09 September 2013

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Al-Haj (RAYSS), Melaka.

Aiyyyyaaaakkkkkkk!!!! Raya dah abis, cerita bulan puasa hari tu baru nak buat? Dasar pemalas! Hahaha :b

Sempena keberkatan bulan Ramadhan hari tu (ye, memang dah lamaaaa dah tuuu, sila buat muka neutral) bebudak MMU kat Bukit Beruang ada le menjemput aku dan kengkawan (orang-orang Melaka Dubbers sebenarnya) pegi memeriahkan aktiviti diaorang ke rumah nak yatim seperti yang ditulis di tajuk entry ni. Uhuk uhuk, diaorang kira bebudak le sebab teman ni bukan muda punn.. *flip hair*

Nama rumah anak yatim ni takde bunyik macam sultan Melaka kan? Melaka mana ada sultan daaaaa... Yup, ni memang Sultan Selangor yang punya. Aku tak tahu le sejarahnya cemana tapi aku agak je la ye? Sultan Selangor kan banyak duit, jadi baginda beli tanah kat situ dan buat rumah anak yatim ataupun, memang kat situ memang ada rumah anak yatim dan Sultan Selangor jumpa dan berhasrat nak menderma sebab baginda memang dermawan. Haaa.. tak kesah la acane pun kan? Yang penting RAYSS ni dah sangat membantu untuk anak-anak yatim ni berlindung. Kita ni je kena sedar diri tak membantu apa-apa pun.. *sila terasa sendiri* 

Buang masa watpe kan? Dah le bulan puasa punya cerita lagi nak tulis merepek-repek. Jom tengok gambor.


Uhuk-uhuk, budak MMU ni sebenarnya panggil Melaka Dubbers (MD) ni gotong-royong sesama buat bubur lambuk. Tapi sebab nama pun bulan puasa kan, hujung minggu ko nak suruh orang tua pegi buat benda tu di hari untuk berehat memang payah le dik oiii.. Tapi MD ni datang gak tunjuk muka dan menepati janji untuk join lepas semua keje siap *memang malas nak arwah diaorang ni*. Aktiviti selepas zuhur tu kena berkonvoi ke Banda Hilir untuk menyebarkan bubur tersebut. Siap ada enche' polis trafik jaga, maklumla Melaka di hujung minggu kalau memandu ke area bandar tu memang boleh tinggal 10% je markah puasa sebab jem. Trima kaseyyy pakcik polis, I lap u lah!


Sementara tunggu nak pukul 3 bergerak ke RAYSS tu aktiviti melepak dan bagi sesape yang nak buang air kecik atau besar serta boleh solat bagi sape yang belum solat kat tandas awam dan surau kat situ. Sambil-sambil tu MD boleh la promote kelab kat orang awam. Nampak macam 'Alaaa... bukan mende pun'. Haishh.. ni kira promosi secara tak langsung tau sambil buat-buat baik. Kahkahkah.

Sampai je kat sana, bebudak situ dah tahu la kot we all nak datang memeriahkan hujung minggu di bulan Ramadhan diaorang. Siap ada yang dah menunggu tepi koridor. Semua muka teruja nampak kereta lama sampai. Tapi sebab abang-abang dan pakcik makcik macam singa diaorang tak berani nak datang dekat sangat. Maklumla.. bulan puasa perut semua lapor tambahan pulak dah berpanas lelah kat Banda Hilir edar bubur lambuk. Penat nyah.. Bila dah duduk kat khemah tu budak MMU tu bagi penerangan aktiviti yang nak dijalankan kat situ. We all semua buat-buat dengar je. Hahaha.. Minta maaf la adik-adik ye, orang tua memang cenggitu, sikap nak fokus kat satu-satu benda tu agak terhad sikit sebab banyak benda nak kena fikir.

Lepas budak MMU tu abis berceloteh, we all masuk surau untuk buat aktiviti main-main. Amboiii heaven kau.. ada AC. Aku dulu duduk asrama surau ada kipas je. Eh ada kipas ke? Lupa dah. Dorm pun takde kipas. Macam-macam le diaorang main. Aku bukan paham pun. Haha. Aku dah terlepek kat tepi dinding dengan mata ala-ala garfield gittew.


