supaya cahaya dapat masuk sampai kat sensor dan bagi imej gambar kita. Dah nama pun speed, tentu le kelajuan shutter tu kita boleh set nak bukak tutup perlahan atau laju-laju. Haha..

Kalau ko set shutter speed tu laju-laju, makanya shutter tu bukak sekejap je le. Tapi kalau set slow, maka shutter tu akan bukak lama le sikit. Lama tu bukan bermakna sampai seminit tau.. 


Cemana nak kira shutter speed tu?

Shutter speed kena ukur pakai saat atau pecahan kedua (fraction). *aah, sudah.. sila jangan pening*

Contoh 1 : Speed 1/100 adalah bermakna 1/100 saat atau 0.01 saat sekali katup. Amboih.. penerangan memang untuk orang busdus cam aku. Hahaha. Maknanya, shutter tu akan terbukak dalam masa 0.01 saat je dan masa tu je la cahaya masuk kat sensor.

Kamera memang ada banyak setting untuk shutter speed ni, ikut le kamera korang tu tajuk dan jenis apa. Siap ada yang 'bulb' supaya korang boleh biar shutter tu terbukak ikut suka la berapa lama nak.




Contoh speed untuk shutter.



 Perbezaan shutter speed pada gambar.

Kalau gambar nak ngambik tu tempat dia gelap kena le bukak shutter lama sikit ye dak? Supaya banyak cahaya boleh masuk. Tapi kalau gambar kita nak ambik tu dah terang tempatnya, kena le set shutter tu slow sikit bagi dia tak cerah bebeno. Betul tak kalau ikut logik akal ni? :p


Macam mana nak pilih shutter speed yang terbaik?

Haha, soalan memang nampak tak bijak, tapi takpe. Meh tengok gambar di bawah.


Gambar goyang-goyang tak stabil.


Gambar sebelah kanan tu goncang abis. Nampak sangat tangan menggigil. Eh.. tapi kita boleh kasi gambar tu macam gambar sebelah kiri tu tau. Macam mana? Tadaaa.. itulah yang kita belajar tadi, kita guna la shutter speed yang laju-laju supaya cahaya yang masuk sekejap je dan dapat tangkap gambar tu dengan lebih baik. 

Tapi kelajuan shutter ni kena gak set dengan lens yang korang pakai. Aiyaaakkk lens pun tak belajar lagi. Tetiba amik tau pasal shutter. Tapi takpe, biar kita dapat gambaran sikit. Lenkali kita belajar pasal lens pulak.

Gambar kabur


Gambar kabur atau blur ni jadi sebab kita amik gambar bergerak. 


Contoh 2 :  Kita nak amik gambar orang berlari tapi pakai shutter speed yang perlahan, jadi kita akan dapat gambar orang berlari dari kanan ke kiri sebab sepanjang shutter tu terbukak imej orang yang lari tu akan masuk kat lens dan gambar akhir yang kat kiri tu akan jadi kabur. Ewah.. kome paham ke idok ni? Hahaha.


Mana mana nak elak? Guna la shutter speed yang laju-laju tu. Jadi kamera akan dapat tangkap gambar dalam masa yang cepat dan orang yang lari tadi tu hujung-hujung bahagian kabur tu takde le nampak. Tu yang kalau profesional amik gambar orang lumba kereta F1 tu, kereta macam tak bergerak. Tu lens mahat wooo... dengan shutter speed yang kebabom la kot kan?

Tapi sebelum korang set kan kelajuan shutter selaju-lajunya, korang kena amik kira korang betul-betul nak padam gambar blur tu ke sebab kadang-kadang bila gambar tu blur ia akan tunjukkan kelajuan atau pergerakan dalam gambar. Ataupun korang boleh fokuskan kamera untuk satu-satu objek dan kasi background dia blur macam gambar bawah ni.



Pendedahan (Exposure)



Oi! Amende lak exposure ni? Adeehhh...  Benda ni bergantung kat kamera gak (yang aku paham leee) dan bergantung kat tempat nak amik gambar tu betul-betul dapat pengcahayaan yang cukup. (ikut suka kau la nak paham cemana kan?). Kalau nengok gambar kat atas tu, kalau pakai short shutter speed atau laju-laju, maka cahaya yang masuk tu sikit je (under exposed). Tapi kalau kita pakai shutter yang perlahan sangat (long shutter speed) dan tak sesuai dengan pendedahan cahaya sebab lama sangat shutter terbukak dan cahaya masuk melimpah-limpah kat situ, maka kita akan dapat gambar yang kanan sekali (over exposed). 

Exposure tak semestinya tentang kelajuan shutter tapi bergantung jugak kat aperture dan  ISO speed yang korang guna untuk dapatkan gambar yang cantik menarik kau memang da bomb gittew.


Tak kira la nak guna shutter speed cemana pun, yang penting korang kreatif. Kan? Kan? Kan?

Contoh gambar yang guna shutter speed yang perlahan.





Contoh gambar guna shutter speed yang laju




Ada faham? Hahaha. Semoga berjaya untuk korang dan aku sekali. Untuk orang-orang dah pro tu sila jangan gelak kat saya tau. Ini adalah arahan. Kehkehkeh.

Sumber gambar : Semuanya daripada pakcik Google.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...