14 September 2013

Portulaca

Hari ni aku rasa macam bunga-bunga sikit. Natijahnya mari amik tahu pasal tanaman menjalar yang kiut dan berseri iaitu cik Portulaca. Amboiihh.. nama macam ala-ala orang Portugis gitteewww.. Tapi tempat asal bukan dari sana, malah orang Malaysia panggil cik Portulaca ni Ros Jepun. Takde bunyik Jepun pun kan? Omputih panggil Moss Rose. Cik Ros Jepun ni (nama dia macam pompuan kan?) berasal dari keluarga Portulacaceae. Tempat pertumbuhan pertama dan dipercayai dijumpai kat Argentina, selatan Brazil dan Uruguay. 

Apa yang menarik pasal cik Ros Jepun ni, dia selalunya berbunga pukul 10 pagi. Masa tu bunga dia memang kembang cantik sangat. Bunga dia ada macam-macam warna seperti pink, merah, oren, kuning, putih. Acane rupa bunga dia? Eh kang tengok gambor je la.

Macam biasa laa.. kalau dah nama pokok dalam satu famili ada macam-macam jenis kan. Macam manusia gak, kalau orang Malaysia ada orang Kelantan, Perak, Terangganu dan lain-lain. (apakah yang aku merepek?) Cik Ros Jepun ni pun ada adik-beradiknya seperti berikut..

Portulaca grandiflora



Cik Portulaca grandiflora ni ada kelopak berlapis-lapis dengan warna kemain lagii... Tapi daun dia kalau perati betul-betul runcing dan tajam. Sebab di panggil grandiflora kot kan? Sebab kelopak dia lapis-lapis macam grand gittew.


Portulaca oleraceae




Cik Portulaca oleraceae ni pulak kebanyakan bunga dia takde lapis banyak dan gebu. Biasanya satu lapis je dan jarang sikit kita jumpa kat nursery tanaman kat Malaysia. Yang paling ketara sekali ialah hujung daun tu bulat.


Portulaca pilosa



Cik Portulaca pilosa ni bunga dia pun selapis dua je dan ada macam-macam warna juga. Daun dia hampir sama dengan Portulaca grandiflora cuma lapisan bunga dia tak grand. (ikut suka aku nak bagi description haha). Ada gak sumber-sumber lain panggil dia ni Portulaca umbraticola atau pun nama lain dia Purslane. Ikut suka la nak panggil apa janji kat sini semua ni orang panggil cik Rose Jepun.


Portulaca molokiniensis





Cik Portulaca molokiniensis ni memang kome takkan jumpa le kat Malaysia. Tapi sebab kita nak belajar kita amik tahu le ek? Ni bunga dia memang obvious sangat takde kaler lain dah selain kuning dan kalau takde bunga pun daun dia je tumbuh mekar dah ghope bunga kan? Ish.. kalau aku jumpa le kat nursery ni memang aku rembat  punya lah.


Portulaca sundial



Cik Portulaca sundial ni ni ghope cam kembo grandiflora tapi tak berapa sama bunganye sebab kelopak bunga dia tak penuh. Yang spesis ni pun ada kot.. Tapi aku tak sure la apek atau nyonya kat nursery tu tau nama spesis ni.


Portulaca quadrifida



Cik Portulaca quadrifida ni punnnn takde kat sini kott.. Spesis ni macam spesis katik sebab bunga dan daun dia semua kecit-kecit. 



Cara tanam dan penjagaan.

Ni le pokok yang kemain senang nak tanam dan jaga. Aku memang suka pokok yang senang hidup sebab aku jenis pemalas nak jaga tapi nak pokok cantik. Kalau ada jiran sebelah tu tanam, korang pegi mintak cabut sikit je pun boleh pastu tanam kat rumah sendiri. Dia jenis akar menjalar dan kalau tanam dalam pasu bergantung nanti dia akan berjuntai siap bunga pun berjuntai ala-ala taman Inggeris. Tanaman ni perlukan cahaya matahari penuh dah selalu kena siram sebab dia takleh tanah kering. Kalau kering nanti boleh nampak bunga dia cam ada kaler hitam-hitam. Kalau kita pegang daun dan bunga dia memang lembut je tekstur dia sebab tu dia nak air banyak kot. Berbunga setiap hari sepanjang tahun. Weehoooooo.. Suka tak? Haha

Kalau ikutkan ada banyak jenis lagi macam Portulaca amilis, Portulaca andicola, Portulaca bicolor, Portulaca bilova, Portulaca boliviensis, Portulaca crytopetala, Portulaca elatior, Portulaca elongata dan banyak lagi laaaaaaaaaaa.... Tak larat nak tulis bebanyak. Tapi tu semua susah nak jumpa dan aku dah mula malas ni. 

Hahaha, okey bye!

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...