Sementara bebudak MMU dan RAYSS tu main-main, kitaorang yang dah tua ni mula le cari keseronokan sendiri dengan melarikan diri *fly* ke luar rumah tu teruuussssssss... Bukan jauh nau pun, depan seberang jalan je.. RAYSS ni betul-betul depan pantai. Memang bahagia la.. Siap ada bangku tu apa tah nama dia aku dah lupa. Budak-budak kampung situ lepak-lepak tepi pantai memang style. 


Lupa pulak nak bagitau kan? RAYSS ni dekat Pantai Puteri. Walaupun nama dia pantai, boleh la kalau korang nak mandi. Bagi aku tak berapa sesuai sebab dah nama pun pantai barat.. pantainya ada sikit berlumpur tapi still boleh mandi, takde le kotor pun.. Tapi kalau duduk lepak-lepak sambil baca buku ke, dengar muzik ke.. amboi amboi.. Kitaorang mula le cari aktiviti dan main tutup botol atau ceper. Siap ajak bebudak kat situ join sekali. Kemain seronok main sebab orang tua kalau dah main memang seronok dia lain macam kan?


Lepas berjimba tepi pantai kena la balik tunjuk muka sikit. Kang kata curi tulang lak. *memang curi tulang pun* Masuk balik tengok diaorang tengah main rebut kerusi tu.. Ada gak yang main ping pong dan lain-lain. Budak pompuan yang kecik tu main board game. Yang dah besar sikit dah masuk bilik. Nampak seronok la diaorang tu..


Aktiviti MD bergambar yang tak sedar diri lepas diaorang berhenti main dan mandi untuk berbuka. Kitaorang tak mandi. Ye.. tak mandi pun.. dengan badan berlengas.. Hish..


Eh rupanya aku takde amik gambar salah seorang MD ada keje kat Papa John. Dia sponsor pizza Papa John. Nama beliau adalah encik Ujang apa tah. Eh memang betul tau dalam IC dia tulis Ujang tu. Aku pun ingat tu nama timang-timangan. Tapi memang takleh timang le sebab dia kemain sihat bagai juara. 

Azan je, semua orang makan ringan-ringan je. Biasanya budak-budak ni makan kurma dan minum air panas. Lepas tu solat maghrib berjemaah. Lepas tu baru makan nasi. Hari tu meriah la sikit sebab ada pizza dan bubur lambuk. Dewan makan diaorang ni asing lelaki dan perempuan dan sangat bersih. Lepas makan nasi diaorang bersiap-siap nak solat jemaah isya' dan tarawikh.

Kitaorang? Lepas makan nasi terus dengan muka tak malu minta diri sebab esok nak keje dan nak tido awal. Tapi aku memang dah ngantuk gila time tu. MD pun ucap terima kasih sebab panggil join sekali aktiviti walaupun tak berapa join. 

Apa yang diaorang ni buat sebenarnya bagus tapi.. tapi? Hahaha.. ok2 sebab dah nama pun orang dah berumur tapi gojes kan? Aku rasa la diaorang boleh perbaiki lagi cara komunikasi dan aturcara boleh diupgrade lagi. Sebab bila korang ajak orang yang dah berumur ni, kena la amik bahasa sikit kan.. kena bagitau apa jadualnya, ucap terima kasih join ke, pastu terangkan siap-siap apa yang korang nak buat ke. Atau lebih baik ce buat meeting sikit seminggu sebelum, mana tau orang-orang yang dah berpengalaman ni boleh bantu aktiviti kan? Kalau pandai berbudi ada la orang akan berbahasa. Teknik pengacaraan memang gagal dik oiiii... tu yang orang tua macam kami ni boring. Sangat gagal tau. lain kali boleh belajar dan baiki lagi k? Yang lain-lain tu ahkak puji.

Sempat la aku sembang-sembang dengan sorang dua budak kat situ. Diaorang ni biasa je lagi-lagi yang dah meningkat remaja. Yang kecik-kecik ni memang kita tengok kesian sebab kasih sayang mak ayah tu tak dapat. Kadang tu ada gak terfikir, biarla hidup miskin pun tapi dekat dengan mak ayah. Cara diaorang pandang kita memang dapat rasa yang dia nak perhatian kita. 

Lastly, beautiful scenery at Pantai Puteri.



(n____n)


No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...